Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, mendedahkan Hafidz sudah hampir enam bulan tidak bertemu dengan dua anaknya, Humairah, 7; Umar, 3. Shuhada turut mendakwa, Hafidz juga seolah-olah tidak mengambil peduli terhadap anak-anak yang kini menetap di rumah keluarganya di Perlis. "Kali terakhir dia datang jumpa anak-anak pada Ogos tahun lalu. Malah sebutan baharu kes hak penjagaan (hadanah) pada 23 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor sebelum ini juga dia tidak hadir. "Saya pun tak tahu apa yang dia nak. Sekarang dia sudah kembali mendirikan rumah tangga, jadi mungkin buat apa dia nak fikir mengenai semua ini. "Saya harap dia percepatkan segala kes yang berlangsung kerana lagi banyak kes di mahkamah lagi banyak duit keluar. "Sekurang-kurangnya duit yang terpaksa dikeluarkan untuk proses di mahkamah boleh saya gunakan untuk anak-anak yang makin membesar dan bayaran sekolah mereka," katanya.
Menurut Shuhada, di fasa sekarang dia ingin memberi lebih tumpuan dan membahagiakan dua anaknya. "Apa yang berlaku selama ini saya turut menyalahkan diri sendiri sehingga emosi anak-anak terganggu. Saya pun tak sanggup melihat anak-anak yang semakin membesar terus sedih dengan apa yang berlaku. "Saya nak lihat mereka gembira dengan kehidupan di sekeliling selain nak nikmati hidup bersama-sama," katanya. Hafidz atau dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai tahun lalu. Sumber : Harian Metro |
noor2 replied at 7-2-2024 04:50 PM
Ko nk pasangan ko atau ex ko baik dgn anak2..ko kena dulu betulkan diri ..ni dah asyik melukakan hat ...
telracs replied at 7-2-2024 05:23 PM
Cerita lah Shu
Ceritalah semua pasal kehidupan ko kat public
Nak terkenal sangat
matjerk replied at 7-2-2024 07:08 PM
Guane bini ex nak baik2 dgn anak2.. ia adqlah satu cabaran yg bsr.. belum apa2... anak2 dah call m ...
noor2 replied at 7-2-2024 07:25 PM
Tapi kan mat...budak2 ni kita brain wash depa, masa kecik boleh la depa percaya..tp makin depa bes ...
ADVERTISEMENT