CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bawa Kek Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan Di Kubur, Netizen Makin Rasa Pelik – “Sesuatu Lah Mak Ayah Zayn Ni…”

11-6-2024 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8810| Komen: 45

Description: Seluruh rakyat Malaysia ketika ini sedang menanti dengan penuh rasa debar tentang pengakhiran kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Seluruh rakyat Malaysia ketika ini sedang menanti dengan penuh rasa debar tentang pengakhiran kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Terdahulu, kelibat ibu Zayn Rayyan yang dibawa ke Apartmen Idaman, Damansara Damai pagi semalam bagi proses lakonan semula telah mendapat perhatian masyarakat.

Difahamkan, lakonan semula dijalankan untuk menggambarkan situasi semasa kejadian daripada tempoh kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu sehinggalah ketika mayatnya ditemui pada malam keesokan harinya.

Gara-gara kes ini hangat menjadi bualan seluruh rakyat, banyak video berkaitan arwah mendapat perhatian di media sosial seperti satu video ini yang kembali tular di TikTok.

Video tersebut dirakam pada Februari lepas dan ia memaparkan ibu bapa Zayn Rayyan dan adiknya sedang duduk di sisi kuburnya untuk meraikan hari lahir arwah.



Mereka turut membawa kek dan menyanyikan lagu ‘happy birthday’ sebelum ibunya meniup lilin.

Tindakan mereka itu mengundang kritikan kerana melakukan perkara yang bidaah dari sudut agama namun warganet semakin merasakan ‘sesuatu’ tentang pasangan tersebut.

Ada yang mendakwa raut wajah ibu Zayn seperti tidak sedih selepas kehilangan anak tersayang dan sesetengah individu sempat memberi nasihat agar orang ramai tidak berkata yang bukan-bukan.

"Kenapa tak buat tahlil, doa untuk arwah Zayn Rayyan. Ini (bawa kek sambut hari lahir di kubur) bukan adat kita…”


SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 11-6-2024 10:39 PM
jgnla bwa amalan pelik2 cmni

amalan tahlil pun nabi tk buat
nabi suh org bagi mkn kt kaum keluarga yg mati, bukan kaum keluarga si mati yg bagi mkn kt org..
Quote mojarean_X 11-6-2024 10:40 PM
Tulah sape suruh x percaya kata hati acik porem
Quote Cyempaka 11-6-2024 10:47 PM
Budak tiktok br nak terkejut dan pelik ke...  Dulu kemain kauorang bekap. Rindu katanya.. orang lain tak mengerti
Quote Skuau 11-6-2024 11:19 PM
SESUATU yg tak disangka...sering kali mendatangi kita...
Quote prince_marhaen 12-6-2024 09:19 AM
Firasat acik-acik forum yang telah banyak menyiasat kes-kes nasional dan kes artis-artis sangkak, semakin menuju ke kebenaran untuk tidak berhusnuzon.. hihihihi

Harini kan keputusan tahanan reman haritu? Semoga pelaku dapat disabitkan cepat. Cepat habis drama atok nenek pakcik bagai...
Quote dealova04 12-6-2024 11:01 AM
Edited by dealova04 at 12-6-2024 11:02 AM

baru ku tgk tt ni.. sabo je la. apa ke benda sambut besday anak yg dh xde di kubur . dah le anak mati cara tragis. mmg aneh la lakibini ni
Quote johan-adx 12-6-2024 11:03 AM
sejak wujud tiktok ni byk sgt video kelakuan pelik2 yg terhidang
Quote HoneyManjer 12-6-2024 11:23 AM
haishhhhhhhhhh
yg bukan bukan la adoiyai
Quote hashashes 12-6-2024 11:28 AM
batmana replied at 11-6-2024 10:39 PM
jgnla bwa amalan pelik2 cmni

amalan tahlil pun nabi tk buat

Mil aku laki dia meninggal, hari ke 3, 7 , 100 dok peringat kat anak2 suruh bagi duit kat surau untuk buat tahlil
Quote chikumanis 12-6-2024 11:30 AM
batmana replied at 11-6-2024 10:39 PM
jgnla bwa amalan pelik2 cmni

amalan tahlil pun nabi tk buat

ramai kan yg macam ni. keluarga si mati pula mencekau nak cari duit bagi orang makan
Quote TeropongThaico 12-6-2024 11:57 AM
chikumanis replied at 12-6-2024 11:30 AM
ramai kan yg macam ni. keluarga si mati pula mencekau nak cari duit bagi orang makan

Aiol rasa gini...

Selalunya begini org2 kg lakukan sbg sebahagian drpd adat tetamu bertandang ke rumah. Walau keluarga masih dlm kesedihan tetap meraikan yg dtg nak2 bila dtg utk tujuan gini. Itu yg kopi teh o dgn biskut mayat jd hidangan

Yg utk tahlil ke apa pun keluarga bertungkus lumus buat mkn2 atas dasar  bersedekah atas nama arwah sbg ganjaran org yg sudi sedekahkan bacaan yaasin buat arwah. Buat ramai2 pahala jd lbh. Org yg buat dpt org yg diberipun dpt. Payah org nak buat for free ni
Quote toynme 12-6-2024 11:59 AM
buat content plak atas kematian yang tragis....kena bunuh kak...bunuh...bukan mati accident ke ape ke.....
Quote toynme 12-6-2024 11:59 AM
buat content plak atas kematian yang tragis....kena bunuh kak...bunuh...bukan mati accident ke ape ke.....
Quote TeropongThaico 12-6-2024 12:00 PM
Mak ayah zayn ni dah terikut adat omputeh kot sambut birthday dgn kek je. Yg pelik2 je org skrg
Quote missbigrockstar 12-6-2024 12:05 PM
batmana replied at 11-6-2024 10:39 PM
jgnla bwa amalan pelik2 cmni

amalan tahlil pun nabi tk buat

Tu lah kan. Bacaan talkin lepas selamat kebumi pun sama. Kalau cakap lebih, dikata jahil pula. Takpalah, selagi membawa amalan kebaikan and tak menyalahi hukum syarak,...
Quote mamapea 12-6-2024 12:08 PM
TeropongThaico replied at 12-6-2024 11:57 AM
Aiol rasa gini...

Selalunya begini org2 kg lakukan sbg sebahagian drpd adat tetamu bertandang ke  ...

baru2 ni my sil buat kenduri tahlil arwah anak dia yg ke 100 hari...
terkejut aku tgk tetamu yg dtg...dh mcm dtg open house...dgn baju kaler2...
yg pakai dress dada terbuka...yg free hair serkup la kejap kepala tu dgn shawl ke...
yg laki pakai baju metallica ke apa ntah...masa kenduri tahlil bwh 30 hari masa tu suasana makin sedih lg...
ni dh mcm dtg open house...
Quote dubuk 12-6-2024 12:19 PM
Tergamam..
Quote sharlenetexas 12-6-2024 12:34 PM
Last2 deyols makan ke tak kek tu?


Quote chikumanis 12-6-2024 12:48 PM
TeropongThaico replied at 12-6-2024 11:57 AM
Aiol rasa gini...

Selalunya begini org2 kg lakukan sbg sebahagian drpd adat tetamu bertandang ke  ...

haaaa...betul lah tu. buat lah tahlil 3malam dekat surau atas niat sedekah makan. takpelah, semoga banyak pahala untuk arwah kan..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.241298 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top