|
RAFAH: Kepulan asap terus menyelubungi langit Rafah, selatan Gaza pada Selasa. Pemandangan menyayat hati itu disusuli dengan pemandangan helikopter rejim Israel melakukan rondaan berdekatan sempadan ketika pertempuran masih berterusan di Gaza. Serangan tentera di Rafah berlaku di tengah-tengah pengantara Mesir dan Qatar menerima reaksi balas daripada Hamas dan kumpulan pejuang Palestin terhadap rancangan gencatan senjata Amerika Syarikat (AS) untuk Gaza. Israel kemudian berkata ia telah menerima maklum balas kumpulan pejuang Palestin itu melalui pengantara dan ingin mengubah "semua parameter utama dan paling bermakna". Rejim itu bagaimanapun mendakwa Hamas menolak cadangan itu. Sumber : Astro Awani |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.089204 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.