CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elvina Mohamad ‘Ditindih’ Banyak Kali Masa Tidur – ‘ Buatkan Saya Sampai Tak Boleh Bernafas’

8-2-2024 09:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10779| Komen: 36

Description: Pelakon jelita, Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya mengalami beberapa siri gangguan yang menyeramkan sepanjang filem terbaharu lakonannya, ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’.


Pelakon jelita, Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya mengalami beberapa siri gangguan yang menyeramkan sepanjang filem terbaharu lakonannya, ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’.

Ketika ditemui OhBulan!, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata, antara gangguan yang diterima ialah dirinya ‘ditindih’ sewaktu sedang tidur sehinggakan dia sukar untuk bernafas.

"Sepanjang menjalani penggambaran, saya banyak kali rasa seperti kena tindih."

"Balik ke rumah setiap kali tidur saja mesti kena dan buatkan saya sampai tak boleh bernafas.

"Bukan itu sahaja, saya juga seakan nampak bayangan berwarna hitam."

Elvina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling, pada Rabu malam.

Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia perlu mendengar muzik sebelum tidur bagi membantunya berehat tanpa sebarang gangguan.


Ketika ditanya mengenai tawaran berlakon filem seram, Elvina mengakui dirinya merupakan seorang yang penakut namun mahu mencabar dirinya berlakon dalam filem bergenre seram.

"Sebelum ini saya ada saja terima tawaran untuk berlakon filem seram tapi tak pernah saya terima."

"Tapi untuk filem Waruga ini, jalan ceritanya yang sangat menarik serta gandingan pelakon yang hebat membuatkan saya tertarik untuk terima tawaran tersebut.

"Selain itu, saya juga nak cabar diri saya berlakon dalam filem seram memandangkan saya sebelum ini seorang yang penakut."

Sekadar info, filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ ini merupakan filem seram yang menerapkan elemen nusantara arahan Azaromi Ghozali.

Selain Zahiril, antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor dan Ruminah Sidek.


Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FlexyFox 8-2-2024 10:15 PM
Edited by FlexyFox at 8-2-2024 10:21 PM

"Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia perlu mendengar muzik sebelum tidur bagi membantunya berehat tanpa sebarang gangguan."

Nama  Norazlina Mohamed, jadi aku anggap Melayu Islam. Silap la cara nak cegah 'gangguan' (berdasarkan cerita , I faham dia maksudkan makhluk halus)... sepatutnya baca ayat Kursi  dan baca atau dengar surah al Baqarah sebelum tidur, bukan dengar musik.

Kalau muzik yg boleh cegah dia dari kena tindih dan penampakan lembaga hitam, aku rasa  bukanlah dia kena gangguan makhluk tu pun, hanya dia yg jadi extra penakut  akibat beraksi dlm filem seram sampai berhalusinasi.
Quote telracs 8-2-2024 10:50 PM
Lainnya muka dia sekarang...
Quote Barebow77 8-2-2024 10:54 PM
Aku xnak komen pasal kena tindih2 mistik nie..cuma nak komen dah kenapa butang kat baju tue kena letak kat situ..baju dah la warna kulit..butang plak kaler cekodok..huishh mengundang betoi lahhh..
Quote sukacactus 8-2-2024 11:10 PM
Barebow77 replied at 8-2-2024 10:54 PM
Aku xnak komen pasal kena tindih2 mistik nie..cuma nak komen dah kenapa butang kat baju tue kena let ...

Dahhh aku scroll balik naik ats
Warna cekodok tu ye kah3 dah rupa nipple
Quote doubleharmonic 8-2-2024 11:19 PM
sukacactus replied at 8-2-2024 11:10 PM
Dahhh aku scroll balik naik ats
Warna cekodok tu ye kah3 dah rupa nipple

kalau chuols zoom out gambar tu atau tengok jauh2 dari skrin memang nampak cam puting khensss. dah la pegi letak poket kat situ memang dari jauh nampak timbul lekuk bentuk bulat dengan puting kat tengah kohkohkohhh

Quote AbukRokok 8-2-2024 11:31 PM
jin pun geram tgk elvina
Quote rosevelvet 8-2-2024 11:42 PM
FlexyFox replied at 8-2-2024 10:15 PM
"Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia perlu mendengar muzik sebelum tidur bagi membantunya bereh ...

Aku kalu nk tido tutup lagu baru leh tido
Quote FlexyFox 9-2-2024 12:02 AM
Korang komen puting, terus aku scroll atas balik. Memang ya...
Quote Suchi 9-2-2024 12:05 AM
Sebenarnya sbb terlalu letih, maka alami la kelumpuhan ketiduran tu.
Dulu iols penah keje 12jam mmg balik umah letih sgt selalu la alami ketindihan nih.
Quote sleepandream 9-2-2024 04:48 AM
jgn2 laki sendiri yg tindih takkk
Quote tulip-rain 9-2-2024 09:01 AM
Yelah. Apasal lah pakai baju mcm tu.
Lg satu muka dia nampak lain pulak.
Quote lasagna 9-2-2024 09:07 AM
ishh trganggu plak tgk button tu.
tapi mmg datin ni umur 29 taon kaa?
Quote lil_honey 9-2-2024 09:16 AM
dah mcm muka jue aziz versi kuyus
Quote MistrezHermanaz 9-2-2024 09:16 AM
hahaha komen psl ketet yg byk..tp nmpk mcm jatuh sbb butang kt situ
Quote imanjannah 9-2-2024 09:37 AM
apa la design baju gitu
Quote nanasno 9-2-2024 09:37 AM
Barebow77 replied at 8-2-2024 10:54 PM
Aku xnak komen pasal kena tindih2 mistik nie..cuma nak komen dah kenapa butang kat baju tue kena let ...

iols tengok gambar tu je iols dah rasa mcm niple sheols hahahhaha. adoii takde baju lain ka tin oiiii.
Quote little_sis 9-2-2024 09:51 AM
Aku nampak muka dia mcm lain sikit la, terlebih mekap kot
Quote Pumpkinhead 9-2-2024 10:49 AM
salah satu cara promo movie juga ni jalan cerita dia
Quote LadyCarefree 9-2-2024 12:03 PM
FlexyFox replied at 8-2-2024 09:15 PM
"Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia perlu mendengar muzik sebelum tidur bagi membantunya bereh ...

Benda ni namanya sleep paralysis.

"Sleep experts believe sleep paralysis might be partly genetic. Other causes include stress and disrupted sleep schedules (think jet lag or pulling an all-nighter). Several studies have also found links between social anxiety or panic disorder and sleep paralysis."

so, apa2 yg dapat bantu tenangkan diri dan relax akan berkesanlah. hatta zikir atau sewaktu dengannya.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.229068 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top