CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Pemandu Lori Jumpa Pakcik Tua Misteri- Mula-Mula Bau Hanyir, Kemudian 'Benda' Mencakar Atas Bumbung Lori

16-10-2023 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 778| Komen: 1

Description: Chukai: Seorang pemandu lori, Mohd Afiq Adnan menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus sewaktu memandu seorang diri baru-baru ini.
Chukai:  Seorang pemandu lori, Mohd Afiq Adnan  menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus sewaktu memandu seorang diri baru-baru ini.

"Saya nak cerita pun meremang bulu roma kerana masih ingat kisah itu sampai ke hari ini," katanya menerusi video yang dikongsi di  TikTok baru-baru ini.


Mohd Afiq, 32, berkata, kejadian berlaku pada 9 Oktober lalu di satu kawasan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, di sini.




Ketika itu, Mohd Afiq dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu, Terengganu ke Temerloh, Pahang.

"Lori dipandu saya sudah meragam sejak di Kuala Terengganu lagi iaitu selepas diisi dengan muatan.

"Saya sudah hubungi 'tauke' (majikan) dan maklumkan keadaan lori dan dia minta saya meneruskan perjalanan.

"Jadi saya pun pandu dengan perlahan, sebelum sampai ke persimpangan Chukai, saya berhenti kerana kebetulan ada ruang parkir tetapi tak matikan enjin," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Tidak lama selepas itu, Mohd Afiq didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5.

Katanya, lelaki itu datang dengan tiba-tiba dari arah belakang, bertubuh kurus dan berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an.

"Mulanya dia agak ramah dan tanya macam-macam soalan seperti sudah berapa lama jadi pemandu lori tetapi gayanya macam tahu mengenai saya.

"Tapi saya layankan saja pak cik itu borak sampai dia beritahu di kawasan berkenaan pernah ada kes orang meninggal dunia dan tanya saya tak takut ke?

"Saya pun jawab saya tak takut kerana pandai juga berubat orang dan ketika itu, wajahnya berubah jadi macam nak marah. Pak cik itu kemudian terus hidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi tanpa cakap apa-apa," katanya.

Melihat lelaki itu pergi, Mohd Afiq terus naik ke atas lori yang belum dimatikan enjin dan mengekori dari belakang.

"Saya pandu perlahan saja dan dalam satu minit kemudian, lampu motosikal pak cik itu tiba-tiba tiada dan hilang begitu saja.

"Memang pelik kerana laluan itu adalah jalan lurus, tak masuk akal juga macam mana dia boleh hilang dan ketika sampai di (laluan) R&R Perasing, datang bau hanyir pula.

"Mulut saya pula laju saja 'menegur' kerana tak senang dengan bau itu. Tak sampai berapa saat, ada bunyi 'benda' mencakar dari atas bumbung lori.

"Lama juga saya dengar bunyi cakaran itu dan sampai di hentian Kuantan, saya berasa ada 'benda' pegang serta tarik kerusi yang saya duduk tapi saya teruskan perjalanan sampai ke destinasi dituju," katanya.

Mohd Afiq berkata, itu pengalaman seram pertama yang dilaluinya sejak menjadi pemandu lori hampir enam bulan lalu.

"Sebelum ini, saya sudah biasa melalui jalan Kuala Terengganu ke Temerloh, boleh dikatakan tujuh ke lapan kali dalam seminggu.

"Bagaimanapun, tak pernah kena gangguan tetapi mungkin 'giliran' saya kena malam itu.

"Saya tak serik dan anggap itu ujian yang tak akan mematahkan semangat kerana yakin ia adalah lumrah perlu dilalui pemandu lori dalam mencari rezeki," katanya yang sekadar berkongsi pengalaman dan tidak kisah sama ada mereka mendengar mempercayainya atau sebaliknya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 16-10-2023 06:07 PM
Nak percaya ke tidak ni. Kadang kadang ada sesuatu yg misteri terjafi tp kalu kita nekat anggap itu bukan hantu, tak jadi hantu lah...kita boleh sedapkan hati fikir mungkin itu atau ini, asalkan jangan kaitkan dgn hantu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.043195 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top