CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru umur 7 tahun sudah bergelar tunangan orang

19-4-2024 09:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13839| Komen: 8

Description: JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis pertunangan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di Madura, wilayah Jawa Timur, lapor akhbar Tribunnews semalam.

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis pertunangan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di Madura, wilayah Jawa Timur, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Lebih mengejutkan, budak perempuan yang tidak didedahkan namanya  itu ditunangkan dengan seorang kanak-kanak  lelaki yang juga berusia tujuh tahun. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @z0yaahmad, penduduk tempatan dilihat menghadiri majlis berkenaan dan menyaksikan pertunangan mereka. 

Keluarga kanak-kanak lelaki itu membawa barang-barang hantaran termasuk emas.

Seorang ahli keluarganya menyarungkan perhiasan pada kanak-kanak perempuan itu sama seperti majlis pertunangan orang dewasa. 

Menurut pemilik akaun TikTok tersebut, kedua-dua mereka dijodohkan sejak dari kecil dan akan berkahwin apabila memasuki usia dewasa. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 20-4-2024 02:14 AM
Hurmmmm, lepas 10 tahun nanti viral lah video mantan datang ke acara pernikahan. Pastu pengantin pempuan pulak kalau x teriak time tu, maybe pengsan lah kot. Perangai ni rotate la sampai bila2 kat negara konoho tu
Quote batmana 20-4-2024 11:15 AM
main pondok2 ni..versi indon
Quote beatgirlX 20-4-2024 11:56 AM
Kalau x pelik2 x sah deme ni
Quote sapeka 20-4-2024 11:58 AM
Lah
Anak kecik2 lagi dah pikir jodoh
Apo la
Tak de menda lain nak di pikir ke acik acik kat kampung tu

Takde m
Quote airfilterkotor 20-4-2024 09:08 PM
SalenaGomez replied at 20-4-2024 02:14 AM
Hurmmmm, lepas 10 tahun nanti viral lah video mantan datang ke acara pernikahan. Pastu pengantin pem ...

Tunang awal, baru tak kalut.
Quote airfilterkotor 20-4-2024 09:09 PM
Macam ikat pertalian saudara jauh jer ni.
Quote dani-rox 20-4-2024 10:17 PM
semoga bila dah besar nanti, kedua2nya jumpa jodoh dgn org lain.
Quote SalenaGomez 21-4-2024 01:42 PM
airfilterkotor replied at 20-4-2024 09:08 PM
Tunang awal, baru tak kalut.

Kalut2 pon nak pi mana last2 nanti kelaut

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.084939 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top