CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjimatan Ekstrem, Wanita Korea Ini Mampu Simpan RM353,887 Dalam Masa 2 Tahun

1-4-2024 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7968| Komen: 54

Description: SEORANG wanita di Korea Selatan yang berusia 25 tahun telah mendapat perhatian ramai kerana komitmentnya untuk menyimpan wang walaupun tidak bergaji besar tetapi dia sangat berjimat.

SEORANG wanita di Korea Selatan yang berusia 25 tahun telah mendapat perhatian ramai kerana komitmentnya untuk menyimpan wang walaupun tidak bergaji besar tetapi dia sangat berjimat.

Tahun lalu, nama Ji-Hyeon Kwak pernah menjadi tajuk berita di Korea Selatan selepas membuat kemunculan dalam program televisyen popular iaitu Master of Living SBS.

Pada masa itu, dia telah menjadi orang termuda di Korea Selatan yang memenangi langganan apartment (apartment subscription), pencapaiannya itu sangat mengagumkan kerana agak mustahil untuk orang muda memenanginya disebabkan tidak mempunyai simpanan yang banyak.

Orang ramai digalakkan untuk menyimpan wang dalam akaun simpanan langganan itu untuk meningkatkan peluang mereka dan kebanyakan mereka yang berumur 24 tahun tidak mempunyai simpanan yang banyak.

Tetapi Ji-Hyeon Kwak bukanlah remaja biasa anda. Dia telah berjaya menyimpan 100 juta won (RM353,887) dalam tempoh empat tahun dengan purata gaji RM 7,000 sebulan. Itu hanyalah permulaan.


Kini sekali lagi, wanita muda itu kembali tular beberapa minggu lalu selepas dia mengumumkan telah berjaya menyimpan RM353,887 dalam masa dua tahun dan menyiarkan tangkapan skrin akaun simpanannya yang menunjukkan lebih 200 juta won.

Selepas melakukan teknik penjimatan wang yang ekstrem, dia dapat menyimpan jumlah wang yang sama dalam tempoh empat tahun dengan hanya mengambil masa dua tahun.

Kwak memberitahu pengikutnya di media sosial yang dia pada awalnya agak bimbang untuk menggandakan simpanan tetapi sebenarnya ia lebih mudah daripada yang difikirkannya. 

“Selepas mencapai 100 juta won, saya merasakan bahawa kelajuan mengumpul wang semakin pantas.

“Saya mahu menyimpan lebih banyak lagi dan hanya berbelanja dalam jumlah kecil untuk mencapai sasaran seterusnya 300 juta won,” katanya.

Kwak kini mempunyai komuniti dalam talian yang berkembang pesat berikutan perjalanannya menyimpan wang dan dia turut berkongsi teknik menyimpan wang.

Dia mempunyai 20,000 peminat di YouTube sahaja, tetapi apa sahaja wang yang dia peroleh melalui media sosial tidak diletakkan bersama wang simpanannya. Dia hanya mengira wang yang dia simpan daripada gajinya.

Walaupun simpanan itu mungkin tidak kelihatan terlalu mengagumkan bagi seseorang yang mempunyai pekerjaan bergaji tinggi atau sumber pendapatan tambahan, bagi orang biasa yang berpendapatan rendah, ia adalah wang yang mengubah hidup.

Mengenai cara dia berjaya menjimatkan sehingga 90 peratus daripada gaji bulanannya, Kwak berkata, dia sering membelanjakan sekurang-kurangnya 8,400 won (RM30) untuk makanan sebulan. 

Selebihnya dia bergantung pada kupon diskaun, tawaran penjimatan, memanaskan air paip dan tidak membeli minuman serta memotong rambutnya sendiri.

Ratu berjimat cermat itu berkongsi perbelanjaan bulanannya sebagai bukti bahawa dia mengamalkan apa yang dia kongsikan kepada orang ramai. 

Sebagai contoh, pada bulan Januari, dia membelanjakan hanya 500,000 won (RM1,769) yang termasuk kos makanan, pengangkutan dan insurans.

Sumber - RELEVAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 1-4-2024 12:00 PM
dia tak beli makeup, tak buat surgery, takde bela jantan, so dpt la berjimat
Quote Samerosie 1-4-2024 12:14 PM
hokeypokey replied at 1-4-2024 12:00 PM
dia tak beli makeup, tak buat surgery, takde bela jantan, so dpt la berjimat

Pastu orang mesia pun hairan camne bangla indon boleh antar duit beribu balik negeri....tapi orang kita sendiri tak mampu nak buat apa depa buat untuk ikat perut.
Quote BoongaKertas 1-4-2024 12:18 PM
we need to protect this woman at all costs dari lelaki biawak
Quote hokeypokey 1-4-2024 12:28 PM
Samerosie replied at 1-4-2024 12:14 PM
Pastu orang mesia pun hairan camne bangla indon boleh antar duit beribu balik negeri....tapi orang ...

btul tu, diaorg bleh berhimpit ramai2 kt umah sewa, naik basikal jalan kaki pun takpe, masak hari2, shopping pun pasar malam jer.. org malaysia nanti mak bapak kata malu kt org., anak gaji ciput pun dipaksanya kawin beranak pinak, mcm mana nk jimat
Quote imransulaiman 1-4-2024 01:11 PM
Cerita pasal bangla dapat simpan banyak duit, sebenarnya dorang dah jimat duit transport dan accommodation. Plus dorang punya nafsu shopping takde. Tu yang boleh simpan gaji. Mungkin 10-20% je yang boros. Terutama yang couple dengan locals.

Kalau aku pula - aku paksa diri buat potongan gaji untuk savings. Dapat je gaji, settle bill wajib dulu. Kalau masih ada baki, try hard untuk tak kacau sehingga next gaji.
Quote _blackbird 1-4-2024 01:14 PM
aik.. makan bercatu pon tak kuruih..???

Quote Kitty_catz 1-4-2024 05:10 PM
hokeypokey replied at 1-4-2024 12:00 PM
dia tak beli makeup, tak buat surgery, takde bela jantan, so dpt la berjimat

bab tak bela jantan tu... meols kasik 80 markahhh
Quote ina_na 1-4-2024 05:15 PM
imransulaiman replied at 1-4-2024 01:11 PM
Cerita pasal bangla dapat simpan banyak duit, sebenarnya dorang dah jimat duit transport dan accommo ...

Bangla mmg rata2 x de nafsu shopping..tp biasa dia org Ade jugak amoi2 Vietnam,indon...kn cukai gan amoi2 ni pulak...nak x nak hadap je la .kalo x,x dpt memuaskan nafsu biologi...tp msh under control kot..kalo biasa makan sendiri ambik rm500 mungkin bl ade amoi2 bujet sendiri jd 1k... Tgk amoi2 duk punggah2 pe je dia nak msk troli..tukang bayo Bangla. Hehehe
Quote Skuau 1-4-2024 05:21 PM
Edited by Skuau at 1-4-2024 05:22 PM
Samerosie replied at 1-4-2024 12:14 PM
Pastu orang mesia pun hairan camne bangla indon boleh antar duit beribu balik negeri....tapi orang ...


sama cam Msian yg kerja luar negara la..antar duit 'berkoyan' kt kuarga d kmpg.Sama gaq bangla yg duk bangla,indon yg duk indon(gaji berjuta)..awat b40 bangla,b40 indon serupa Msian yg b40 tu....jugok???.....
Quote dua_chzy 1-4-2024 05:32 PM
_blackbird replied at 1-4-2024 05:14 AM
aik.. makan bercatu pon tak kuruih..???

Kuruih la. Muka je lebar, badan kecik.
Quote Ahriman 1-4-2024 05:36 PM
_blackbird replied at 1-4-2024 01:14 PM
aik.. makan bercatu pon tak kuruih..???

Quote hokeypokey 1-4-2024 05:37 PM
Kitty_catz replied at 1-4-2024 05:10 PM
bab tak bela jantan tu... meols kasik 80 markahhh

dia pakai dildo jer, sekali beli pakai bertahun, mmg jimattt
Quote damsel_fiji 1-4-2024 07:32 PM
Rm30 jah dia blanja makan sebulan?
Quote zuuu 1-4-2024 07:47 PM
Biar betik rm30 sebulan untuk makan???ko makan apa je setiap hari untuk survive,ramen ke
Quote Skuau 1-4-2024 08:48 PM
zuuu replied at 1-4-2024 07:47 PM
Biar betik rm30 sebulan untuk makan???ko makan apa je setiap hari untuk survive,ramen ke

sapa bawa bekal..hati2 dgn dia ni...
Quote miss_white 1-4-2024 08:53 PM
Bangla xshopping tapi kena kikis dgn indon
Bangla kn  bodoh padan la muka
Pakis pandai dorg xnk tino indon
Depa ckp ppuan indon nk duit je pastu kuat ilmu
Quote jas7512 1-4-2024 09:20 PM
Makanan yg healthy sgtlah costly sbb blh kata selain byr bil i x pernah beli benda lain kecuali makanan yg sihat but it takes 70 percent of my salary. Beli mknan sihat sbb utk bg bdn sihat..blh keje dgn baik..kdg2 rasa mcm dah give up dgn rutin mcm ni....
Quote cm_vungtau 1-4-2024 09:32 PM
Dia belanja 1700 sebulan tapi takkan la 30 aje pergi kat makan? Macam tak logik artikel ni
Quote kotakbaju 1-4-2024 10:35 PM
cm_vungtau replied at 1-4-2024 09:32 PM
Dia belanja 1700 sebulan tapi takkan la 30 aje pergi kat makan? Macam tak logik artikel ni

Selebihnya dia bergantung pada kupon diskaun, tawaran penjimatan, memanaskan air paip dan tidak membeli minuman serta memotong rambutnya sendiri.

Ni ada mention, buleh jadi nak beli makanan tapi nak cari yg ada diskaun punya so guna la kupon diskaun, ayaq tak payah beli sebab minum ayaq paip. Nak beli apa2 kena tunggu sales murah2 baru beli. Kat sini dah berapa banyak dah jimat.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.068156 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top