CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Video@CARI Laporan Khas Lihat artikel

Perhimpunan Baju Merah, WAJAR atau TIDAK?

10-9-2015 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8659| Komen: 47

Description: 'Gelombang baju merah' menegaskan biarpun berlaku gempa bumi
Artikel Oleh : Loo Tung Seang, Izzah Abbasy
Video Oleh : Izzah Abbasy, FirdausZ



Sekali lagi Malaysia akan menjadi tumpuan ramai apabila Kumpulan Anti bersih 4.0 atau ia dikenali juga sebagai Himpunan Rakyat Bersatu berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'gelombang merah' pada 16 September 2015 (Rabu) pada Hari Malaysia. Himpunan ini akan disertai lebih 500 pertubuhan Melayu di seluruh negara bagi membuktikan penyatuan hati orang Melayu dalam mempertahankan maruah tanpa mengira perbezaan fahaman dan ideologi politik masing-masing.


Namun, desas desus menyatakan bahawa perhimpunan ini akan dibatalkan berikutan tidak mendapat lulusan dan juga mengambil kira aspek keselamatan. Berlainan pula keterangan daripada NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, perhimpunan aman itu tetap akan diadakan walaupun pelbagai halangan termasuk tidak mendapat kebenaran polis.

Siapa kata kita mahu batal Himpunan Rakyat Bersatu? Polis kata tidak boleh tetapi biarlah, kita hendak buat perhimpunan aman dan kita akan tetap lakukannya. Katanya, kepada Astro Awani.  

Lokasi Berhimpun

  • Sekitar Bukit Bintang
  • Jalan Petaling
  • Berakhir di Padang Merbok


Perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini berakhir dalam keadaan yang aman damai. Namun, Kumpulan NGO Melayu telah mengecam penganjuran Perhimpunan Bersih yang dikawal selia oleh kaum Cina dan DAP dan disifatkan sebagai suatu penghinaan buat orang Melayu, justeru mereka perlu menganjurkan perhimpunan berkenaan untuk menebus balik maruah orang Melayu dan seterusnya menghasilkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu. Apa pandangan rakyat Malaysia sekalian berhubung kenyataan tersebut?


Walaupun mendapat tentangan daripada pihak polis, 'gelombang baju merah' menegaskan biarpun berlaku gempa bumi atau ribut taufan perhimpunan kali ini tetap akan diadakan dan menjangkakan lebih 300 ribu peserta akan menyertai. Jom, kita dengarkan apa kata masyarakat setempat. - CARI Infonet
7

Bagus
12

Marah
2

Terkejut
20

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 9-9-2015 05:39 PM
wajar ke tak tu hak dorang...tp anak zahid komidi kata perhimpunan gini keje bodoh
Quote AbukRokok 9-9-2015 05:53 PM
wajar.... suka tgk lawak bodoh mcm power rangers kat sogo hari tu
Quote revolusi_30 9-9-2015 06:01 PM
Wajar, tetapi tidak atas nama perkauman.
Quote cupu 9-9-2015 06:04 PM
Klu kaum melayu shj tu mmg nmpak perkauman.dan aku xsokong.

Bersih4.0 ari tu bkn perkauman.cuma melayu xramai psl pas boikot
Quote nolya 9-9-2015 06:36 PM
Apa tujuan sebenar mereka itu.  Sape sebenarnya yg lebih rasis? Dulu, si datuk mengimamkan tonggeng bontot, kali ini tak ada tonggeng bontot berjemaah ke ala2 gangnam style?  Jangan pula nanti mereka terpekik2 meniup sentimen rasis. Kalau mereka ramai berselawat kpd junjungan nabi Muhammadd saw. itu lebih cantik.
Quote taikor 9-9-2015 07:14 PM
Wajar! saya nak tengok lagi silat katak dan kegilaan merosakkan harta benda demi KEAMANAN  
Quote Skuau 9-9-2015 09:07 PM
Ada ubi ada batas,lu wat,wa balas(jer).Tak ada salahnyer...HAK ASASI MANUSIA...MENYUARAKAN PENDAPAT DEPA.LU TANYA  BERSIH....:
Quote magnus 9-9-2015 09:10 PM
Jgn lupa kutip derma jugak mcm bershitt buat tu dpt 2.4 juta
Quote tebuanharimau 9-9-2015 09:17 PM
teruskan jelah
Quote TPPA 9-9-2015 09:31 PM
Wajar, seperti Bersih 4.0, perhimpunan yang ramai akan menaikkan pendapatan peniaga. Ada yang jual petai hari itu sampai tak menang tangan.

Anggap saja perhimpunan ini seperti karnival. Yang untung, peniaga.
Quote magnus 9-9-2015 09:35 PM
Ooooo..tp please jgn kencing merata rata ...pengotoq
Quote nenekglamer 9-9-2015 09:43 PM
Bakpe gambar budak2 rempit je tu?  Boleh lahh...  daripada takde ye dak??

Pada aku?  Terpulangla ko nak buat perhimpunan.. asalkan tujuannya baik dan tak nyusahkan orang. negara demokrasi kan?

Quote eco_internet 9-9-2015 09:53 PM
himpunan mat rempit yg dpt upah rm50 sorang ke? ...

mungkin dpt kumpul 1000 org je kot...
Quote samperit 9-9-2015 09:56 PM
wajar..

sbb nak tgk DBKL akan saman deorg mcm BERSIH kena ataupun tak...

kalau blh buat siaran langsung skali
Quote zjen 9-9-2015 11:43 PM
kecimpret replied at 9-9-2015 05:39 PM
wajar ke tak tu hak dorang...tp anak zahid komidi kata perhimpunan gini keje bodoh

bagus,  bila sampai 16 september,  elok letak byk papan dan tulis 'anak zahid hamidi kata perhimpunan kerja bodoh'  kat lokasi baju merah  
Quote tebuanharimau 9-9-2015 11:46 PM
malam ni soal jawab TV3 mengata mengutuk Bersih 4...nak tunggu pas perhimpunan merah ni apa plak topik Soal Jawab tv3 suku tu
Quote primemova 9-9-2015 11:52 PM
Perhimpunan baju merah ni terbuka kpd semua kaum kan... Tak timbul isi rasis
Quote tebuanharimau 9-9-2015 11:55 PM
bukan provakasi perkauman tapi penyaluran malumat katanya..  
Quote tebuanharimau 9-9-2015 11:58 PM
iols suka soalan Norzie Pa Wan che kat soal jawab tadi.. bukan kah himpunan melayu bangkit tu satu bentuk provokasi perkauman.. terkujat umnok sorang ni kata yg dia dapat tahu tajuk perhimpunan tu Rakyat Bangkit...hello perhimpunan Rakyat Bangkit kan ke PR buat dulu tu pun nak claim

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.082031 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top