CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tubuh makin susut, status kesihatan anak saudara Neelofa, Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

20-5-2024 06:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 76073| Komen: 437

Description: PETALING JAYA – Status kesihatan anak kedua daripada tiga beradik The Family UK, Fatimah menjadi tanda tanya pengguna media sosial apabila akaun Instagramnya dipenuhi dengan gambar serta videonya di ...


Status kesihatan anak kedua daripada tiga beradik The Family UK, Fatimah menjadi tanda tanya pengguna media sosial apabila akaun Instagramnya dipenuhi dengan gambar serta videonya di hospital.

Menerusi akaun Instagram itu, gambar Fatimah Omar Mukhlis, 10, menerima rawatan di hospital yang terletak di Birmingham pertama kali dimuat naik pada 16 Mac lalu.

Sejak itu, banyak gambar serta video Fatimah menjalani rawatan sering dimuat naik setiap hari, tanpa keluarganya mendedahkan sakit sebenar yang dihidapi kanak-kanak itu.

Difahamkan, ibu kepada Fatimah, Nor Ashila Mahamed Ismail, sedang menunggu nasihat daripada pakar tentang status kesihatan anak perempuannya itu sebelum mendedahkannya kepada umum.

Bagaimanapun, pengguna media sosial yang merupakan pengikut kepada akaun keluarga tersebut meluahkan kerisauan apabila melihat tubuh Fatimah yang semakin kurus dan susut.


Dalam pada itu, selebriti popular, Neelofa yang juga ibu saudara kepada Fatimah turut memohon rakyat Malaysia agar mendoakan kesembuhan buat kanak-kanak itu.


Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, keadaan anak saudaranya agak tidak berapa baik sekarang tanpa mendedahkan penyakit yang dihidapi Fatimah.

“Mohon doa-doa kalian seringkas ‘Moga Allahkan kurniakan kesembuhan pada Fatimah,” tulisnya ringkas.

Tiga beradik The Family UK iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.



Pada tanggal 19 May 2019, dunia selebriti dikejutkan dengan pemergian bapa saudara trio The Family UK, Adamdidam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail yang meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

Ramai mengetahui Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali begitu rapat dengan bapa saudara mereka yang juga merupakan chef selebriti tempatan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 20-5-2024 02:54 AM
Semoga cepat sembuh dik.

Mereka ni pr atau warganegara UK/GB? Jadi xde masalah utk ke hospital nhs? Atau mereka ada insurans.


Quote Minami2013 20-5-2024 06:59 AM
Byk nye spam lately.

Moga cepat sembuh. Amin...
Quote rbmy 20-5-2024 07:08 AM
sharlenetexas replied at 20-5-2024 02:54 AM
Semoga cepat sembuh dik.

Mereka ni pr atau warganegara UK/GB? Jadi xde masalah utk ke hospital nhs? ...

rasanya PR .. sebab dah lama duduk sana kan..
Quote newyork 20-5-2024 07:18 AM
Benci jenis upload bila org tanya sakit apa tak bgtahu..lain kali tak payah upload...semoga cepat sembuh fatima.
Quote Burong_Hantuk 20-5-2024 07:49 AM
GWS
Quote apedehal 20-5-2024 07:57 AM
Bukan la ank saudara...kira pupu2 dah kan or just mention saudara..diorg ni family tree pun fail..hubungan timah ni dgn nadia annuar lebih dekat bbanding jahlop..ni ibarat kupu2 dah sbb mak fatimah ni dgn nektini sepupu
Quote imanjannah 20-5-2024 08:24 AM
moga cepat sembuh ye Fatimah
Quote cikmah78 20-5-2024 08:29 AM
newyork replied at 20-5-2024 07:18 AM
Benci jenis upload bila org tanya sakit apa tak bgtahu..lain kali tak payah upload...semoga cepat se ...

leukimia rasanya
Quote menjad 20-5-2024 08:41 AM
Mak nya pun mmg tak sihat jugak kan. Tak bgtau jugak sakit gapo. Sian pulak habih semua sakit.
Quote Prickford 20-5-2024 08:50 AM
newyork replied at 19-5-2024 11:18 PM
Benci jenis upload bila org tanya sakit apa tak bgtahu..lain kali tak payah upload...semoga cepat se ...

Samalah kalau meninggal. Kemain update status siap berkeranda, van jenazah bagai. Bila tanya si polan meninggal sakit apa, di like nya komen tu. Kalau meninggal HIV tu yelah kau nak senyap2 dik non. Ni kalau meninggal eksiden, bagi je la tau.

Quote Prickford 20-5-2024 08:50 AM

Sakit keturunan agaknya leukimia ni buat dorang.

Quote Ahgerbitch 20-5-2024 08:51 AM
Family ni dugaan berat sungguh,,,,semua ada penyakit kronik...genetic ke??
Quote HoneyManjer 20-5-2024 08:53 AM
doakan jer la yang baik2 kan...
dlu follow juga family ni...
tapi dah unfollow la...entah sebab apa..huhu
semoga cepat sembuh fatimah...
anak bijak comey lotey sungguh...
Quote reddots 20-5-2024 09:01 AM
apedehal replied at 20-5-2024 07:57 AM
Bukan la ank saudara...kira pupu2 dah kan or just mention saudara..diorg ni family tree pun fail..hu ...

klu mak fatimah ngan nektini sepupu, so jahlop ngan timoh tu 2nd kazen la. bukan anak sedara.

Quote nw111 20-5-2024 09:03 AM
Edited by nw111 at 20-5-2024 09:04 AM
menjad replied at 20-5-2024 08:41 AM
Mak nya pun mmg tak sihat jugak kan. Tak bgtau jugak sakit gapo. Sian pulak habih semua sakit.


Dia orang ni kawin suku sakat sendiri je ke...nampak muka mcm sepesen semua...sbb tu senang kena penyakit genetic agaknya
Quote kimimo 20-5-2024 09:05 AM
newyork replied at 20-5-2024 07:18 AM
Benci jenis upload bila org tanya sakit apa tak bgtahu..lain kali tak payah upload...semoga cepat se ...

iyaa benar, engko nak up sangat mintak doa itu ini pastu nak rahsia2 sakit apa, benda elok2 kita nk doa jadi menyampah tau. Haaa jahatnya iollss ni
Quote doodlediddle 20-5-2024 09:20 AM
newyork replied at 20-5-2024 07:18 AM
Benci jenis upload bila org tanya sakit apa tak bgtahu..lain kali tak payah upload...semoga cepat se ...

Setuju. Share lah bila dah confirm sakit ape. Of course orang akan tertanya2 if you didn’t spill. If you’re not ready to share the disease, then don’t share to public. Maybe just within your family members. Lepas bila tnya, jawab “respect privacy” etc2. Then, if you want it to be private, why share??? Ahhh xfhm aku.
Quote naina 20-5-2024 09:25 AM
Kann. Samalah aku pun meluat eh dengan orang2 cmni. Ko gigih uploud gambar siap uniform hospit duduk atas katil wad. Bersedu sedan ayat rindu anak2 sedih bagai..bila tanya sakit apa boleh dia jawab.."adalah tu Allah nak tegur, sakit penghapus dosa, saja melawat hospital".
Dah 3,4 hari sampai keluar wad hari2 up status pasal masuk hospital tapi langsung xmention sakit apa. Ntah apa2. Attention seeker sangat saja buat orang tertanya2. Kalau ko xnk cerita xyah xgtau langsung uploud gambar bagai.
Quote ketambangkang 20-5-2024 09:40 AM
aku tanya kat ig kena marah pulak dgn followers dia..tak payah tanya2 paham2 sendiri katanya

Lihat semua komen(437)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047293 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top