CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Helikopter bawa Presiden Iran terlibat dalam kemalangan, angka korban dan cedera masih belum dikenal pasti

20-5-2024 06:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20234| Komen: 38

Description: TEHRAN -- Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dipercayai terlibat dalam kemalangan di wilayah Azerbaijan Timur Iran pada Ahad, petik AFP.



TEHRAN  -- Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dipercayai terlibat dalam kemalangan di wilayah Azerbaijan Timur Iran pada Ahad, petik AFP.

"Beberapa laporan yang tidak disahkan mengatakan bahawa helikopter yang membawa Presiden Raisi telah mengalami kemalangan di wilayah Azerbaijan Timur," kata televisyen kerajaan sambil menambah bahawa usaha menyelamat sedang dijalankan.

Difahamkan, pasukan keselamatan telah dikejarkan dan tiba di lokasi kejadian, bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijangka memakan masa berikutan cuaca buruk, memetik Agensi Anadolu.

Dalam pada itu, Gabenor Azerbaijan Timur turut berkata maklumat mengenai kejadian, termasuk angka korban dan cedera masih belum dikenal pasti.

Turut berada dalam pesawat ringan itu dipercayai adalah Imam Solat Jumaat, Seyyed Mohammad-Ali-Hashem dan Menteri Luar Negeri, Hossein Amir-Abdollahian.


Difahamkan, helikopter berkenaan ingin melakukan pendaratan kecemasan kerana kabus tebal susulan cuaca buruk.

Sumber: AFP via Barron, Agensi Anadolu, Siakap Keli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 20-5-2024 02:31 AM
Ada yg tepuk tangan terutama sekali rakyat iran yg diaspora.





Quote kotakbaju 20-5-2024 07:08 AM
Aduhh semaknya iklan spammer ni
Quote muntahijo 20-5-2024 07:43 AM
Tak jumpa lg kan
Quote pokokmeranti 20-5-2024 07:50 AM
cuaca buruk atau agen Mossad?
Quote ChildrenOfBodom 20-5-2024 07:55 AM
ada yang salahkan yahudi dakgi?
Quote muntahijo 20-5-2024 07:57 AM
1000212448.jpg
Quote stingergrumpy 20-5-2024 07:59 AM
ChildrenOfBodom replied at 20-5-2024 07:55 AM
ada yang salahkan yahudi dakgi?

Siapa kata doa yahuds terbesar, netanyahoo  tak boleh terkabul kheunz?
Quote nw111 20-5-2024 08:58 AM
Masa my husband pergi iran dulu...dia kena pegi shiraz...he said nak naik kapalterbang dia orang mmg rasa mcm sebelah kaki dah masuk kubur... aircraft zaman tok adam ala2 naik kereta cabuk tahun 80an..
Quote muntahijo 20-5-2024 11:06 AM
Dah jumpa????
Quote Mimo.mimo 20-5-2024 11:24 AM
muntahijo replied at 20-5-2024 11:06 AM
Dah jumpa????

Dah keluar berita kan. Dah jumpa heli, tapi semua hangus terbakar. So mungkin takde yang selamat
Quote alesandra 20-5-2024 11:29 AM
Takziah ummah parsi.
Quote damsel_fiji 20-5-2024 11:33 AM
kesiannya ..
Quote AbukRokok 20-5-2024 11:50 AM
Muhammad Mukhbar bakal jadi presiden pengganti
Quote pooh~key 20-5-2024 11:57 AM
Sunni tersenyum girang sissy?
Quote alesandra 20-5-2024 12:40 PM
AbukRokok replied at 20-5-2024 11:50 AM
Muhammad Mukhbar bakal jadi presiden pengganti

Pemangku sementara je.kena gak election
Quote Tinot7 20-5-2024 12:40 PM
Takziah kpd rakyat iran.

Quote fattymah 20-5-2024 12:42 PM
Yg kat icj tu org lain rupanya..
Quote syamzana 20-5-2024 12:50 PM
pooh~key replied at 20-5-2024 11:57 AM
Sunni tersenyum girang sissy?

blh jadi berpesta kaka

takziah buat seluruh rakyat iran
Quote babynina30 20-5-2024 01:10 PM
nw111 replied at 20-5-2024 08:58 AM
Masa my husband pergi iran dulu...dia kena pegi shiraz...he said nak naik kapalterbang dia orang mmg ...

Their commercial airline pon terlalu uzur. Begegar2 gilaaaaaaaa . Dgn takde infotainment . Penuh debaran nk sampai ke destinasi

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050864 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top