CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Memukau! Nikmati Pemandangan Di Bukit Broga

7-9-2015 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 42874| Komen: 159

Description: Aktiviti mendaki sudah menjadi aktiviti sukan ekstrem yang digemari ...
Oleh Izzah Abbasy

Bukit Broga terkenal dengan pendakian yang mengambil masa satu hingga dua jam untuk berada di puncak Broga.
Ketinggian Bukit Broga ini setinggi 400 meter sahaja. Ia terpulang kepada pendaki itu sendiri. Jika ingin berada di puncak seawal mungkin, pendaki haruslah pantas dan cergas. Namun, anda perlu berhati-hati, terdapat tanah dan batu yang agak licin kerana embun pagi atau hujan turun sebelum anda mendaki.


Broga terletak di Semenyih, Selangor bersempadan dengan Negeri Sembilan. Jarak Bukit Broga dengan bandar Semenyih 12 kilometer (km) dan 50km dari Kuala Lumpur. Bukit Broga ini dikelilingi atau berdekatan dengan Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat Latihan Memandu, Kampung Tarun dan Balai Polis Broga.

Asal usul

Untuk pengetahuan anda, Broga mengambil nama sempena Sungai Beroga. Perkataan Beroga pula berasal daripada kata Buragas bermaksud raksasa yang sangat besar dan ganas sesekali keluar mandi di kawasan air terjun.

Ada cerita disebalik Buragas ini. Dipercayai tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.


Peralatan yang diperlukan untuk mendaki ;

1) Baju, seluar dan kasut yang sesuai untuk mendaki

2) Air mineral botol (penat mendaki, boleh berhenti minum)

3) Sedikit makanan (persediaan jika anda lapar)

4) Lampu suluh (untuk pendaki awal pagi)

5) Kamera


Bukit Broga kini menjadi tumpuan ramai apabila aktiviti mendaki sudah menjadi aktiviti sukan ekstrem yang digemari. Bahkan, pemandangannya yang indah membuatkan ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar sakan di sini.



Rata-rata yang mendaki akan bersiap atau memulakan pendakian sebelum waktu Subuh. Dan akan menunaikan solat Subuh di atas puncak Broga. Seawal jam 4 pagi sudah berada di kaki puncak Broga ini. Kenapa seawal itu? Rupanya, semua tidak mahu terlepas untuk melihat dan menikmati matahari terbit. Sangat cantik dan memukau pandangan sesiapa yang melihatnya.






Penulis baru sekali mendaki puncak Broga ini. Jika anda belum pernah mendaki dan menikmati Bukit Broga ini, ambillah peluang untuk ke sana. Pasti anda akan mengulanginya kembali.









CARI Infonet


27

Bagus
28

Marah
20

Terkejut
33

Sedih
45

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (187 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote geenie 2-4-2010 09:38 AM
this way to broga hill






no worries, ramai org panjat bukit ni. so u won't be sesat, at all


lalang, dr jauh




this is 1 of my fav picture. superb!!!



selipar jamban vs kasut senyum   sampai tetanggal tapak kasut my fren


mommy n dotter


4th peak, tgk la,bdk2 kecik pn boleh naik.korg mesti sng2 je bleh naik


track utk last peak.batu ni paling susah nk panjat, n paling susah nk turun.phewww


enjoy d picture!!
Quote Syd 2-4-2010 09:42 AM
kawan-kawan sekelas, waktu coti sem lepas..
reramai pegi panjat bukit nehh...
pastu plak, adik dan berserta ahli kumpulan panjat gunung sama office ngan dia pung
pegi panjat bukit nehh last month
Quote zue10 2-4-2010 09:45 AM
wahhh...cam best jer..nak p lah...
Quote geenie 2-4-2010 09:50 AM
kawan-kawan sekelas, waktu coti sem lepas..
reramai pegi panjat bukit nehh...
pastu plak, adik dan berserta ahli kumpulan panjat gunung sama office ngan dia pung
pegi panjat bukit nehh last month
Syd Post at 2-4-2010 09:42

jum syd, g.kitorg nk repeat 17th April ni.hadek mod iss kate nak folo
Quote geenie 2-4-2010 09:52 AM
wahhh...cam best jer..nak p lah...
zue10 Post at 2-4-2010 09:45

pegi la. g awal pagi, lepas subuh panjat. sbb by 9am da start panas. kalau g nk tgk sunset, turun gelap.by dat time, korg da penat.

oh, take ur own time ms nk naik. ms kitorg naik, ade 1 guy nih almost pengsan.siap baring trus kt tepi track amek nafas. but he manage naik sampai 4th peak!
Quote Syd 2-4-2010 10:00 AM
5# geenie

ai lalu lalang jer kat sana
since ai pung asal lebih kurang area sana gak

hehe
Quote Syd 2-4-2010 10:01 AM
dekat2 krismas tahun lepas
ada satu atok neh ngan dua cucu dia sesat kat sana...
polis ngan bantuan orang asli tolong cari sampai jupe
Quote True-X 2-4-2010 10:01 AM
aku pon dah g,... ngan geng2 board PP on 20th march lepas.... view best... tp nak naik tu aku semput gak le... kitorg naik kul 5.30 pagi sitewww
Quote geenie 2-4-2010 10:06 AM
5# geenie

ai lalu lalang jer kat sana
since ai pung asal lebih kurang area sana gak

hehe
Syd Post at 2-4-2010 10:00

hahaha.kesahnyaaa
Quote geenie 2-4-2010 10:08 AM
dekat2 krismas tahun lepas
ada satu atok neh ngan dua cucu dia sesat kat sana...
polis ngan bantuan orang asli tolong cari sampai jupe
Syd Post at 2-4-2010 10:01

aisey. dia trus nk naik gunung tok wan kot. kitorg plan nk masuk gunung tok wan tu.tp mcm tak de org masuk, so, tak brani nk g. ade uncle yg da masuk halfway ckp, pokok besar2.gelaaappp je. aiyo.it's 10am, still gelap ka angkel.bikin sereem nk masuk jer. isk
Quote Hana 2-4-2010 10:12 AM
aku pon dah g,... ngan geng2 board PP on 20th march lepas.... view best... tp nak naik tu aku semput gak le... kitorg naik kul 5.30 pagi sitewww
True-X Post at 2-4-2010 10:01


ada ambik gambar korang tak? nak tgk muka2 korang..ekekeekkeke
Quote geenie 2-4-2010 10:23 AM
aku pon dah g,... ngan geng2 board PP on 20th march lepas.... view best... tp nak naik tu aku semput gak le... kitorg naik kul 5.30 pagi sitewww
True-X Post at 2-4-2010 10:01

awalnyaaaaa
Quote danedzya 2-4-2010 10:25 AM
Ko takde tulis kat batu tu ker....Geenie wuz here...March2010...
Quote dvpro 2-4-2010 10:26 AM
Share peta (trail & topo):


Sila klik imej dan kemudian klikuntuk saiz asal.
Quote geenie 2-4-2010 10:36 AM
Ko takde tulis kat batu tu ker....Geenie wuz here...March2010...
danedzya Post at 2-4-2010 10:25

1st gmbr aku tampal tuh da kasik warning awal2.jgn mark pokok or batu. aku pencinta alam la (poyo jer ayat ) buang sampah merata pun aku xwat tau
Quote Chek_am8848 2-4-2010 05:16 PM
sapa dari PJ nak pegi? aku nak ikut.. tapi tak tau jalan.. miahahah....
Quote mAmAfAieSz 2-4-2010 08:38 PM
ada sesapa nak prgi takkkk??? bila???? hehhe...nak naik jugak ler....
Quote mojako 8-4-2010 05:12 PM
last two baru kitorang panjat..walaupon dah hamper 4 taun dok kat sini..asyik2 plan tak jadik jek..so kitorang panjat petang nak tgk sunset..best giler view...siap ade yang bawak baby lagik naik...
Quote derubirusiti 8-4-2010 07:00 PM
18# mAmAfAieSz


mama jomm wiken ni.. xde pape plan ag ni..heheh

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.091584 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top