CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Kekasih Kepada Aliff Aziz Sejak Januari 2024’ – Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Kongsi Video Cium Pipi

22-4-2024 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25614| Komen: 161

Description: Nama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya di media sosial susulan pendedahan seorang wanita yang mengaku merupakan kekasih aktor itu.



Nama penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya di media sosial susulan pendedahan seorang wanita yang mengaku merupakan kekasih aktor itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa telah menjalinkan hubungan cinta dengan suami kepada Bella Astillah itu sejak Januari lalu. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya menceritakan perkara sebenar kerana tidak sanggup melihat Aliff dicerca keseorangan.

"Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024. Betul, apa yang dilakukan Aliff itu salah. Salah tetap salah tapi Aliff tak berhak dituduh keseorangan begitu kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji."

Ujar Sarah lagi, dia dan Aliff mula berkawan rapat dan sering berhubung di laman sosial kerana aktor itu sering mengadu tentang masalah rumah tangganya bersama isteri, Bella Astillah.



"Dia selalu minta nasihat dan sokongan moral daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff mula tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan approch untuk bercinta dengan Aliff."

"Pada Februari 2024, saya dan Aliff merancang untuk berjumpa di Malaysia selama seminggu (perjumpaan saya dan Aliff adalah sebelum Aliff memulakan penggambaran drama Terjerat bersama pelakon wanita terbabit."

Malah Sarah mendakwa sepanjang penggambaran, hubungannya dengan Aliff dikatakan masih rapat sehinggalah pada hari Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat.

"Semasa hari itu berlaku, saya berada di Kuala Lumpur sepatutnya Aliff berjumpa dengan saya pada malam itu. Tapi Aliff diamkan diri sehinggalah berita mengenai dia keluar di media sosial dan membuatkan saya terkejut.

"Saya mengakui pada awalnya saya percaya apa yang dijelaskan Aliff dan tidak mempercayai Aliff ditangkap bersama pelakon itu dan saya diberitahu Aliff semua perancangan dan langkah-langkah mereka berdua (nampak seperti tidak bersalah). Saya bersetuju untuk kekal berhubung dengan Ruhainies atas dasar untuk menyelesaikan kes itu bukan sebaliknya."

Loading FB Post...

Sarah mendedahkan Aliff menumpang di rumahnya selama sebulan sepanjang penggambaran drama tersebut tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Bella dan Ruhainies.

Namun segala-galanya terbongkar selepas Sarah terbaca perbualan mesra Aliff dengan Ruhainies sedangkan ketika itu, Aliff masih menjalinkan hubungan cinta dengannya.

"Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya. Hati saya hancur kerana mempercayai Aliff Aziz."


Sumber: Sarah Yasmine/OhBulan/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawaku_terbang 22-4-2024 10:55 AM
taste putik semua kalau  tampo je jerebu
Quote kakakgarang 22-4-2024 10:56 AM
Kambing hitam
Quote kakJOYah 22-4-2024 10:58 AM
Kah3..!!
Jantan pujaan acik2 porom
Quote abadi84 22-4-2024 11:03 AM
Edited by abadi84 at 22-4-2024 12:22 PM

Nasib baik empunya badan sendiri yg spill.
Klu Bella yg spill, Bella gak kena tuduh memalukan Aliff
Padahal yg Bella londeh cuma Afifah, oktavia dan Pia Barkobah jer.. (tp iolls Aliff yg mengayat dulu)

Bella sbb ko pun curang sama, diam2 sydah tunggu jer kena cerai.
2 x 5 jer laki bini ni
Tp acik2 acah classy forum sebelahkan mamat burung liar ni asalkan tak kena cop feminist gitu!!
Quote nfaaa 22-4-2024 11:06 AM
lepas ni sapa plak nak mengaku gopren mat lip nih! tak habis habis! so yg 11 org Bella reveal tu ada running list lagi..hameekkk
Quote Cyempaka 22-4-2024 11:06 AM
"Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya. Hati saya hancur kerana mempercayai Aliff Aziz."

hati hancur konon... jalang mcm kau ada hati ke
Quote Wek_omeh2 22-4-2024 11:17 AM
Cyempaka replied at 22-4-2024 11:06 AM
"Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sam ...

Hahahha...
Penyondol pon ada rasa sakit hati bila lelaki yg disondol telah disondol kembali oleh vavis yg lain..lawak sungguh la...
Quote nena9042 22-4-2024 11:33 AM
Dia curang dengan bini dia kot
Kau expect dia loyal pada kau
Memang otak tertinggal dah kot budak ni
Quote airmineral 22-4-2024 11:37 AM
Maksudnya dia nk suruh netizen bash dia sekali? Eloklah juga tu
Quote She-Ra 22-4-2024 11:41 AM
Wek_omeh2 replied at 22-4-2024 11:17 AM
Hahahha...
Penyondol pon ada rasa sakit hati bila lelaki yg disondol telah disondol kembali oleh v ...

jgn ada penyondol ketiga pulak dlm kisah ni, haruuuuuuuuuuu
penyondol2 yg disakiti dan tersakiti
jd bohjan takyah kawen la la lip, lg senang ko nak terbang bebas hinggap ke sesiapa sudi
Quote izzah_ok 22-4-2024 11:46 AM
Hahaha jadi sarah yasmin ni disondol oleh kemut ke penyondol disondol.

Tp banyak betul masa aliff ni nak layan perempuan2 ni ye..dia xstress ke hadap perangai ppuan ????????????
Quote kuzaime 22-4-2024 11:48 AM
Dlm bulan puasa haritu laki aku ada terjumpa kawan lama dia, keja kru drama. Tiberr dorang sembang pasal kes si alip kena cekup khalwat ngan kemut tu, kawan laki aku tu bgtau, mmg si alip yg start mengayat smua, nak2 kalau ppuan tu have2. Kot betul macam yg dia cakap, nmpak sangatlah si alip ni sengkek takat modal muka dgn pensel 2b tu aje
Quote matjerk 22-4-2024 12:00 PM
Untung bella
izzah_ok: Hahaha jadi sarah yasmin ni di ...

Demi tempat berteduh sissss
Quote matjerk 22-4-2024 12:00 PM
Untung bella
izzah_ok: Hahaha jadi sarah yasmin ni di ...

Demi tempat berteduh sissss
Quote matjerk 22-4-2024 12:03 PM
airmineral replied at 22-4-2024 03:37 AM
Maksudnya dia nk suruh netizen bash dia sekali? Eloklah juga tu

Maybe dia ingat dia boleh jadi mcm bella.. bukti skandal tak viral mana....
Berani yach dik....
Belum kawen Alep..dah dicurangkan..
Alep mula2 berteduh dgn dia...1 bulan tinggal bersama... dengan 3 housemet...
Bila nunis masuk... opkos laaaa privacy residence lebih comfort.. privacy terjaga kononnya...
Last2 baru tau..dia diduakankan..
Kalau tak diduakan.. mesti masih terus berskandal..
Mesti tak berani munculkam diri kan?
Quote jebatmaspunyer 22-4-2024 12:22 PM
Kehidupan jenis apa yang dorang hidup ni?!!
Quote dua_chzy 22-4-2024 12:24 PM
Rasa nak rodok2 ja muka Alip ni hokek!
Quote dua_chzy 22-4-2024 12:25 PM
Mak Singapork terpaling hada hapa2 nak cakap? :
Quote Tiggybiru 22-4-2024 12:28 PM
Wattttt….nak habaq kata dia dan ruhainies takde pape ke ni? Atau nk habaq kata dia ni playboy terbesar duniahh

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056083 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top