CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kajian : Stress Melampau Buat Wajah Hodoh Dan Cepat Tua

10-12-2015 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8310| Komen: 2

Description: 'Stress' atau tekanan perasaan itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai......

Oleh : Dean BZ


'Stress' atau tekanan perasaan itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang hidup. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan dengan baik, ia akan memudaratkan kita.



Memetik dari Kosmo, satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.

Hal ini kerana mereka yang tertekan akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan seterusnya kelihatan pucat serta tidak sihat.

Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga akan membahayakan kesihatan.


Kajian dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai. Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.

Gambar Hiasan


"Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan," katanya.


Kalau tak nak muka nampak hodoh dan cepat tua, kawal stress anda sebaik mungkin. Jangan biarkan stress mengawal diri anda, kerana buruk padahnya pada kesihatan dan kehidupan harian anda. - CARI Infonet.


17

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MangkokHayon 10-12-2015 02:23 PM
hormon kortisol? marah? stress? nti cepat tua...? ini tak mungkin... sebab semua ni genetik... nak lambat tua kawen la dgn orang afrika... @dragger
Quote zamzuri_a 20-2-2016 09:22 AM
Stress ni boleh di collapse dengan mudah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060221 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top