CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawaran Sanusi jual air kepada Pulau Pinang bukan omong kosong

11-6-2024 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3486| Komen: 1

Description: ALOR SETAR – Tawaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang bukan omong kosong menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.


ALOR SETAR – Tawaran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang bukan omong kosong menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi itu adalah berdasarkan fakta setelah projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama di Bandar Baharu, dekat sini siap pada September ini.

Menurutnya, berdasarkan unjuran permintaan air terawat di daerah Bandar Baharu sehingga 2030, akan ada lebihan atau margin air terawat dari LRA Lubuk Buntar Lama dan LRA Lubuk Buntar Baru sebanyak 20 juta liter sehari (MLD).

“Bekalan air terawat dari LRA Lubuk Buntar Lama adalah sebanyak 30 MLD, manakala LRA Lubuk Buntar Baru pula 25 MLD yang mana kedua-duanya akan menghasilkan air terawat berjumlah 55 MLD,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, Menteri Besar berpandangan bahawa 10 MLD daripada lebihan bekalan air terawat itu boleh dijual kepada Pulau Pinang untuk kegunaan penduduk di kawasan Nibong Tebal yang berjarak 16 kilometer dari Bandar Baharu.

“LRA Lubuk Buntar Lama yang beroperasi sejak 1992 pernah membekalkan air terawat ke daerah Seberang Perai Selatan dengan jajaran paip masih ada di sempadan dua negeri iaitu di Permatang Pasir, Bandar Baharu,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menuduh Muhammad Sanusi membuat tawaran itu semata-mata untuk memenangi hati pengundi DUN Sungai Bakap pada PRK adalah penuh prasangka dan tidak berlandaskan fakta sebenar.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honey_yayan 12-6-2024 11:27 AM
Jual jangan tak jual

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.094845 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top