CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Keenakan Jus Bayam Setanding Jus Buah Yang Lain

15-9-2015 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6600| Komen: 9

Description: Bayam mempunyai pelbagai manfaat, antaranya adalah
Oleh Izzah Abbasy

Sebut sahaja Bayam, pasti teringat kartun Popeye yang akan makan Bayam atau Spinach ini untuk menambah tenaga dan menjadi kuat.

Begitu juga kita, jika pengambilan bayam ini berterusan, kita akan dapat manfaat dengannya. Tetapi, jika anda tidak meminati sayur bayam ini, ada kaedah lain seperti anda boleh jadikannya sebagai jus.

Bayam memiliki nutrisi yang mencukupi seperti kalsium, protein, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan banyak lagi. Sayur bayam ini mempunyai pelbagai manfaat, antaranya adalah boleh mengubati sembelit, sakit gusi , demam, mengubati anemia, perawatan kulit muka, kepala dan rambut.


1. Mengecutkan jerawat
Jus bayam boleh mengecutkan jerawat dengan meletakkan jus bayam pada wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.


2. Anti-penuaan
Jus bayam juga dapat membuat kulit anda lebih bersinar dan terhindar dari kerutan yang boleh membuat wajah anda kelihatan lebih tua.


3. Melindungi dari sinaran matahari
Jus bayam yang mengandungi vitamin B kompleks yang dapat menyuburkan dan melindungi kulit anda dari bahaya sinaran matahari yang berlebihan.


4. Perbaiki kulit
Jus bayam mengandungi vitamin  A dan C yang bermanfaat untuk meningkatkan pertumbuhan sel-sel pada kulit.


Jom, penulis kongsikan dengan anda cara untuk sediakan jus bayam ini. Mudah sahaja.



Bahan-bahan

  • Seikat bayam
  • 1 senduk / 5 sudu madu
  • Air secukupnya
  • Beberapa ketul ais

Cara persediaan


  • Kisar bayam yang telah dicuci bersama air dan beberapa ketul ais.
  • Kemudian, masukkan madu dan kacau sehingga sebati.
  • Jus bayam siap untuk dihidangkan.




Amalkan minum segelas jus bayam ini sekali sehari. Anda boleh lebihkan madu jika terasa pahit. Selamat mencuba! - CARI Infonet
28

Bagus
28

Marah
23

Terkejut
30

Sedih
22

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Sharifah180175

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 17-9-2015 06:25 PM
Saya baru tanam bayam merah di perkarngan rumah..xsabar nk blend dgn epal/cucumer setiap pagi sis!
Quote MegiTomyam 18-9-2015 04:30 PM
I selalu blend bayam sekali sgn protein shake.  Pergh nak telan dia walaweeh.  Hahahaha.  
Quote jelitaqasyah 18-9-2015 05:11 PM
Dah try jugak.. sedapla.. tapi kena campur dengan apple or carrot..
kalu x, pahit kot. Nyummy, minum utk kesihatan. Kita geng!
Quote nabyha 19-9-2015 12:06 AM
i love bayam, stir fry, buat sup.
Quote zoe1511 21-9-2015 04:33 PM
MegiTomyam replied at 18-9-2015 04:30 PM
I selalu blend bayam sekali sgn protein shake.  Pergh nak telan dia walaweeh.  Hahahaha.

uols beli protein powder kat mana eh? iols baru berjinak2 nak minum
Quote MegiTomyam 27-9-2015 01:57 PM
zoe1511 replied at 21-9-2015 08:33 AM
uols beli protein powder kat mana eh? iols baru berjinak2 nak minum

I beli kt musclemaniaclub. Boleh order online atau walk in kedai dia. Sana murah sikit dari tmpt lain. Refer https://www.musclemaniaclub.net/
Quote zoe1511 28-9-2015 07:55 AM
MegiTomyam replied at 27-9-2015 01:57 PM
I beli kt musclemaniaclub. Boleh order online atau walk in kedai dia. Sana murah sikit dari tmpt l ...

thanks!
Quote zoe1511 28-9-2015 07:57 AM
MegiTomyam replied at 27-9-2015 01:57 PM
I beli kt musclemaniaclub. Boleh order online atau walk in kedai dia. Sana murah sikit dari tmpt l ...

u beli protein brand apa eh? pening pulak tengok macam2
Quote lil_sparky 28-9-2015 02:24 PM
blend bayam mentah2?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.056604 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top