CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Hancur Dihempap Pokok, Pemuda Kongsi Amalan Yang Dilakukan – ‘Saya Amalkan Selawat 1k Sehari’

14-5-2024 07:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19947| Komen: 95

Description: Pada 7 Mei lalu, negara dikejutkan dengan insiden pokok tumbang yang berlaku di Jalan Sultan Ismail dan melibatkan kira-kira 17 kenderaan.

Pada 7 Mei lalu, negara dikejutkan dengan insiden pokok tumbang yang berlaku di Jalan Sultan Ismail dan melibatkan kira-kira 17 kenderaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu, seorang lelaki tempatan maut manakala dua lagi cedera selepas sebatang pokok tumbang menghempap kenderaan mereka akibat hujan lebat serta angin kuat.

Terbaharu, seorang pemuda yang merupakan salah seorang mangsa yang terselamat tampil berkongsi keadaan keretanya yang hancur menerusi hantaran di TikTok.

Dapat dilihat kenderaan jenis Perodua Bezza berwarna merah miliknya itu hancur dan ‘total lost’ akibat dihempap pokok.

Menerusi hantaran yang sama, pemuda yang dikenali sebagai Abdul Hayyi itu meluahkan rasa syukur kerana masih dipanjang umur selepas berdepan dengan situasi tersebut.

"Alhamdulillah, masih diberi nafas walau ada yang anggap ‘owner’ Bezza merah sudah meninggal dunia."


"Kereta (saya) musnah habis. Satu-satunya kereta untuk mencari rezeki."

"Insya-Allah, takdir Allah baik-baik belaka."

Dalam pada itu, Abdul Hayyi turut berkongsi rakaman dashcam daripada kenderaannya memaparkan keadaan yang berlaku ketika kejadian tersebut.


Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dengan Abdul Hayyi yang masih diberikan peluang untuk bernafas selepas insiden yang menyeramkan itu.

Di ruangan komen, ada juga netizen yang bertanyakan amalan dilakukan Abdul Hayyi sehingga dia dilindungi daripada musibah sedemikian.


Sumber: TikTok Abdul Hayyi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 13-5-2024 11:04 PM
Edited by blue_blur at 13-5-2024 11:12 PM

yang meninggal tu tak amalkan sama 1k zikir la ye?

tak perlu sembang lebih, ajal belum je, jaga le hati keluarga yang meninggal walaupun tu bukan rukun iman.

(syukur penumpang sweden tu pun amalkan zikir 1k sehari)
Quote anony-mous 13-5-2024 11:34 PM
Yg sebenornya belum ajal. Cuma kalu ajal masa tu untung la mati tgh berzikir.
Quote hmmlantakko 13-5-2024 11:42 PM
kenapa nk sinis rasa bitter dgn berita ni.benda baik kita ikutlah sbb selawat ke atas nabi tu mmg ada syafaat nya. atau diam je lbh baik. ke dikira menonggang agama jugak ni kata sesetgh acik porum kt sini. tunggang arak blh pulak
Quote Thunderclouds 13-5-2024 11:47 PM
Yer.. Yer.. Terpaling beramal.
Sama kes jasad elok xhancur jatuh kapal terbang pelangi siap muncul dr liang lahad.
Mmm.. Yer lah.
Won't be surprised esok² ada konten dpt kete free pulak.
Rezeki xsalah alamat katanyehhhhhhh.
Mmmmm
Quote adiwarna 14-5-2024 12:46 AM
Bila baca tajuk ni otomatik aku dpt agak akan ada forumer yg terjuih2 bibir sambil menaip kata2 negative, trying really hard to convince others or actually, themsleves, yg org2 muslim ada amalan yg boleh melindungi diri dari bala bencana semua tu sebenarnya karut marut, merepek dan hanyalah disillusion semata2, walhal amalan2 zikir dan selawat tu mmg teramat mujarab dan berkuasa sekali bagi org2 muslim, oh ye lah, setan dan iblis mana suka org2 berzikir berselawat sbb mereka akan terbakar hangus bila terkena ultra high energy gelombang zikir...
Quote gigahertz 14-5-2024 02:20 AM
anony-mous replied at 13-5-2024 03:34 PM
Yg sebenornya belum ajal. Cuma kalu ajal masa tu untung la mati tgh berzikir.

seeloknya better mati masa tengah berzikir. sebab syurga dah depan mata.ni di buatnya umur dia ni panjang tambah lagi 20 tahun
pastu lalai dengan bini baru la anak la rumah la etc etc
dah kaki sebelah ke arah neraka.
Quote gigahertz 14-5-2024 02:24 AM
adiwarna replied at 13-5-2024 04:46 PM
Bila baca tajuk ni otomatik aku dpt agak akan ada forumer yg terjuih2 bibir sambil menaip kata2 nega ...

yang ini perempuan melayu. selamat jugak.
Quote jejaka_hensem 14-5-2024 03:33 AM
Iols amalkan bacaan surah alam nashrah (lupa nak surah dia) kalau time drive.
Nak cari parking pulak,baca doa makan (bukan doa makan sebenarnya ni)  
Quote batmana 14-5-2024 05:55 AM
Edited by batmana at 14-5-2024 06:50 AM

Dia patut cakap amalan tu bukan halang dia mati cedera parah ke apa lepas reveal amalan 1k selawat
Pasal nabi berperang pun patah gigi.luka sama sini..apakah nabi kurang amalan dari pemuda bezza ni ? Psl bole cedera macam2 ?

Cukuplah cakap ni kuasa Allah
Quote nanliez 14-5-2024 06:45 AM
Bila Allah berkehendak.. begitulah
Bukan dari amalan kita
Jawapan yg selamat yg tidak melukakan hati sesiapa
Quote Radzor 14-5-2024 07:04 AM
adiwarna replied at 14-5-2024 12:46 AM
Bila baca tajuk ni otomatik aku dpt agak akan ada forumer yg terjuih2 bibir sambil menaip kata2 nega ...

Iblis dibuat dari api lalu terbakar la pulak..huhu.
Quote Kancilkering 14-5-2024 07:05 AM
dh ajal moga selawat tu dpt lah selamatkan kita di sana…

Quote Radzor 14-5-2024 07:05 AM
jejaka_hensem replied at 14-5-2024 03:33 AM
Iols amalkan bacaan surah alam nashrah (lupa nak surah dia) kalau time drive.
Nak cari parking  ...

Niat bacaan tu utk apa?
Quote pagaruyung 14-5-2024 07:30 AM
Belum sampai ajal dia lagi..
Quote want2bhappy 14-5-2024 07:59 AM
jejaka_hensem replied at 14-5-2024 03:33 AM
Iols amalkan bacaan surah alam nashrah (lupa nak surah dia) kalau time drive.
Nak cari parking  ...

Iols pun baca doa makan... adoi baca kat atas2 tu.. asal bitter sangat korang... korang nak benci pun jangan tulis ajak2 orang lain pun mencerca sama. Diam lebih baik. hidup lebih tenang.
Quote JulietTheOrange 14-5-2024 08:06 AM
tp kan klu bace doa makan tu mse nk carik parking, inshaallah mmg dpt spot parking.
aku slalu klu nk masuk parking hospital, mmg berulang2 bace ajak anak2 baca skali.
Quote nuralisa 14-5-2024 08:07 AM
org tanya apa amalan ni..dia jawab je lah...
dia jawab komen jer.. bukan caption dia pun ..
Quote delsmomm 14-5-2024 08:08 AM
want2bhappy replied at 13-5-2024 11:59 PM
Iols pun baca doa makan... adoi baca kat atas2 tu.. asal bitter sangat korang... korang nak benci  ...

kann.. pelik nau..
elok la abg tu ajak org lain selawat jgk.. otomatik haku pun sama2 selawat sambil baca artikel.. maklum la dah lama xselawat.. hehehe

Quote ninja boy 14-5-2024 08:10 AM
Edited by ninja boy at 14-5-2024 08:13 AM

Zikir tu bagus lebih bagus dari ckp bodo babi hari2, penat solat x tinggal tapi pahala bocor kalau jenis mulut babi gitu, kuasa tuhan utk protect org berzikir org mengaji ia ada aura positif sebegitu, sama juga rumah dekat masjid zikir ngaji hari2 masjid itu bagus dari rumah dekat kuil

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.271536 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top