CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kaya tetapi sunyi, Cik B faham kesunyian yang dialami ibunya - “Mama nak ke suami baharu? kalau mama nak, ikut mama lah"

15-5-2024 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6677| Komen: 41



Memahami kesunyian ibunya tanpa peneman hidup, Cik B, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, kini berlapang dada dan membenarkan ibunya mencari calon suami.

Sikap matang dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Cik B mencerminkan perubahan pemahaman terhadap situasi ibunya yang memerlukan teman hidup.

Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, menjawab pertanyaan ibunya mengenai soal jodoh dengan penuh pengertian dan nasihat yang bijak.

“Mama nak ke suami baharu? Kalau mama nak, ikut mama lah. Saya tak kisah, sebab saya pun faham perasaan sendu (sunyi). Memang dahulu saya tak bagi (kahwin) sebab masa kecil saya tak faham lagi. Tapi mama jangan buta kerana cinta, mama carilah orang yang bagus,” kata Cik B.

Pengakuan jujur ini menerima pujian meluas daripada netizen yang mengagumi kematangan dan kebijaksanaan Cik B dalam memahami keperluan ibunya.


Ruangan komen di media sosial penuh dengan kata-kata sokongan dan penghargaan terhadap kepekaan Cik B terhadap perasaan Datuk Seri Vida.


“Bagus Cik B, sangat matang, ibaratnya dia sudah faham ibunya dari perspektif seorang wanita,” komen seorang netizen.

“Cik B terlalu sayang mama dia. Sebab tu dia nak hanya yang betul-betul ikhlas sayang mama dia. Bukan sebab harta. Dia tidak mahu ibunya terus disakiti dek cinta,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Terharu pula tengok Cik B cakap macam itu, dia faham DSV sunyi dan perlukan teman sekatil,” komen seorang lagi netizen.

Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali namun tidak berpanjangan.

Pada tahun 2021, terdapat spekulasi bahawa Vida bakal berkahwin dengan bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Namun, khabar tersebut tidak berlanjutan apabila tiada jodoh antara mereka.

Dengan restu daripada anaknya, Datuk Seri Vida kini mempunyai kebebasan untuk mencari calon suami yang sesuai, di samping nasihat agar berhati-hati dalam memilih pendamping hidup.

Sumber ; Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 16-5-2024 07:32 AM
cik B bila nak menikoh
Quote NazRysha 16-5-2024 07:58 AM
tengok bibir pun dah tahu faraj dia macam mana
gatal dia ni
Quote anony-mous 16-5-2024 09:29 AM
NazRysha replied at 16-5-2024 07:58 AM
tengok bibir pun dah tahu faraj dia macam mana
gatal dia ni

Haha siotnya komen uols. Kalau gitu kira hebat la tok bida menahan napsu bertahun2
Quote totokreturn. 16-5-2024 10:48 AM
iqbal iqbal
Quote kepompong 16-5-2024 11:44 AM
isunya tkde siapa nak dia. Acah2 mmg byk
Quote jalfa 16-5-2024 11:47 AM
NazRysha replied at 16-5-2024 07:58 AM
tengok bibir pun dah tahu faraj dia macam mana
gatal dia ni

Adeiiiii.....nangis bidah baca
Quote royaldanish 16-5-2024 11:50 AM
NazRysha replied at 15-5-2024 11:58 PM
tengok bibir pun dah tahu faraj dia macam mana
gatal dia ni

dh lama mak nya gatal nak pucuk mudah
Quote jihyomelly 16-5-2024 12:18 PM
NazRysha replied at 16-5-2024 07:58 AM
tengok bibir pun dah tahu faraj dia macam mana
gatal dia ni

woiii siot arrrr lol:
Quote ahhhhhhhh 16-5-2024 12:44 PM
Bagus cik b..kadang ada anak yg tk paham bile org tua da tua so mcm x layak nk bekawin lagi.. Die suruh org tua nya dekat kan diri dgn Tuhan dari ingat nk cari pasangan.. Hukum didunia ni ada Hukum berpasangan jadi normal la tua ke muda cari pasangan. Biar la mak bapak kite ada yg teman dan kita doa dan cari yg baik utk mereka.
Quote MadameOnion 16-5-2024 02:05 PM
tolonggg mutiara korsani tokvid dah berdenyut...
Quote Burong_Hantuk 16-5-2024 02:08 PM
set2 sampah sarap!!!
Quote black_handbag 16-5-2024 02:34 PM
suruh mak ko tu kontrol mulut dia tu dulu
Quote naina 16-5-2024 02:38 PM
Ohh hidup tanpa suami memang sunyi nokss.
Tukan keperluan manusia ingin disayangi dimanjahhhh gitu. Melainkan ko ada trauma sampai tertutup pintu hati dan nafsu.
Aku doakan semoga vidahh jumpa suami yang sangat baik benar2 ikhlas sayang bid'ah sekeluarga.
Quote noell 16-5-2024 02:54 PM
naina replied at 16-5-2024 02:38 PM
Ohh hidup tanpa suami memang sunyi nokss.
Tukan keperluan manusia ingin disayangi dimanjahhhh gitu.  ...

dan jgk laki tuh sanggup dengaq dia gelak mengilai setiap 20saat itu perks dia sis sila tambah
Quote Gorgos 16-5-2024 02:54 PM
NazRysha replied at 16-5-2024 07:58 AM
tengok bibir pun dah tahu faraj dia macam mana
gatal dia ni

Bole terangkan dgn lebih detail tak? Atau cuba lukis????
Quote noell 16-5-2024 02:56 PM
ahhhhhhhh replied at 16-5-2024 12:44 PM
Bagus cik b..kadang ada anak yg tk paham bile org tua da tua so mcm x layak nk bekawin lagi.. Die su ...

bagus??abeh tuh masa siqebal masuk line awat dia pi rejek???
Quote A-Are 16-5-2024 03:07 PM
noell replied at 16-5-2024 02:56 PM
bagus??abeh tuh masa siqebal masuk line awat dia pi rejek???

masa tuh dia bawah umur lg u olls...sekarang dah faham dan beri keizinan...
Quote ninajaybee 16-5-2024 06:43 PM
Dua beranak yg sgt2 sesuai masuk Blocklist. Netizen buta ke dia baru beli Brabus?
Quote pocongkiutss 16-5-2024 06:58 PM
ahhhhhhhh replied at 16-5-2024 12:44 PM
Bagus cik b..kadang ada anak yg tk paham bile org tua da tua so mcm x layak nk bekawin lagi.. Die su ...

Memang la nk cari pasangan kan..org tua pun nak ada pasangan..tp bior ler berjenisss

Ada org tua siap kena kikis dgn betina / jantan yg x hingin kat diorg pun..ada kes yg beratus ribu bg kat skemer..tgk jela kt berita bnyk kes camni

Bg iols kalau cik b reject calon mak dia tu..mgkin dia nmpk calon mak dia tu tak berjenis atau tak padan ngan umur mak dia..tp tula..mak dia pun x semenggah juga

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.092916 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top