Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Close

60 Peratus Rakyat Malaysia Bermasalah Obesiti, Apa Kata Anda?

5-11-2015 05:48 PM| Komen: 196

Artikel : TS LOO
Video : Firdausz & TS LOO





Obesiti di Malaysia semakin meningkat apabila lebih 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk menghidap masalah itu yang berpunca daripada amalan gaya hidup dan pemakanan tidak seimbang selain tidak suka bersenam.


Bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk menangani pemasalahan ini.


Cara hidup orang muda sudah berbeza kerana mereka berada dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Mereka kurang melakukan aktiviti fizikal kerana sudah ketagih dengan permainan dan penggunaan media sosial dari pagi hingga malam.


Pelbagai kempen akan dilaksanakan dalam usaha memfokuskan kepada peningkatan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan melakukan senaman sebagai amalan hidup seharian.


Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Subramaniam menegaskan kerajaan sedar dan akan memainkan peranan dalam memastikan golongan muda sentiasa mengamalkan kehidupan sihat dengan memperbanyakkan kemudahan beriadah di kawasan perumahan antaranya kempen berjalan 10,000 langkah sehari merupakan aktiviti intensiti rendah dan sesuai semua peringkat umur.


Dalam pada itu, usaha membudayakan amalan bersukan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian di kalangan rakyat juga akan dipergiatkan lagi kerana kajian menunjukkan purata setiap individu melakukan aktiviti senaman selama 20 minit sehari.- CARI Infonet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
15
Terkejut
20
Sedih
18
Lawak
17
Bosan
19
Komen: 196
Komen

Komen Terbaru

Quote white_musk 5-6-2017 07:55 PM
sitisitu25 replied at 4-6-2017 10:54 PM
iols obesiti 10kg  bln posa turun la 5/6kg..pas raya kmbali obes

Kenapa x nk turunkan lagi atau menten saja sehingga puasa akan dtg?

Lain-lain Komen

Quote periakuning 5-11-2015 05:50 PM
60 persen tu melampau la..sape yg survey ni?

Quote famri7 5-11-2015 05:52 PM
Cash lah sis...ummah2 kokeshen umo 50an pergi melancong pelbagai, ummah2 lokal umor 50an duk ulang alik hospital kecing mabis draha tiggi gout smua pakej cashhhhh!
Quote pittjie 5-11-2015 06:02 PM
ntahnya. takkan 60% kut rakyat malaysia obes. mmg la ramai yg gemuk tp thp obes tu tak sampai 60% la. survey dr mana nta la ni.
Quote faraway1 5-11-2015 06:05 PM
dengan segala mala mahal,
orang meratap tak cukup duit nak hidup,
still Malaysian boleh gemuk gedempol.

stop tolong kayakan owner restoran,
sila berjimat makan.
Quote bluehedgehog 5-11-2015 06:05 PM
Quote bluehedgehog 5-11-2015 06:06 PM
Quote bluehedgehog 5-11-2015 06:06 PM
Quote bellaa 5-11-2015 06:10 PM
tau xpe.. from 2 years

ai from 45 naik 50
Quote ice_sky92 5-11-2015 06:15 PM
Siapa tergolong dalam 40% kita geng.
Quote cinamedun 5-11-2015 06:26 PM
malon perutnya pada buncit gan karena pada malas gerak
Quote spiderman80 5-11-2015 06:28 PM
Spidey makan kuat pun tak boleh gemuk. Doktor cakap Spidey ada Thalassemia.
Berat badan pun tak sampai 50kg.
Quote spiderman80 5-11-2015 06:29 PM
bellaa replied at 5-11-2015 06:10 PM
tau xpe.. from 2 years

ai from 45 naik 50

Bellaa sekarang 95kg?
Kesiannya....
Quote CikNano 5-11-2015 07:04 PM
Org2 Malaysia ni memang malas nak mampus nak senaman..nak jaga makan tak lah... aku memang rajin jogging n ke gym nasib baik ofis provide..ada acik2 sibuk menjoyah kenapa aku yg da slim ni g gym..katanya org yg senaman ni utk org gemuk n nk kurus je...hello xsemestinya okeh ...aku mmg nak jaga badan aku sbb nak guna lamakan. acik2 yg tegur tu of course la yg btudung paridah
Quote glump 5-11-2015 07:09 PM
Aku pun dh nk obese... Baru obese  leh sama ngan kak ros
Quote bellaa 5-11-2015 07:14 PM
spiderman80 replied at 5-11-2015 06:29 PM
Bellaa sekarang 95kg?
Kesiannya....

                                 
Quote raxief 5-11-2015 07:23 PM
nsb baik aku dh terdedah kpd aktiviti mountain biking...
Quote Mary_jane 5-11-2015 07:31 PM
spiderman80 replied at 5-11-2015 06:28 PM
Spidey makan kuat pun tak boleh gemuk. Doktor cakap Spidey ada Thalassemia.
Berat badan pun tak  ...

Silap2 terbang ditiup angin.
Quote Mary_jane 5-11-2015 07:33 PM
Tau takpe. Yang dah berpenyakit teruk pun takde langsung pantang makan. Main bedal je.
Quote spiderman80 5-11-2015 07:39 PM
Mary_jane replied at 5-11-2015 07:31 PM
Silap2 terbang ditiup angin.

Hihihi....Spidey bekerja di sebuah kawasan berdekatan Tampin, Negeri Sembilan. Setiap awal tahun ada musim angin kencang (tak pasti dorang panggil nama apa) dan Spidey memang susah bergerak kalau angin tu bertiup.

Lihat semua komen(196)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.071989s Gzip On
To Top