
sumber foto : http://www.malaysiakini.com/
Siang tadi, penubuhan 'Pakatan Harapan' yang terdiri daripada PKR, DAP, dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menyaksikan parti Islam PAS tidak menyertainya, akibat Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 berpecah.
Pengumuman Gabungan Pembangkang Baharu itu dinaytakan secara rasmi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas sidang meja bulat pembentukan gabungan baharu di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.
"Mulai hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sebagai pakatan politik yang jitu membela rakyat berhadapan Umno dan BN."
Pada sidang media sama, Dr Wan Azizah turut mengumumkan Pakatan Harapan bersetuju Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya dipenjara atas sebab politik, merupakan calon perdana menteri sekiranya gabungan ini menang pilihan raya umum akan datang.