CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak gaduh apa pun. Cuma bincang masalah internet di Kedah – Fahmi

25-4-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 963| Komen: 1

Description: PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berseloroh berhubung pertemuan beliau dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam satu majlis rumah terbuka sebagai ‘Gol dan Gincu jumpa Litar da ...

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berseloroh berhubung pertemuan beliau dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam satu majlis rumah terbuka sebagai ‘Gol dan Gincu jumpa Litar dan Lumba’.

Menurut Fahmi, beliau terserempak dengan Menteri Besar Kedah berkenaan di Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Tak gaduh apa pun. Cuma bincang masalah internet di Kedah yang akan diselesaikan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

“Saya sebut juga isu internet yang sedang cuba diatasi di KKB (Kuala Kubu Baharu). Datuk Seri Sanusi kata “Ha, saya nak guna ni dalam kempen.” Saya jawab “Haha ok je, tapi jangan sampai undang murka Tuanku Sultan”,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini

Fahmi berkata, walaupun terdapat perbezaan politik, namun masalah dihadapi rakyat mesti diselesaikan tanpa mengira perbezaan pendapat. 


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-4-2024 10:21 AM
kalau pami tgh sanusi waktu muda, mesti pami taste dekat sanusi...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.041954 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top