CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kenapa Pilih Gambar Tu Behar?” – Azhar Sulaiman ‘Londeh’ Sikap Individu Bergelar ‘Dato A’ Dan ‘Dato I, Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja

16-6-2024 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10175| Komen: 8

Description: Pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi mengundang perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik satu hantaran berbaur perlian terhadap seorang individu bergelar Dato’.

Pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi mengundang perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik satu hantaran berbaur perlian terhadap seorang individu bergelar Dato’.

Dalam hantaran itu, Azhar memetik nama Dato’ A dan Dato I yang didakwa menjadikan isteri dan anak-anak sebagai korban di tangan orang kehilangan kewarasan dan amarah.

"Kepada Dato A & Dato I. Jangan jadikan isteri, anak anak dan keluarga you sebagai korban ditangan orang orang yang akan hilang kewarasan dan amarah."

"Bukan pengorbanan ini yang Allah SWT minta dari umatnya."

Dalam pada itu, Azhar juga meminta individu-individu tersebut untuk membayar gaji semua pekerja dan tidak menganiaya orang Melayu yang jujur bekerja.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian adalah penggunaan imej seakan-akan lambang LGBT* yang digunakan Azhar Sulaiman dalam foto tersebut.


Menjengah ruangan komen, netizen tampil bertanyakan motif Azhar Sulaiman menggunakan foto tersebut.

"Ada kaitan ke pelangi dengan pelaku tu?"

"Behar bosan sangat kot sampai guna emoji pelangi."

Namun begitu, Azhar Sulaiman tidak meninggalkan sebarang respon mengenai persoalan netizen itu.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 16-6-2024 12:06 PM
bos tak bayar gaji... berhenti kerja.. berniaga...senang
Quote Prickford 16-6-2024 03:31 PM
Lepas tu heolls removed kan status ni kat FB. Kemain cakap yg netizen bukan dari cicle heolls sebab tak paham padanan gambar & ayat status. Orang tua ni elok KKM tidorkan aja. Dah heolls buka laluan utk orang mengata, hujung2 kata orang tak paham heolls. Orang tua gila kalau dapat tepon camni la, yg bukan2 di post kat status. Sikit hari nanti heolls post la gambar bogelnya pulak.
Quote Combi_ 16-6-2024 03:56 PM
Macam macam Behar
Quote Hoola 16-6-2024 03:57 PM
apalg behar oii
dok tiam2 smbut happy fthers day laa
Quote fezy 16-6-2024 10:04 PM
Kenapa pelangi di copet dan macam wajib di associate dgn lgbtq
Quote Marunggey 17-6-2024 01:05 AM
Kesian pelangi.. boleh tak lgbtqrstuv nih di associate kan dengan mende lain
Quote yoppoy 17-6-2024 01:54 AM
Kuruih nya heols
Ada sakit macam naz host jjcm tu ke
Quote Ytee 17-6-2024 07:12 PM
yeah nampak kurus

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.123096 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top