CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemain Skuasy Wanita No.1 Negara, Sivasangari Muncul Juara London Klasik

2-4-2024 05:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12091| Komen: 15

Description: KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita No.1 negara, S. Sivasangari mengekalkan rentak cemerlang pada kejohanan London Klasik apabila muncul juara selepas menewaskan pemain No.2 dunia dari Mesir, Hania E ...


KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita No.1 negara, S. Sivasangari mengekalkan rentak cemerlang pada kejohanan London Klasik apabila muncul juara selepas menewaskan pemain No.2 dunia dari Mesir, Hania El Hammamy di perlawanan akhir sebentar tadi.

Pada aksi final di Alexandra Palace itu, Sivasangari menampilkan aksi cukup baik selain meletakkan lawannya dalam keadaan tertekan sebelum mencatat kemenangan 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam tempoh lebih sejam.

Turun sebagai pemain bukan pilihan nyata membolehkan pemain No.13 dunia itu beraksi dalam keadaan lebih tenang selain pukulan-pukulan dilakukan berjaya mengelirukan El Hammamy.

“Tidak tahu bagaimana untuk buat kesimpulan tetapi aksi saya sepanjang minggu ini (cukup baik), menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali. Saya gembira dengan kemenangan ini,” katanya sejurus tamat perlawanan.


Sivasangari berpeluang untuk menamatkan perlawanan itu lebih awal apabila beberapa kali berada pada mata akhir di set keempat, namun El Hammamy bangkit dengan aksi lebih kemas untuk memastikan kemenangan dan mengheret permainan ke set penentuan.

Pada set terakhir, pemain berusia 25 tahun itu tidak menoleh ke belakang lagi apabila menjarakkan diri dengan perbezaan mata cukup besar sebelum memastikan kejuaraan menjadi miliknya menerusi kemenangan 11-8.

Sebagai rekod, keputusan itu menyaksikan Sivasangari mencatat kemenangan kedua ke atas El Hammamy dalam enam pertemuan dengan tiga perlawanan terakhir menjadi milik pemain Mesir itu.

Terdahulu, Sivasangari mencipta sensasi di pusingan suku akhir apabila menyingkirkan rakan sepasukan El Hammamy yang juga pemain No.1 dunia, Nour El Sherbini selepas menang dalam aksi straight set 11-9, 11-9.

Dia juga melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas kali terakhir dilakukan legenda skuasy negara, Datuk Nicol David pada 2015. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 2-4-2024 06:16 AM
Malaysia banyak athletes bagus dalam squash.. Tetapi sayang sports tidak popular seperti tennis
Quote Yoonggi 2-4-2024 09:06 AM
tahniah. semoga terus sukses dan cemerlang
Quote Zeatyisaac 3-4-2024 11:35 AM
Dwdrum: Malaysia banyak athletes bagus ...

Sukan mahal kot.
Quote Dwdrum 4-4-2024 09:31 AM
Zeatyisaac replied at 2-4-2024 07:35 PM
Sukan mahal kot.

Rasa nya sama saja... Maybe some schools favour sports lain... 2nd squash ini indoor sports di banding tennis outdoor panas...dahulu ketika aku masih ber sekolah ada saja tennis tournaments di malaysia  seperti sports lain... states and interstates tournaments... Main event nya di jalan duta KL...
Quote dagusengett 4-4-2024 09:36 AM
Wowwww good job!
Quote hyie 4-4-2024 09:53 AM
nama sheols panjang sangat la nak sebut, mohon sheols komersilkan nama yang pendek sikit yach...macam Nicol Ann David buh Nicol je
Quote Decaffeinated 4-4-2024 10:02 AM
Another Nicol David in the making.

Ayat last dalam artikel tu BM ka? Susah aku nak faham

Quote Decaffeinated 4-4-2024 10:07 AM
Dwdrum replied at 2-4-2024 06:16 AM
Malaysia banyak athletes bagus dalam squash.. Tetapi sayang sports tidak popular seperti tennis

Terlalu berbeza kalau nak compare dengan tenis. On the plus side sukan yang tak popular ni kalau masuk olimpik adalah peluang nak dapat medal.
Quote Decaffeinated 4-4-2024 10:12 AM
hyie replied at 4-4-2024 09:53 AM
nama sheols panjang sangat la nak sebut, mohon sheols komersilkan nama yang pendek sikit yach...maca ...

Tak sepanjang V Manickavasagam. Nak bagi pendek mungkin dah tak boleh tapi mungkin boleh modify spelling jadi siva-sanggari kot. Anyway aku tengok commentator omputih laju ja sebut gagap2 pun tak.
Quote zehra2 4-4-2024 01:45 PM
tahniahhh.. dia pernah cedera dulu kan.. accident kot. tp bangkit semula
Quote Dwdrum 4-4-2024 07:47 PM
Decaffeinated replied at 3-4-2024 06:07 PM
Terlalu berbeza kalau nak compare dengan tenis. On the plus side sukan yang tak popular ni kalau m ...

Nope my mean bukan untuk gold medal... maksud kan prestigious sports tournaments seperti PGA tour... Grand slam... F1... World cup... Begitu... If malaysian menang tennis grand slam untuk lagi baik dari olympic gold medal...
Quote manamana123 4-4-2024 10:55 PM
waaah tahniah.....tahniah
Harap tak kena cedera
Quote TOPwind 5-4-2024 12:40 AM
pasti geng2 bontot kuali kembang mengembang
Quote hokeypokey 5-4-2024 01:36 AM
tahniah Sivasangari!!!
Quote Tinot7 5-4-2024 11:29 AM
Tahniah!!!!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.050507 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top