CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider tolak tip RM500 dipuji ‘melambung’ - “Susah nak jumpa orang jujur ni. Biasanya rider suka meminta-minta lagi adalah"

9-7-2024 11:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20540| Komen: 27

Description: PETALING JAYA – Seorang pekerja p-hailing (rider) mendapat pujian ramai selepas menolak tip sebanyak RM500 daripada pelanggannya yang merupakan seorang wanita.


PETALING JAYA – Seorang pekerja p-hailing (rider) mendapat pujian ramai selepas menolak tip sebanyak RM500 daripada pelanggannya yang merupakan seorang wanita.

Menurut rider itu, wanita tersebut memberi wang bagi membayar makanan yang dipesan anaknya.

Dalam masa sama, rider terbabit turut menjelaskan bahawa bayaran bagi pesanan tersebut itu telah dibuat anaknya.

“Kau orang dapat tip paling banyak berapa? Aku, RM500. Kisahnya aku menghantar satu pesanan, yang pesan anak dia. Lepas bagi makanan, mak cik tu hulur tip. Aku ingat RM2 ke RM3 sekali RM500.

“Aku tanya dia (pelanggan), duit ni untuk apa? Dia jawab untuk bayar makanan. Aku cakap makanan dah bayar, lepas tu dia buat tak layan dan terus masuk rumah.

“Jadi aku syak mak cik ini dah tak sihat, ingat-ingat lupa. Sekian nukilan saya,” kongsinya di media sosial GrabFood Rider Malaysia.


Menerusi hantaran sama, rider berkenaan turut berkongsi beberapa gambar dirinya sedang memulangkan kembali wang berkenaan dengan memasukkannya ke dalam peti surat rumah pelanggan tersebut.

Tindakannya itu sekali gus meraih perhatian orang ramai yang menyifatkan rider berkenaan jujur ketika mencari rezeki.

“Zaman sekarang duit halal ke haram tak kisah dah, asalkan duit. Tabik dekat abang ni cari berkat rezeki,” puji seorang pengguna.

“Susah nak jumpa orang jujur ni. Biasanya rider suka meminta-minta lagi adalah. Semoga murah rezeki abang tu,” ujar @IAmRachel.

“Ya Allah, kau murahkan, kayakan, rahmati la rider ni. Moga selalu diberi kesihatan yang baik, isteri dan anak-anak yang baik dengar kata,” doa @Bungalily. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Momohizan 9-7-2024 11:49 PM
Terima kasih, orang baik
Quote BoongaKertas 10-7-2024 08:15 AM
tahniah rider yg baik. mostly rider yg iols jumpa skrg tak berbudi bahasa. tggi2 suara. kita tanya elok2 siap niat nk bg tips. hahaha! dh ko tggi suara, x kozer aku nak bg tips.
Quote vanillaninja 10-7-2024 08:21 AM
I bagi je tips kalau rider ikut ikut instruction e.g. letak atas meja, ring bell dulu etc. Kalau tak ikut memang tak bagi. I also bagi tips kalau rider hantar food yang I order masa hujan.
Quote hokeypokey 10-7-2024 04:00 PM
tang mana yg rider tolak tip??? elok jer dia amik, dia cuma tanya duit tu utk apa..
Quote lanacondor 10-7-2024 05:28 PM
hokeypokey replied at 10-7-2024 04:00 PM
tang mana yg rider tolak tip??? elok jer dia amik, dia cuma tanya duit tu utk apa..

Gmb sebelah Komen tu lah chuolz. Kan heolz letak balik duit dlm peti surat. Bwh gambar peti surat tu heolz chat dekat anak aunty tu
Quote jfq 10-7-2024 05:32 PM
hokeypokey replied at 10-7-2024 04:00 PM
tang mana yg rider tolak tip??? elok jer dia amik, dia cuma tanya duit tu utk apa..

Dlm screenshot wasap dgn anak tuan rumah, dia inform dia letak duit dlm peti surat
Quote ifanonline 10-7-2024 05:37 PM
manusia ni barangkali terlupa yg mereka akan mati dan akan di persoalkan di padang masyar kelak...
Quote noor2 10-7-2024 06:43 PM
Kalau aku jd rider tu aku puj takut terima RM500 sbg tips..harga mknn pun x sebanyak tips tu...mana tahu ada udang disebalik mi...
Quote hokeypokey 10-7-2024 07:15 PM
jfq replied at 10-7-2024 05:32 PM
Dlm screenshot wasap dgn anak tuan rumah, dia inform dia letak duit dlm peti surat

terima kasih beribu2 kasih.. baru nampak.. fokus baca artikel jer sampai tak perasan gambar.. hahaha
Quote hokeypokey 10-7-2024 07:16 PM
jfq replied at 10-7-2024 05:32 PM
Dlm screenshot wasap dgn anak tuan rumah, dia inform dia letak duit dlm peti surat

terima kasih chuollss.. iolss baru nampak, rabun barangkali..
Quote Bungatulip1171 10-7-2024 07:33 PM
Bagus anak muda Kalau sikit2 tu mgkn rider tu terima
Quote TeropongThaico 10-7-2024 07:38 PM
Alhamdulillah
Moga ramai lg yg jujur gini
Nak2 ahli poyi tik kita opss
Quote makita 10-7-2024 09:37 PM
Takut mcik tu rabun. Nak bg rm5. Singgit 5 helai tapi tak pasan singit tu adalah rm50
Quote hashashes 10-7-2024 10:02 PM
Mak aku jenis lupa2 gak. Tapi kalau pasal duit, dia pass
Quote hashashes 10-7-2024 10:02 PM
Mak aku jenis lupa2 gak. Tapi kalau pasal duit, dia pass
Quote jejaka_hensem 10-7-2024 10:05 PM
Aq aq aq dah mcm burung gagak
Quote Jitu 11-7-2024 12:43 AM
perlu ke nak kasi semua org tahu
senyap2 dah la
mcm tak ikhlas harap org puji je
Quote Thunderclouds 11-7-2024 08:20 AM
Jitu replied at 11-7-2024 12:43 AM
perlu ke nak kasi semua org tahu
senyap2 dah la
mcm tak ikhlas harap org puji je

Lapar pujian chuolsssss...
Xbuat post hamek gmbar, ss chat.. org xtahu pulak dia 'jujur'
Quote Jitu 11-7-2024 09:56 PM
Thunderclouds replied at 11-7-2024 08:20 AM
Lapar pujian chuolsssss...
Xbuat post hamek gmbar, ss chat.. org xtahu pulak dia 'jujur'

tu la
iols alih dahan pokok tumbang makan jalan sorang2 je
takdenya nak bg tahu sape2
berpeluh2 jugak la alih dahan besar tu

ni la baru iols bg tahu dlm forum

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045521 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top