CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Yang Penting Tak Taste Laki Orang” – Pengacara Sensasi ‘Tayang’ Aksi Mesra Dengan Jejaka Hitam Manis Undang Pertanyaan Netizen

16-6-2024 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8950| Komen: 37

Description: Pengacara dan personaliti TV, Anim Ezati tampil mengundang spekulasi dalam kalangan peminat apabila dia ada memuat naik video aksi mesra bersama seorang jejaka di media sosialnya.

Pengacara dan personaliti TV, Anim Ezati tampil mengundang spekulasi dalam kalangan peminat apabila dia ada memuat naik video aksi mesra bersama seorang jejaka di media sosialnya.

Ibu tunggal itu dilihat berpegangan tangan, makan bersua dan berpeluk seolah-olah seperti pasangan suami isteri.


"Kitanya pula baru hari ke-3 bercinta” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut pengacara itu meninggalkan komen ucapan tahniah dan mendakwa Anim sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka tersebut.


"Selamat pengantin baru. Semoga bahagia sampai syurga Anim."

"Tahniah Anim, semoga bahagia hingga jannah."

Terdahulu, Anim pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon, Taufiq Hanafi pada pertengahan tahun lalu namun putus di tengah jalan.

Anim sebelum ini pernah bernikah pada tahun 2019 namun bercerai pada tahun 2022. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 4 tahun.

Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 16-6-2024 08:44 PM
lawa perempuan ni laki dia penting bukan laki worang
Quote Orix 16-6-2024 10:32 PM
Muka dia mcm Zur Eda
Quote nazzse 16-6-2024 11:32 PM
Kurus betul dia ni lepas potong perut
Quote dedek12 17-6-2024 12:13 AM
Ku dah lama tak nengok tb...sapa anim ni pengacara rancangan apa
Quote Momohizan 17-6-2024 12:31 AM
Tak cukup glemer, I tak kenal. Or dia renovate diri sampai I tak kenal
Quote yoppoy 17-6-2024 02:32 AM
Huaryuss
Quote KirazMevsimi 17-6-2024 04:18 AM
kalau betul dah sah, tahniah
Quote Sheila1987 17-6-2024 05:18 AM
Tak kenal plak
Quote scrocth 17-6-2024 06:34 AM
Sensasi ke kau nyeh? Nama pun xkomersial langsung?
Quote bintangct 17-6-2024 06:42 AM
sapo?
Quote fadz84 17-6-2024 06:51 AM
Ada tertengok dia ni dlm podcast Zarul.. ex cabin crew AA rupanya..
Quote tulip-rain-2 17-6-2024 01:15 PM
Yg penting siape dia ni?
Pengacara sensasi??
Quote ezacbee 17-6-2024 04:29 PM
Dia ni ke yg muka monyok masa ogy bercerita psl filem ali setan??? Ke org lain..
Quote Amelyn22 17-6-2024 06:05 PM
nazzse replied at 16-6-2024 11:32 PM
Kurus betul dia ni lepas potong perut

Kan.. masa mula2 lepas bersalin beberapa tahun dulu gempal.
Quote Amelyn22 17-6-2024 06:07 PM
bintangct replied at 17-6-2024 06:42 AM
sapo?

Anis Ezati. Pengacara Malaysia Hari Ini(MHI) kat tv3 tu pagi2. Sebelum ni pernah jdi pengacara 999 tu.
Quote Amelyn22 17-6-2024 06:11 PM
Sheila1987 replied at 17-6-2024 05:18 AM
Tak kenal plak

Anim Ezati. Pengacara rancangan bualbicara MHI tv3, sebelum ni rancangan 999. Pernah kawin cerai dan anak sorang. Dulu2 masa bujang pernah bercinta/digosipkan dgn pemain bola Safawi Rashid. Ehh byk plak.
Quote love_warrior 17-6-2024 07:02 PM
tulip-rain-2 replied at 17-6-2024 05:15 AM
Yg penting siape dia ni?
Pengacara sensasi??

Bukan kah gusip dgn pelakon malbat sbelom ni?
Quote rendangayam 17-6-2024 07:17 PM
X popular sgt
Quote jihah_kudat 17-6-2024 07:19 PM
anim ni aku cuma ingat pernah kape dgn pawi lepastu kapel dgn pelakon paskal lepastu cerai..pengacara program apa entah la..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048765 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top