CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

FAM Masih Perlukan Hamidin

15-4-2024 07:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33770| Komen: 10

Description: KUALA LUMPUR: Gesaan supaya Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meletak jawatan rentetan isu surat layang baru-baru ini adalah satu tindakan yang kurang wajar dan buka ...


KUALA LUMPUR: Gesaan supaya Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meletak jawatan rentetan isu surat layang baru-baru ini adalah satu tindakan yang kurang wajar dan bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk bola sepak Malaysia.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee menyifatkan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia sejak menerajui FAM pada 2018 adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta.

Kim Swee berkata, pihak yang menyuruh Hamidin meletak jawatan mungkin lupa atau sebenarnya tidak tahu yang ranking skuad Harimau Malaya ketika beliau mula menjadi Presiden FAM pada Julai 2018 adalah di tangga 171 dunia dan berjaya diperbaiki dengan cukup baik hingga mencapai ranking terbaik iaitu 130 dunia pada tahun lalu.

"Pada zaman beliau (Hamidin) ini kita dapat melihat pasukan kebangsaan mula mampu kembali mencabar pasukan di ranking lebih baik, antaranya Republik Kyrgyz, Turkmenistan dan India, selain berjaya layak ke Piala Asia 2023 secara merit selepas 43 tahun dan mampu untuk mengikat gergasi Asia, Republik Korea 3-3.


"Semua ini memerlukan masa untuk kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Jadi untuk mengatakan beliau tidak buat apa-apa untuk bola sepak Malaysia di sepanjang enam tahun ini, adalah satu tanggapan yang sama sekali tidak tepat.

"Malah bagi saya, FAM masih memerlukan Datuk Hamidin sebagai presiden," kata Kim Swee yang pernah menjadi ketua jurulatih kebangsaan pada 2016 hingga 2017.

Kim Swee yang juga bekas Pengarah Teknikal FAM turut berpendapat bahawa jawatan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang dimenangi Hamidin pada 1 Februari 2023 juga memainkan peranan cukup penting untuk beliau terus memegang jawatan Presiden FAM.


"Apa jadi kalau Hamidin letak jawatan sebagai Presiden FAM sekarang? Sudah tentu, satu kerugian besar buat bola sepak Malaysia kerana beliau memegang kerusi Ahli Majlis FIFA itu untuk tempoh satu penggal sehingga 2027.

"Apa guna kita ada beliau masih sebagai Ahli Majlis FIFA tetapi FAM pula diterajui individu lain yang tiada pengaruh di peringkat FIFA mahupun AFC?

"Lagipun kita boleh lihat, hubungan baik beliau dengan pemimpin bola sepak antarabangsa memudahkan kita untuk mendapat bantuan terutama dari segi penjimatan perbelanjaan pasukan kebangsaan apabila berlatih dan menyertai pertandingan di luar negara.

"Hubungan baik beliau dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) dan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) contohnya telah menjimatkan jutaan ringgit apabila saya difahamkan bahawa pihak SAFF dan QFA yang membantu membiayai kos ketika pasukan kita berada di negara berkenaan.

"Malah, kredibiliti beliau juga membolehkan kita mendapat jurulatih asing yang berkaliber bagi membimbing pasukan kebangsaan seperti Kim Pan Gon (bola sepak), Soleen Al Zoubi (skuad wanita) dan Rakphol Sainetngam (futsal). Satu lagi kejayaan atau sumbangan besar beliau untuk FAM," kata Kim Swee.

Selain itu, dakwaan bahawa FAM dan Hamidin gagal meningkatkan tahap Liga Malaysia termasuk mengaitkan beliau dengan isu tunggakan gaji pemain yang masih melanda di negara ini, Kim Swee berkata, perkara itu tidak boleh dituding jari ke arah Hamidin semata-mata.

"Untuk mengatakan Datuk Hamidin dan FAM gagal dalam kedua-dua aspek ini adalah tidak tepat kerana FAM kini bukan lagi badan yang mengendalikan Liga Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

"Masalah gaji itu sebenarnya perlu ditujukan kepada pengurusan kelab terbabit dan mereka yang sepatutnya bertanggungjawab," katanya.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 10-4-2024 06:16 AM
Apa yg kim swee ckp ni ada logiknya terutama bab tunggakan gaji. Da kelab ko yg shit, abeh shit tu nak bg dkt presiden fam sekali. Apo bondo
Quote ultra78 11-4-2024 09:14 AM
Kami tak perlukan berita dari masa hadapan.
Quote slyfynx 11-4-2024 10:51 AM
Bodo la 3 benang @CARI-HBZ ni asyik dok atas je sbb tarikh ke hadapan.
Momod bod cari skrg mmg xde ke hape?
Quote lkick2113 12-4-2024 08:06 PM
slyfynx replied at 11-4-2024 10:51 AM
Bodo la 3 benang @CARI-HBZ ni asyik dok atas je sbb tarikh ke hadapan.
Momod bod cari skrg mmg xde k ...

Mod nak Raya, bagi chance lah wartawan cari memang Bodo dari Dulu lagi, Makan gaji buta, at least mod tak Ada gaji.
Quote green~tea 12-4-2024 09:41 PM
Mohon TT buh laa gamba semenggah sikit kot ye nak sticky kan thread sendu dekat 1st page...

Muka2 longkang jugak nak letak.. weols nak click mengomen pun malas
Quote matamata 13-4-2024 07:07 PM
apalancau punya thread ni?
Quote renko 13-4-2024 10:05 PM
Asal atas sekali nyemak je
Quote izwan_izi 14-4-2024 04:51 PM
Hai reputz cari..dh bukak benang siap advancekan tarikh..masih sendu jugak ke..kesiannnnn...
Quote KamikuP 15-4-2024 09:47 AM
Main bola kat Msia ni tak kemana cuolls nak pulak ada unsur politik dan org tua dlm tu.. apooo
Quote johan-adx 15-4-2024 11:18 AM
lantik lah org lain yg lbh berkaliber. sekurang2nya tokoh sukan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.046940 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top