CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang Tiada Rupa Manusia Kalau Dapat Ini, Neelofa ‘Sembur’ Pengasuh Kejam

2-4-2024 06:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13691| Komen: 17



MEMANG tiada rupa manusia kalau dapat ini.”

Itu kata selebriti terkenal, Neelofa yang tidak dapat menahan amarah apabila anak kepada pempengaruh Indonesia iaitu Emy Aghnia didera pengasuh sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga.

Meskipun berlaku di negara jiran, berita tersebut tular sehingga mendapat perhatian ramai termasuk pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, yang turut melepaskan geram terhadap pelaku.

Dalam masa sama, pengacara Next To Neelofa itu turut mendoakan keselamatan setiap kanak-kanak supaya sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.

Doa sentiasa anak-anak kita dalam jagaan dan lindungan Allah SWT di mana serta dengan siapa mereka pun,” katanya menerusi ruangan komen dalam Instagram Emy.

Baru-baru ini, Emy Aghnia mendedahkan anaknya yang berusia tiga tahun didera pengasuh yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.


Kejadian yang mengakibatkan kecederaan serta trauma tersebut telah dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, beberapa artis lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aeril Zafril dan Mira Filzah turut meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan anak itu diperlakukan sedemikian rupa. 


Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:03 AM
ada empathy plak this time sis.
Quote dewi_rina 2-4-2024 08:36 AM
Manusia terpaling! Nampak sangat takde keje sume benda ko nak mencapub.. Jagalah anak ko tu elok-elok, ko pun bukan ada keje takyah nak ada bibik pun sebenarnya.. Adik beradik ramai-ramai bergelimpangan takde keje tu boleh tengok kan sesama..  
Quote dua_chzy 2-4-2024 08:37 AM
Berani pengasuh dera anak selebgram Ndog?

Ka ini suma content di dunia fana tipu bana ni? Sila siasat juga si Emy itu.
Quote Pak.dolla 2-4-2024 08:41 AM
.
.
.
kalu xda bakat tp nk nama sentiasa disebut mmg kena selalu mencapap dan selit² semua isu viral kan?
mcm ex abam ipor dia tu la kan?

buat² la simpati pastu selit² sikit psl agama utk tackle netizen yg mudah kena scam kan cuolls?
Quote BoongaKertas 2-4-2024 08:44 AM
Cleocatra replied at 2-4-2024 12:24 AM
Ada makna la tu. Sheol bukan buat saja2. Sheol nak dikenali di indo sana la tu. Moga2 jemput bagi  ...

ada udang sebalik mee udang yach
Quote Manusiabesa 2-4-2024 08:46 AM
Mcm biasa.. mula2 simpati kt nasib org..  ujung2 jual produk. Bantal zikir, kaabah zikir, kukote.... yg trbaru... buku karangan jah dgn setazah mana xtau.... mcm biasa... mcm biasa... terpaling simpati kt nasib onglen smpai kedut2 dahi... tunggang gais... tunggang... byk masa zoom org kt negara jiran.. kakak sndiri pakai baju nmpk lurah tetek xda masa pulak nk tegor.. adik lembam xsekolah, xpulak ada masa nk tegor... sick. Mmg jah btul2 sick
Quote ihtisyam1 2-4-2024 08:50 AM
penunggang terpaling kah
Quote zuriey 2-4-2024 12:17 PM
Sibuk ank org si bilal tu bercakap pun tak pandai lagi dah 2 tahun.
Quote Lailawati 2-4-2024 12:52 PM
Cleocatra replied at 2-4-2024 08:24 AM
Ada makna la tu. Sheol bukan buat saja2. Sheol nak dikenali di indo sana la tu. Moga2 jemput bagi  ...

Kannnnn...1st attempt x menjadi, kena ada 2nd attempt..lagipun mak budak ni influencer kat Indo sana.. kalau tak, mana maunya dia nk komen kat ig mak budak tu... kena pandai cari lubuk untuk ambil perhatian gitewww
Quote Lailawati 2-4-2024 12:57 PM
dua_chzy replied at 2-4-2024 08:37 AM
Berani pengasuh dera anak selebgram Ndog?

Ka ini suma content di dunia fana tipu bana ni? Sila sia ...

Ada cctv dlm bilik anak si emy tu..nmpk jelas babysitter tu ketuk kepala anak dia ulang2 katanya babysitter tu stress psl dia dh cerai kee or nk kena cerai ngan laki dia
tu yg dia stress..




Quote dua_chzy 2-4-2024 01:02 PM
Lailawati replied at 2-4-2024 04:57 AM
Ada cctv dlm bilik anak si emy tu..nmpk jelas babysitter tu ketuk kepala anak dia ulang2 katanya b ...

Itu lagi aku pelik tau ada CCTV, masih berani mendera. Ke pengasuh tak tau?
Quote Lailawati 2-4-2024 01:21 PM
dua_chzy replied at 2-4-2024 01:02 PM
Itu lagi aku pelik tau ada CCTV, masih berani mendera. Ke pengasuh tak tau?

rasanya bbysitter tu tak tau sbb kalau nk tgk dari rakaman tu, derang simpan kat tmpt tinggi
lgpun bbysitter tu x sampai 2 thn bekerja ngan si emy nih..
awal2 kerja tu, ok
lps dia kena cerai tu yg dia terus jadi mcm mudah triggered  
benda kecik2 pun dia mudah sentap
news 1.jpg


Quote sofi_sofia 3-4-2024 11:00 AM
punyalah terdesak nak buat process pensucian supaya org boleh ckp dia ada empati ... anak org ntah sapa2 kat negara jiran pun dia sanggup komen masuk campur .... punya lah byk kes dera hari2 kat social media negara kita selama nih .. tak ada pulak dia nak komen!

sudahlah jahlop ... sekilas perangai ikanmu di air ... sudah ku tahu jantan betinyanya! manusia opportunist mmg tak ada empati ya fakta ... mereka akan sanggup buat APA SAJA demi keuntungan diri sendiri ...
Quote Minyakyuyi 3-4-2024 05:16 PM
Edited by Minyakyuyi at 3-4-2024 05:19 PM
sofi_sofia replied at 3-4-2024 11:00 AM
punyalah terdesak nak buat process pensucian supaya org boleh ckp dia ada empati ... anak org ntah s ...


Ini pn proses mencuci...anak dia terpaling tu


[ig]https://www.instagram.com/reel/C5SnD4ryXpP/?utm_source=ig_web_button_share_sheet[/ig]
Quote apedehal 3-4-2024 05:36 PM
Minyakyuyi replied at 3-4-2024 05:16 PM
Ini pn proses mencuci...anak dia terpaling tu

Xada apa nak pelik..dah kalau makpak selalu perderngarkn ayt quran kat umah, bg tgk rncangan2 ugama..gitula acuan dia..pak dia plak so called ustat..menda la sume hal pun nak terpaling.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.104286 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top