CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita hampir buta selepas sulam kening

22-4-2024 08:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4240| Komen: 3

Description: LONDON – Seorang wanita yang mengubah bentuk dan warna keningnya dengan melakukan prosedur sulaman kening dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah yang membuatkan dia berisiko menjadi buta, la ...


LONDON – Seorang wanita yang mengubah bentuk dan warna keningnya dengan melakukan prosedur sulaman kening dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah yang membuatkan dia berisiko menjadi buta, lapor portal berita Detik semalam. 

Wanita berasal dari Britain, Danielle Hubbard tidak menjalani ujian alahan sebelum dia melakukan prosedur itu.

Pewarna yang digunakan dalam prosedur itu disyaki kuat dan menjadi pencetus kepada keadaan tersebut.

Menurut Hubbard, selepas proses itu berlaku, tiada sebarang perubahan atau kesakitan yang dirasainya.

Namun keesokan harinya, mata kirinya mula membengkak dan mukanya menjadi merah sehingga meradang. 

“Saya tidak dapat melihat, kemudian berasa sakit kerana kening saya mula membengkak dan meradang,” katanya. 

Selepas dibawa ke hospital, Hubbard diberikan steroid bagi merawat keadaan itu selama dua minggu sebelum wajahnya beransur pulih. – AGENSI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 22-4-2024 08:20 AM
Nasib baik tak buta.
Quote Itzy 23-4-2024 12:14 AM
Bodoh ubah ciptaan Allah, tak tahu bersyukur
Quote BoongaKertas 23-4-2024 04:05 PM
dh kenapa sampai nak bersulam. aduh. beauty is pain is so stupid phrase.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.035940 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top