CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Punya hati emas, pemaaf, Abby Abadi dikagumi netizen

22-4-2024 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4419| Komen: 9

Description: "TABIK hormat kepada Abby. Paling banyak tersakiti tetapi boleh menjadi menyatukan semua orang.”

"TABIK hormat kepada Abby. Paling banyak tersakiti tetapi boleh menjadi menyatukan semua orang.”

Demikian pujian netizen buat pelakon Abby Abadi yang dilihat berkumpul bersama keluarga besarnya termasuk Marissa Dania dan Memey Suhaiza meski hati pernah dilukai.

Perkara tersebut dilihat dalam sebuah video hantaran Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang  beraya di rumah bekas suaminya, Norman Hakim.

Abby bersama isteri Norman iaitu Memey  turut mengenakan busana dan tudung sedondon rona hijau sekali gus mencerminkan kebahagiaan kedua-dua keluarga.

Dalam masa sama, Abby juga menunjukkan kemesraan bersama anak keduanya itu sekali gus meleraikan persengketaan antara mereka selepas Marissa membelakangi ibunya dalam membuat keputusan menjadi isteri kedua Ahmad Aslam.

Rata-rata netizen kagum dengan keterbukaan Abby yang masih boleh berbaik selepas mengharungi pelbagai konflik dalam keluarga.


"Sedar tak sedar, cara Abby merupakan dakwah. Melihat kebahagiaan dan kemesraan rumah tangga walaupun dugaan serta ujian datang,” kata peminat.

“Macam mana nak jadi positif seperti Abby. Saya selalu cuba tetapi jauh di sudut hati ada rajuk dan luka,” ujar pengikut.

Sebelum ini, pelakon drama Gerak Khas itu dipertemukan dengan menantunya, Ahmad Aslam yang merupakan suami kepada, Marissa pada 1 Syawal lalu.

Abby turut memaklumkan bahawa hari raya tahun ini merupakan peluang untuk semua pihak memperbaiki kesilapan lalu.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya iaitu Umisya Mazlan di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. 


Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dio5774 22-4-2024 09:34 PM
tak tahu nak habaqqqqq
Quote Nizleen86 22-4-2024 09:46 PM
Abby terpaksa tebalkan muka jgk tu gi rumah normiang buat2 happy beraya maybe tu je cara nak baik dgn markisa. Dalam hati dia remuk takde org kesah. Kesian.
Quote slyfynx 22-4-2024 10:08 PM
Bijik ape mende ni kene kagum?
Quote bulanbulat 23-4-2024 12:21 AM
Cara abby tak salah pun.

Dari hidup ko bitter sampai ke tua. Terima je la qada dan qadar.

Of cos la.unpopular opinion
Quote cm_vungtau 23-4-2024 12:24 AM
Mesti la dia pemaaf, anak dia yang menyondol. Cuba kalau anak dia yang disondol, mau dia maki hamun tanpa henti
Quote nw111 23-4-2024 01:14 AM
Alaaaa..korang ni..abby dh baik berdamai mcm ni pun korang tak puashati jugak..dah tu korang nak suruh dia merentan bertahun2 mcm ritrud ke
Quote damian_lee 23-4-2024 07:25 AM
ala dikkk
nanti gaduh lagi spill jantan dayus dia yang tanggung anak2

xyah la korang caye happy happy social media ni
Quote KamikuP 23-4-2024 02:16 PM
Ala Abby terima je la dah tu pilhan anak ko kawen kat Siam.. ko pun sama kawen kat siam gak dulu.. Dohtu???
Quote che-cikL 23-4-2024 02:20 PM
Yg adik muka serupa Memey, yg akak gedik bergambar terteleng2 sama dgn Memey sebelah menyebelah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.173499 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top