CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fedtri Yahya Syukur Anak Dapat 8A UPKK – ‘Kakak Study Sampai Renyuk Buku’

19-4-2024 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18301| Komen: 105

Description: Personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya iaitu Indah Sutera Jannah yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA ...


Personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya iaitu Indah Sutera Jannah yang meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.

Menerusi hantarang dimuat naik di TikTok, Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya meluahkran rasa syukur selepas anaknya itu meraih keputusan A dalam kesemua lapan mata pelajaran bagi peperiksaan tersebut.



Menurut Fedtri, dia sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anaknya itu meraih keputusan cemerlang.

"Ya Allah syuku, result UPKK dah keluar. Tahniah sayang daddy, Indah Sutera Jannah!"


"Kakak study sampai renyuk buku sebab subjek Sirah dan Tauhid agak mencabar.

"Tak yakin sangat dapat 8A, syukur ya Allah."

Dalam pada itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu menitipkan ucapan terima kasih buat para guru sekolah anaknya yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pembelajaran.

Fedtri juga berharap agar kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi buat anak-anaknya yang masih kecil dalam pembelajaran di masa akan datang.

"Terima kasih para ustaz dan ustazah. Daddy dan mama menitis air mata.

"Kejayaan kecil namun besar untuk kami sekeluarga, inspirasi untuk adik-adik."


Sumber: TikTok Fedtri Yahya/Ohbulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 19-4-2024 09:52 AM
Kalau anak dpt 5A x letak lah kot kat IG kan.. Kan... Gitula bapak2x mak2x skrg... Terpaling
Quote beni_nikaido 19-4-2024 10:08 AM
Alhamdulillah... tahniah
Quote Thunderclouds 19-4-2024 10:23 AM
Aku senyum aje yg post segala mala achievement ank.
Ada org suka layoq.. Ada org suka senyap² je.
Ada yg hadap validation org, ada yg xperlu validation.
Hidup ni mudah.
Xsuka scroll laju².
Quote doubleA 19-4-2024 10:27 AM
Tahniah. Iols suka dgr kecemerlangan anak org lain so pada masa yg sama iols akan titipkan doa utk anak iols juga, amin. Doa dalam diam bukan kt fb
Quote KamikuP 19-4-2024 10:29 AM
TaHNIAH sheolls..
Quote songket_merah 19-4-2024 10:30 AM
putih licin suci bersih kulit anak dia..
Quote naina 19-4-2024 10:33 AM
Ramai gila budak2 dapat full A
Dari dulu lagi aku curios dengan result UPKK
Macam mudah sangat score semua A
Tapi nak positif kan thinking boleh je cakap budak2 zaman sekarang memang ramai cerdik2
Quote cik_ingeniare 19-4-2024 10:35 AM
Alhamdulillah tahniah..
Quote asfaz 19-4-2024 10:49 AM
naina replied at 19-4-2024 10:33 AM
Ramai gila budak2 dapat full A
Dari dulu lagi aku curios dengan result UPKK
Macam mudah sangat score ...

Upkk mmg senang sikit dpt A kalau yg tak leka main. kalau psra susah sikit. 90 baru dpt mumtaz. Psra yg dpt jayyid  jiddan pun dah cukup ok sb markah tinggi gak tu.
Quote miss_perfect 19-4-2024 10:57 AM
UPKK ni untuk student umur berapa?
Quote nolya 19-4-2024 11:05 AM
Tahniah kpd FY atas kejayaan cemerlang anak. Semoga kejayaan itu berlterusan ke peringkat tinggi. Tak salah FY kongsi kegembiraan atas kejayaan anaknya agar jadi motivasi kpd parents lain sekaliannya.  Kalau ada orang yg boleh share beli berpasang2 bayu raya, tempah bilik hotel ratus ribu di Makkah sana, kejayaan cemerlang anak itu lebih bererti untuk dikongsi. Tahniah kpd adik Jannah.
Nama adik ni unik laa. Satu2nya nama yg tidak bersamaan dgn nama2 anak pompuan lain.
Quote imanjannah 19-4-2024 11:13 AM
alhamdulillah tahniah..
Quote Suchi 19-4-2024 11:17 AM
naina replied at 19-4-2024 10:33 AM
Ramai gila budak2 dapat full A
Dari dulu lagi aku curios dengan result UPKK
Macam mudah sangat score ...

Masa exam upkk time pkp tu pun sama ramai dpt 8A termasuk anak buah iols
Iols pun tak pasti mmg pandai ke apa cth bahasa arab tu.

Aritu masa mesorat pibg kat sek keb cikgu tunjuk graf peratusan subjek tu mcm terkejut gak bahasa arab paling tinggi peratusan kat sekolah. Dlm 98% gak biar betul ke cikgu bhs arab ni main bg je markah kat budak2 ni.BM rendah plak.
Kalau BI leh terima lg tapi BA ni bkn ke susah gak budak2 ni phm?
Soalan exam arab ada translate BM ke?
Quote airmineral 19-4-2024 11:42 AM
UPKK ni susah ke? mcm ramai dpt 8A?
Quote red_velvet 19-4-2024 11:49 AM
Tahniah ..comel cantik anak dia ni .... UPKK mudah dapat A kalau budak2 fokus betul2.  Kat fb ada group UPKK ni, ustaz ustazah rajin buat live share tips menjawab & rangka soalan yg bakal keluar... taklimat kat sekolah anak iols dia kata jawapan tak perlu strict la ikut buku.
Contoh kalau soalan akhlak tanya apakah adab ketika makan? Ko gorenglah apa pun semua diterima asalkan benda baik.. walaupun dalam kitab tak ditulis . Tapi soalan sirah & tauhid tak boleh la nakk goreng ... Kecuali kalau ditanya apakah kebaikan percaya kepada rukum iman  tu bolehla nak goreng.


Btw i suka baca posting kecemerlangan anak2 orang... I ok je kalau lalu kat wall fb semua i like ... Tak pernah terlintas nak berlagak ke apa, santai2 je lah.. asyik nehatif memanjang bosan jugak hidup ni..
Quote anggeriklatifah 19-4-2024 11:56 AM
Semoga Intan Sutera tak menjadi seperti kak marissa dania ye nak
Quote bro_kr 19-4-2024 12:12 PM
airmineral replied at 19-4-2024 11:42 AM
UPKK ni susah ke? mcm ramai dpt 8A?

Sederhana utk tahap umur 11 tahun. Tidak susah sangat. Tidak senang sangat.

(Untuk sebahagian kita yg mahir tajwid Al Quran, mahir bahasa Arab, mahir Fiqh, mahir sirah, nampak senang sangat la kan)

(Boleh Google - contoh soalan UPKK)

Tak ramai yg dapat 8A.
Nampak ramai sebab yg dapat 8A - mak ayah tunjuk kat FB / IG / TT.
Quote prince_marhaen 19-4-2024 12:24 PM
daddy masih DM DM hadik2 lgi tak tu? ehhhh!
Quote fairiza 19-4-2024 12:29 PM
naina replied at 19-4-2024 10:33 AM
Ramai gila budak2 dapat full A
Dari dulu lagi aku curios dengan result UPKK
Macam mudah sangat score ...

Anak aku yg dpt 8A ckp ada satu buku tu ko hapal je gerenti 8 A hahahah.
Anak aku mumtaz psra tu ckp psra mmg belajaq betul2 tp dia ckp x susah mana pun cuma bhs arab je tough sikit
Key dia ko rajin ko dptla
Ko malas ko x dpt la
Aaa gittuh. Tp xde la aku layoq nak tayang2 kat social media sbb x semua anak aku score 8A n mumtaz.. koser nyah so diam2 aja anak cemerlang syukur.. x cemerlang pun syukur. Janji jd org.

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053459 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top