CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama.
Untuk maklumat lanjut:
Klik sini
DescriptionSuasana raptai Hari Kebangsaan 2015 yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini dilihat dalam keadaan terkawal.
ADVERTISEMENT
Oleh Adib Za
Suasana raptai Hari Kebangsaan 2015 yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini dilihat dalam keadaan terkawal.
Ini berikutan adanya kawalan ketat pihak polis di sepanjang Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen di sini.
Memetik laporan Sinar Online, Jalan Tun Perak dan Jalan Parlimen berdekatan lokasi raptai telah ditutup kepada semua kenderaan seawal jam 7 pagi.
Dalam masa yang sama, peserta Bersih 4.0 dilihat mula berkumpul di lima lokasi perhimpuanan itu seawal jam 9 pagi.
Dianggarkan kira-kira 200 anggota polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sekitar Dataran Merdeka. - CARI Infonet
(sumber foto: Sinar online)
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My