CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Norman Hakim Menangis, Marissa Dania Minta Ampun & Maaf – ‘Adik Selalu Doa Supaya Dosa Papa Bagi Dekat Adik’

23-4-2024 11:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8019| Komen: 29

Description: Pelakon Norman Hakim tidak dapat menahan air mata apabila melakonkan video pendek hari raya bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania.


Pelakon Norman Hakim tidak dapat menahan air mata apabila melakonkan video pendek hari raya bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania.

Menerusi hantaran di TikTok Pak Mat Western, Norman memeluk erat Marissa dan menyatakan rasa rindu terhadap puterinya itu.



Tambah menyayat hati apabila Norman berkongsi perkara yang dilakukan apabila dia merindukan Marissa.

"Tiap kali Papa rindukan Adik (Marissa), Papa akan buka video ini."

Di dalam video tersebut, tertera tulisan yang dipercayai milik Marissa sewaktu kecil buat bapanya.

"Adik selalu doa supaya dosa Papa bagi dekat Adik. Pahala Adik bagi dekat Papa..sebab Adik sayang Papa."



Dalam pada itu, Marissa juga menangis dan bersalaman dengan Norman memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan.

"Adik nak minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki."

Balas Norman, dia sudah lama memaafkan kesilapan anak perempuannya itu.

"Tiada apa yang Papa nak maafkan. Papa dah lama maafkan Adik."

Terdahulu, nama Marissa pernah menjadi bualan warganet disebabkan kahwin tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang dikenali sebagai Aslam.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 24-4-2024 09:14 AM
sejak jd penyondol bernombor, sheols dah tak comel di mata meols. tp lantak dia lah kan, itu jalan dia pilih.
Quote Robitadotcom 24-4-2024 09:23 AM
Lahhhh. betul betul makbul doanya ye. dosa lalu papa dh jadi dosa adik sekaranggggg. genetikkkk!!
Quote tipah89 24-4-2024 09:53 AM
baru je lalu lalang kt fyp i oll. i kenot brain, that cheap kah pak mat western sampai isu2 peribadi macm ni pun nak jadikan marketing dorang, cm desperate sgt.. kesian kt yebbi, tang cari anak, menjawab kt press semua dia, tang buat benda bodo camni, bapaknya yg kedepan dulu.. xguna betul ye normiang ni.
Quote beni_nikaido 24-4-2024 10:46 AM
pak mat western ni...awal2 punye marketing menarik je.
sekarang ni macam mengambil kesempatan je
Quote Mamason 24-4-2024 10:52 AM
beni_nikaido replied at 24-4-2024 10:46 AM
pak mat western ni...awal2 punye marketing menarik je.
sekarang ni macam mengambil kesempatan je

Xtau kenapa setuju pulak dgn komen u... Mcm xsesuai... Nk masak2 anak beranak xpe lah, kenapa selit nangis2 semua ni? Ermmm entahlah, mcm betul2 tak sesuai.  Pak Mat ni dulu suka sgt ngan konten dia.. Ni dah kenapa mcm xkena gaya je konten nya???
Quote eslimau 24-4-2024 10:54 AM
dosa masing-masing la dik. aiyooo
Quote shahima99 24-4-2024 11:09 AM
content ...x malu ke haiiii
Quote nanasno 24-4-2024 11:10 AM
sanggup ek dia memperkontenkan family dia
Quote helicornia 24-4-2024 11:42 AM
bapaknya je yg menangis
anak stone gitu tkde perasaan bersalah
elok ko debik je anak tu norman baru ada rasa takut sikit
lagi satu apsal ko tk doa je ampunkan dosa ayah, jadahnya nak transfer2
Quote aqua_marine 24-4-2024 12:28 PM
Suka dgn satu komen kt ig tu
Part mudah marketing panggil bapak
Part susah nak kena jawab, serah kat mak.

Bitter truth izzit
Quote KamikuP 24-4-2024 01:59 PM
Lahh.. penat2 menangis hujung2 hepi2 je masak sama2 .. apo la cheap marketing for cheap family.. ekekekek
Quote chandrahusin 24-4-2024 02:07 PM
janji dpt duit, content pun content lah
semua nampak fake
Quote Kancilkering 24-4-2024 02:20 PM
klu minta dosa masuk nye dia nak
minta sakit ayah dia ke dia….sakit tu kan penghapus dosa…..
Quote Nuyak 24-4-2024 03:07 PM
mmg nampak sedih betul norman...walau content masih ada perasaan sebenar yg terpendam..huhu
Quote Aneem 24-4-2024 03:10 PM
Edited by Aneem at 24-4-2024 03:12 PM

Nangis sbb nk tarik simpati netizen
Netizen malaysia ni mudah memaafkan
Anak dia ni mmg kayu ke?
Quote lipans 24-4-2024 04:18 PM
minta la ampun dosa pak tu. dosa mana boleh transfer-transfer gitu je.
Quote intan244 24-4-2024 11:04 PM
lipans: minta la ampun dosa pak tu. do ...


tu la tu. mcm x bijak lansung dia ni apa yg keluar dr mulut. nk kata bodoh mcm mengumpat plak. tp start dr check in dgn laki org tu mmg dh nmpk ke mana otaknya. ajak laki org kawen lari ke siam lagi, apa nk jadi la hafizah berapa juzuk xtau dia ni.
Quote missbigrockstar 24-4-2024 11:42 PM
Nama pun keluarga pelakon
Quote katnissE 25-4-2024 09:48 AM

Tak habis habis konten family ni.

Ye ye nak tanggung dosa papa.  Keluarga acah Islamik yang tak paham agama

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.048637 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top