CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun

7-5-2024 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5564| Komen: 22

Description: SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap ...


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun pada 2019.

Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu setelah meneliti dan menimbang hujahan kedua-dua belah pihak.

"Saya putuskan rayuan perayu ditolak. Justeru keputusan diberi Mahkamah Seksyen pada 23 Oktober lalu dikekalkan.

"Saya berpuas hati dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan tiada alasan mengubah dapatan tersebut," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh Mohd Zairil Mohd Zin, 51, yang bekerja sebagai jurugegas di sebuah syarikat swasta didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah rumah di Titi, Jelebu pada 21 hingga 22 Mac 2019.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah melakukan kesalahan yang bertentangan dengan aturan luar tabii kanak-kanak perempuan berkenaan di rumah, lokasi dan tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohd Zairil ditemui di luar mahkamah meluahkan rasa syukur atas keputusan berkenaan sekali gus dapat membersihkan namanya.

Tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ala'udin Baharom.
Seramai 14 orang saksi telah memberi keterangan di mahkamah sepanjang perbicaraan bermula pada April 2019.

Media pada Mac 2019 melaporkan lelaki berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu dengan mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh isterinya.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berkenaan dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika isterinya tiada di rumah pada 23 April 2019 di Kuala Klawang, Jelebu.

Pada 24 Mac 2019, ibu mangsa membawa anaknya ke klinik dan pemeriksaan doktor mengesahkan ada kesan cabul dan seterusnya membuat laporan polis.

Sumber - Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 7-5-2024 03:19 PM
haram jadah, knp lepas..

mencabul kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang diasuh isterinya.


babi babi.. hakim peguam babi

bu mangsa membawa anaknya ke klinik dan pemeriksaan doktor mengesahkan ada kesan cabul



ya allah bantulah anak tu...
Quote AJENALI 7-5-2024 03:38 PM
Ada siapa2 kat sini follow up kes tahun 2019? Macam mana boleh rayuan di tolak?

Punca dan atas sebab apa?
Bukti  apa lagi yang tak lengkap?

Bukan dah ada rujukan hospital ke atas mangsa ke?
Quote BoongaKertas 7-5-2024 04:00 PM
iols rasa bukti tak ckup kot. tu yg boleh lepas.
Quote Skuau 7-5-2024 04:09 PM
pemeriksaan doktor sahkan ada kesan cabul.Maksud nya apa...doktor silap ke onglain yg buat???
Quote chacon 7-5-2024 04:10 PM
motif boleh lepas
Quote Carcosa 7-5-2024 08:42 PM
Kalau bkn babi sial yg ni buat, then babi sial yg mana plk buat?? Takkan budak 4 tahun tu buat sendiri??
Kau lepas dkt mahkamah, tapi semoga kau mampos di luar mahkamah. Kena gilis lori misalnya.
Quote sfrnna 7-5-2024 11:08 PM
Wartawan pun.. pemalasnya nak tulis details... bgtau la sebab apa.
Quote Zazama 8-5-2024 10:02 AM
Takziah ya! Tunggu tindakan menyusul bila kamu dah 'vanish' dr dunia kelak. Kasihan kanak2 yg jd mangsa. Tak mampu bayangkan betapa kecewanya perasaan mereka...
Quote vanillaninja 8-5-2024 10:19 AM
Jurugegas tu apa?

Dasar setan, budak umur 4 pun kau tergamak buat gitu. Apa la nasib budak tu sekarang. Kesiannya
Quote makita 8-5-2024 10:24 AM
Kakak opis meols hantar 2 org anak kat pengasuh ni. Laki pengasuh pencen askar pegawai. Kakak tu kata laki pengasuh tu ajar anak2 dia melancap. Euwww. Yg hantar anak2 tu ada yg doctor. Ada yg report tapi x jadi apa. Tapi mcik tu dah tak mengasuh lah lepas kes tu
Quote s@s@ 8-5-2024 10:24 AM
aku speku boleh jadi bukan dia pelaku, dia nk lindungi saspek sebenar
Quote cantthinkofany 8-5-2024 10:41 AM
Edited by cantthinkofany at 8-5-2024 10:43 AM

Allahu Akbar....4 tahun weiiii....kegilaan apakah ni????....nak bukti apa?...sperm???....DNA?...and kehakiman boleh ambik keputusan mcm ni ek.....keadilan kah ini???
and lawyer boleh buat muka bangga sbb menang eh?....
Quote lil_sparky 8-5-2024 10:59 AM
sbb mcm ni la lil xmo anta anak p rumah pengasuh
Quote I.K.A888990 8-5-2024 11:02 AM
kalau betul bukan dia harap lahanat sebenar tu mati terseksa
kalau mmg lahanat ni yg buat tp tak cukup bukti aku harap kau terseksa masa kau hidup lepas tu kau jwb lan kat sana
Quote supernaturalee 8-5-2024 11:45 AM
Edited by supernaturalee at 8-5-2024 11:46 AM

maybe die yg buat
that kid pun doctor dh sahkan ada kesan cabul tu
but how to kaitkan dgn laki ni
probably kesan dna heols xde kt bdk tu
plus, maybe takde saksi jgk
circumstantial evidence semata, yg again...maybe, maybe... tak cukup kuat utk dikaitkan heol

but damage has done

caye lah
tak aman hidup kau



Quote batmana 8-5-2024 12:01 PM
mgkin nk lindungi anak laki dia, mcm dlm cite apa tah
psl dna sama, dia la pi ngaku

patut wajibkan pengasuh2 cmni psg cctv murah rm40 24jam sehari, psgla dlm 4 ketul setiap bilik, biar mak pak leh pantau.. ni pengasuh pakai tepon mahal2,  byr sorg dh lar rm600 skrg, ni yg tk daftar, sorg 600x4 = 2,400 rm gitu.. leh beli flagship smartphone tiap bulan
Quote nono86 8-5-2024 11:18 PM
Dah DR sahkan ada kesal cabul, kenapa lepas jugak? Aku tak paham...
Quote allshares 9-5-2024 12:39 AM
supernaturalee replied at 8-5-2024 11:45 AM
maybe die yg buat
that kid pun doctor dh sahkan ada kesan cabul tu
but how to kaitkan dgn laki ni

Agree dgn pendapat u. Moga tuhan bayar cash kat dunia kalau betul dia pelakunya, kena gilis lori cacat kondisi sayur ke, biar padan muka.

Mesti sedih gila parents budak tu, rasa helpless dunia tak adil semua mesti ada.
Quote allshares 9-5-2024 12:41 AM
I harap sgt mak bapak kalau boleh la, elak la hanta anak pegi pengasuh. Taska even better sbb yg jaga semua pompuan. Cuma tkt kena dera jela. Dgn pengasuh tkt kena dera/cabul/ro*ol lagi bnyk potensi.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049518 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top