CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ar Rahman Tak Sempat Tunai Hasrat Michael Jackson - “Dalam Perbincangan Kami, Beliau Berharap Saya Dapat Menghasilkan Sebuah..."

9-7-2024 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18820| Komen: 0

Description: HAMPIR berkolaborasi dengan Raja Pop Michael Jackson, maestro muzik Bollywood, AR Rahman mengakui projek itu tidak dapat direalisasikan apabila penghibur terbabit meninggal dunia dua bulan selepas per ...


HAMPIR berkolaborasi dengan Raja Pop Michael Jackson, maestro muzik Bollywood, AR Rahman mengakui projek itu tidak dapat direalisasikan apabila penghibur terbabit meninggal dunia dua bulan selepas pertemuan terakhir mereka.

AR Rahman, 57, berkata, memori selepas dicalonkan dalam dua kategori Anugerah Academy atau Oscar pada 2009 itu kekal dalam ingatan kerana wakil Michael sendiri menghubunginya menyatakan hasrat ingin menjalin kerjasama.

Beliau suka dengan hasil kerja saya, malah saya pun mengaguminya membuatkan kami berhubung menerusi ejen serta pengurusnya.

“Dalam perbincangan kami, beliau berharap saya dapat menghasilkan sebuah dendangan yang berkaitan perpaduan seperti lagu We Are The World.

Namun sayangnya hajat Michael tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhir secara mengejut,” katanya pada pertemuan dengan peminat di Menara PGRM, Cheras, malam tadi.


Sambung penggiat seni yang digelar Mozart of Madras itu, dia dijemput sendiri Michael untuk datang ke kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menariknya, sebelum perjumpaan pertama berlaku, dia menolak pelawaan penyanyi lagu Billie Jean itu menerusi ejennya berikutan terlalu sibuk menyelesaikan urusan kerja sebelum Anugerah Academy berlangsung.

“Sebelum itu saya ada meminta ejen di Hollywood yang baru dilantik untuk menguruskan pertemuan dengan Michael tetapi selepas beberapa minggu masih tiada sebarang balasan.

Namun, selepas dua lagu saya dicalonkan dalam Anugerah Akademy barulah saya terima mesej mengatakan beliau ingin berjumpa tetapi waktu itu saya sibuk dengan persiapan persembahan pada majlis terbabit.

“Terpaksa saya tolak pelawaannya dan berjanji akan jumpa jika menang Oscar. Akhirnya sehari selepas bawa pulang trofi itu saya terus ke kediamannya,” kongsinya lagi.

Menurut komposer dan penerbit kebanggaan India itu, Michael sendiri menyambutnya di depan pintu dengan memakai sarung tangan dan berkaca mata hitam.

Beliau sendiri yang menunggu kedatangan saya. Saya dapat tengok dia menyelak langsir sebelum pintu utama dibuka. Micheal melayan saya dengan baik,” tambahnya.

AR Rahman hadir ke ibu kota bagi menyantuni kira-kira 1,000 peminat tegarnya sempena penganjuran Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Menerusi acara itu, beliau memperuntukan masa hampir satu jam menjawab pertanyaan peminat selain berkongsi persediaan mengenai konsert yang turut membariskan artis seperti Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze dan ADK.

Pada masa sama, penganjur juga bakal mengumumkan senarai penyanyi tambahan dalam tempoh terdekat. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035717 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top