CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Dah Saman Secara Diam, Tunggu Sajalah” – Fatiya Latif Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Orang Yang Menuduhnya ‘Mental’

18-4-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10332| Komen: 11

Description: Pelakon sensasi penuh kontroversi, Fatiya Latiff memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menuduhnya mempunyai kesihatan mental.

Pelakon sensasi penuh kontroversi, Fatiya Latiff memaklumkan dia sudah mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menuduhnya mempunyai kesihatan mental.

Ujar Fatiya, perkara itu walau bagaimanapun bersifat peribadi dan dia enggan berkongsi perihal tersebut kepada orang awam.


"Mengenai masalah kesihatan, saya tak nak kongsi. Ia adalah sesuatu yang peribadi. Kenapa saya nak kena kongsi dengan orang yang saya tak kenal?"

"Orang-orang ini semua suka nak keluarkan perkara yang sepatutnya menjadi sesuatu yang peribadi. Tak boleh kerana benda tu boleh disaman tau."

Jelasnya lagi, dia telah mengeluarkan saman kepada beberapa pihak dan individu secara diam dan meminta mereka untuk menunggu sahaja surat saman berkenaan.



"Sekarang ni saya dah keluarkan banyak saman yang orang tak tahu lagi. Saya sendiri tak boleh bagi tahu pihak mana yang saya dah saman tapi memang ada pihak tertentu yang saya dah saman secara diam, jadi tunggu sahajalah surat saman saya."

Kata Fatiya, tindakannya itu hanyalah sebagai respon mempertahankan diri daripada dilabel lemah orang sesetengah pihak yang sering menganggu kehidupan peribadinya.

Dia juga menegaskan tidak lagi mempercayai orang lain sewenang-wenangnya dan meminta orang di luar sana untuk berhati-hati dalam percakapan kerana kifarah adalah sesuatu yang benar.

“Saya bukan jenis ‘fake’. Ada sesetengah selebriti yang ‘fake’, mereka boleh bertahan, mungkin kerana mereka ada ‘back up’ tetapi saya ada diri sendiri. Itu adalah satu-satunya cara dan saya harus pertahankan hak dan diri saya… Saya baik-baik sahaja” ujarnya lagi.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 18-4-2024 08:28 AM
Dia attack orang boleh, orang cuit dia sikit terus loose control
Quote KamikuP 18-4-2024 11:03 AM
Makin bam bam mcm mak mak budak
Quote prince_marhaen 18-4-2024 12:07 PM
mekap & pkai baju lawa pun tetap ah tak cantik
Quote supernaturalee 18-4-2024 12:46 PM
gmbr raya die dgn family nmpk elok je
dlm thread raya retis kt sblh
Quote cikatilia 18-4-2024 04:32 PM
prince_marhaen: mekap & pkai baju lawa pun tetap ah tak cantik


lawa kan baju dia
tp letak kat org yg salah
Quote pocongkiutss 18-4-2024 04:43 PM
"Saya bukan jenis ‘fake' "

Org yg ckp ko mental tu pun bukan sejenis fake mencuci punggung retis..sbb tu dia berani ckp jujur nyah
Quote Aneem 18-4-2024 06:01 PM
Ni punya gila takdak ubat.
Kena intubate saja. Selesai.
Quote bintangct 19-4-2024 11:21 AM
Edited by bintangct at 19-4-2024 11:23 AM

org gila pun ada 3mil follower ish ish
Quote mrsLucky 21-4-2024 01:52 AM
i tak percaya dia saman orang panggil dia mental..
Quote missHaidiD 21-4-2024 06:44 AM
Dia ni ckp je nk saman. Korang tgk le.mmg takde pun..dulu berapi2 ckp nk saman anj lg terang2 ajnu sebut nama dia. Senyap je smpai skrg. Dia.bkn ada duit sgt. Ada duit sikit baik hiburkn diri. Takde.mana nk bazzir gi saman netizen
Quote missHaidiD 21-4-2024 06:45 AM
Gmbr raya ritu tgk mak dia elok.je dgn dia. Adakah mak dan fmpy dia menyokong apa saja perbuatan dia dimedia sosial termasuk cuba menganggu rumatga eman dan zahira?

Mak dan fmly dia sokong ke dia menghina org lain?

Soalan serius

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.110745 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top