CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nora Danish dan Nedim Nazri nafi masalah kewangan punca cerai - "Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan"

20-6-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6717| Komen: 22

Description: Pelakon Nora Danish, 42, berharap tidak timbul sebarang teori berhubung perpisahan dengan bekas suami, Nedim Nazri, 41.

Pelakon Nora Danish, 42, berharap tidak timbul sebarang teori berhubung perpisahan dengan bekas suami, Nedim Nazri, 41.

Nora dan Nedim bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kira-kira jam 8.40 malam tadi menyangkal dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan.

"Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

"Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.

"Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil," kata Nora yang hadir dengan berjubah putih.'

Menurut Nora lagi, dia dan Nedim sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga, jadi enggan mengulas punca perpisahan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang teori.


"Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya.

"Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik," katanya.

Malah, Nora dilihat sempat menyambut Hari Bapa bersama Nedim dan anak-anak, baru-baru ini.

"Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.

"Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami.

"Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik," katanya lagi.


Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

Sementara itu, Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata, Mohamed Nedrin, 12.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CoffeeOverdose 20-6-2024 08:57 AM
Tan Sri dan Dato tgh riki line ND
Quote Ytee 20-6-2024 11:22 AM
ok jodoh setakat tu je
Quote Lulu_717 20-6-2024 12:16 PM
Mak tiri tersenyum sinis
Quote chandrahusin 20-6-2024 12:30 PM
Tengok la nnt who's next
Klu ND kawin dgn Cikgu mcm Elly Mazlin
Mmg bkn sbb duit lah tu
Org yg dh biasa ada RM30k 1 bulan
Akan rasa susah klu ada RM15k je 1 bulan
Lain la klu mmg dh biasa ada RM3k je 1 bulan
Contohhh la kann
Quote IRZeeBuk 20-6-2024 01:09 PM
why nedim dah jatuh bankrap ke ?? aku ketinggalan gaiss
Quote cempakaa 20-6-2024 01:19 PM
Elly aman2 je dgn cikgu haha! Harapnya berkekalan la yg itu.
Quote jebatmaspunyer 20-6-2024 01:23 PM
cempakaa replied at 20-6-2024 01:19 PM
Elly aman2 je dgn cikgu haha! Harapnya berkekalan la yg itu.

Elly minat yang ala kadar jer.. hehehe... Dia sendiri mampu cari duit byk..
Quote nonarona 20-6-2024 03:38 PM
harap Nora berjodohan semula dgn Nedim, dulu2 suka tgk anak2 diaorg temasuk anak nedim rapat sgt antara satu sama lain...
Quote kuyu 20-6-2024 09:24 PM
Jaga anak2 je ND.. Dah 4 series..
Quote sukacactus 20-6-2024 10:00 PM
Mcm2 punca boleh buat org berpisah
Kalau ada bad habit pun boleh naik gila kalau kena hadap hari2…sekadar contoh
Quote goldcarrot 21-6-2024 12:17 AM
Iols mcm suka couple ni. Syg lah jd gini
Quote anony-mous 21-6-2024 12:46 AM
jebatmaspunyer replied at 20-6-2024 01:23 PM
Elly minat yang ala kadar jer.. hehehe... Dia sendiri mampu cari duit byk..

Sblm kahwin dgn cikgu tu rampas laki org yg berduit jgk kan
Quote lasagna 24-6-2024 09:17 AM
jebatmaspunyer replied at 20-6-2024 01:23 PM
Elly minat yang ala kadar jer.. hehehe... Dia sendiri mampu cari duit byk..

sbb cekgu tu ada rupa lagi ensem dr ex dia dlu pun yaaa..
pastu ada keje tetap.. tp pape pun jodoh sbrnya.
Quote Shayang 24-6-2024 09:34 AM
sukacactus replied at 20-6-2024 10:00 PM
Mcm2 punca boleh buat org berpisah
Kalau ada bad habit pun boleh naik gila kalau kena hadap hari2…s ...

Aku teringat aritu viral kat fb ada org nk bercerai sbb taktahan suami dia kentut kerap sgt dan bau busuk teruk sampai dah takleh tidur.
Masa blm kawenn tak penah kentut depan dia.
Rengsek aku baca komen2 jantan yg maki hamun pompuan tu, dipanggilnya pompuan sial bagai.
Ko bleh hidup ngn bau busuk kentut jgan samakan ngn org lain.
Dah dia tak leh nk hadap nk wat cemana, laki plak lagi bini tak suka lagi la duk kentut depan muka bini tu. Sampai dia ngamuk2 pun laki dia wat bodo. Usus ko problem takda ke usaha nk g jumpa doc wat rawatan.
Aku rasa kalau takat kentut berkali2 sehari tp tak berbau bini tu leh terima lagi tp sbb busuk bau longkang takda yg leh hadap melainkan hidung ko tersumbat.
Quote takkizawa 24-6-2024 10:22 AM
Shayang replied at 24-6-2024 09:34 AM
Aku teringat aritu viral kat fb ada org nk bercerai sbb taktahan suami dia kentut kerap sgt dan ba ...

Mesti jantan kepam suka simpan taik malas nak berak hari2. Or mmg ada masalah bowel obstruction sampai susah nak berak. lol. Selalu kentut busuk  ni sebab mmg penuh taik dalam perut. Hishhh geli la jantan mcm ni. Nasib iolss bahagia single walaupun bulan depan nak masuk 4 series.
Quote sukacactus 24-6-2024 11:29 AM
Shayang replied at 24-6-2024 09:34 AM
Aku teringat aritu viral kat fb ada org nk bercerai sbb taktahan suami dia kentut kerap sgt dan ba ...

Kannn...ini betul sgt
Org bknnya sama
Tahap toleransi, sabar tu tak kan sama
Benda kecik pada org, tak semestinya kecik jg pada diri kita
Back to org yg kuat kentut ni, laki aku pun sama
Tp at least, dia akn kasi warning
So aku cepat2 lari dl
Quote Ahgerbitch 24-6-2024 01:52 PM
ini sebab yg obvious sgt kot... ND nk nafikan pun... netizen blh nampak.. sbb dh lama sgt dia tk travel oversea... paling kuat langkawi... bukan laa si ned tu jatuh miskin... tp tk se mewah dulu...basic necessity masih blh cover.. tp dh tk leh ber hora hora mcn dulu2. tu kot yg dia kena bye bye huhuh...
Quote noor2 24-6-2024 01:56 PM
Kalau bukan sebab duit bagusla Nora...sb sbg manusia satu masa tuhan bukan uji suami je jatuh..tp isteri pun sama cth jatuh sakit x boleh bangun x dpt cari duit x kan sb tu kita sanggup minta cerai...isteri pun tuhan uji juga jatuh lumpuh, sakit, takkan suami nk buang kita sebab tu...kita kawin dgn pasangan kita seadanya siapa dia satu masa nanti..lainla dia pukul, herdik,maki, curang...tu mmg patut mintak cerai..

Ni kang ada yg bongok mengecam aku...
Quote noor2 24-6-2024 02:01 PM
Kalau kononnya ned anak manja  sakau harta bapak, pembunuh...x kan masa ko bercinta dulu ko x kenal dia mcm mana...at the first place knp ko terima...tu yg aku sebut sejak mula...ada pulak pembongok duk menyindir aku...x kan baru sekarang ko baru sedar kalau sb2 tu...

Apa pun ni pandangan individu dari aku yg x tahu kisah sebenar. Aku komen berdasarkan apa yg aku nampak kat socmed..tu je...hanya nora dan suami yg lebih tahu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.045218 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top