CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Buat Bukan Sebab Trofi', Syed Saddiq Tunjuk Bukti Tak 'Main Tipu' Di Desaru 113 Triathlon 2024

10-7-2024 09:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21421| Komen: 25

Description: KEMENANGAN tempat ketiga yang diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada 7 Julai lalu menjadi pertikaian ramai apabila muncul dakwaa ...

KEMENANGAN tempat ketiga yang diraih Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada 7 Julai lalu menjadi pertikaian ramai apabila muncul dakwaan terdapat penipuan ketika itu.

Dakwaan itu dimuat naik seorang daripada peserta kejohanan tersebut yang mengatakan bahawa Syed Saddiq tidak menggunakan laluan sepatutnya sehingga mengambil hak kemenangan daripada peserta yang layak.

Menerusi komen dikongsikan @joshua.izham, Syed Saddiq pada awalnya berada di barisan belakang ketika acara renang dan berbasikal, namun secara pantas memotongnya pada saat larian dilakukan.



Dia turut mempersoalkan bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang tidak melengkapkan jumlah perjalanan sepatutnya.

"Macam mana ia boleh berlaku? Sudah jelas kamu habiskan berbasikal dengan dua loops 60 kilometer (km) dan tak lengkapkan seluruh tiga loops iaitu 90 km," soalnya.

Bukan itu sahaja, dia juga mempertikaikan tempoh masa yang diambil Syed Saddiq untuk menghabiskan acara terbabit iaitu selama 2 jam 37 minit sahaja.

Susulan itu, Syed Saddiq mengambil langkah memberi penjelasan terhadap dakwaan tersebut.

Menurutnya, penyertaannya di dalam kejohanan terbabit bukanlah semata-mata meraih perhatian atau merebut kemenangan.

Sebaliknya, beliau melakukan perkara itu atas tujuan kesihatan dan bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq turut menafikan bahawa berlakunya sebarang penipuan sepanjang menghabiskan acara berkenaan.


"Berhubung tempoh masa saya habiskan acara berbasikal yang awal dari jangkaan, saya sudah pun semak dengan pasukan teknikal ketika itu.

"Saya juga semak lebih dua kali untuk pastikan tiada kesalahan teknikal," katanya.

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq menjelaskan dakwaan telah mengambil kedudukan peserta lain yang layak adalah tidak sepatutnya timbul.

Ia kerana beberapa kali semakan sudah dilakukan dengan teliti sebelum menerima sepenuhnya kemenangan tersebut.

Syed Saddiq bagaimanapun membuat permohonan maaf kepada seluruh peserta dan individu terlibat dalam kejohanan terbabit sekiranya kemenangan itu mengguris hati segelintir pihak. 

Sumber— Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 11-7-2024 08:51 AM
hahahahahaaaaa......
sila jawab  SS.. camna bike ko boleh selaju tu....
Quote Radzor 11-7-2024 10:07 AM
Ahli politik mana yang boleh percaya. Pastu bila buat state putar belit rakyat dok bincang pasal statement tu lalu terbelit sekali. Lalu terlepas pandang isu utama iaitu menipu dan undi lagi jadi wakil rakyat penipu. Banduan pun rakyat pilih untuk jadi pemimpin
Quote stingerbumpy 11-7-2024 11:35 AM
Official competition pun boleh bubble.. inikan pula claim cover 200km from muar to parlimen?

Ptuiiikkk

Kahkahkahkahkah
Quote cik_sssara 11-7-2024 12:49 PM
1. Event fun run pun tak pernah dapat top 10, tetiba masuk triathlon terus podium placing top 3 belakang foreign athlete

2. Baru lepas endurance 200km, tak sampai seminggu recovery terus masuk 113?

3. Paling kelakar organizer (113 Series) ni lah. Tak verify result dulu. Padahal setiap kategori bukan ramai sangat pun yang join & finish race.
Quote tungkai 11-7-2024 01:02 PM
Dia ni better shut up lah..Suka petik hot topics utk create attention & causing a stir. Dasar tong kosong kaki klepet..
Quote Firenzza 11-7-2024 01:14 PM
Mmg betul la jd MP tak sibuk mana pun,   byk masa terbuang siap blh jogging sampai parlimen, masuk race basikal dah serupa anuart x tau nk buat apa......jumpa artis India tiap2 minggu sbb nk bincang ekonomi ngra katanya
Quote Purestteam1 11-7-2024 01:49 PM
panjat pagau je la yb
Quote matseh 11-7-2024 01:49 PM
Kalau nk stay fit, boleh je joint gym, siap masuk race lagi.
Aku ingat budak2 MP ni x der kerja la. Baik pi jalan2 di kampung2 kat Muar tu tgk masalah, longkang ke, sampah ke. Atau jumpa mana2 kompeni mintak sponsor brg2 keperluan bila x ada sesi parlimen. Atau dudk je pejabat meeting mcm mana nk tlg rakyat wlpn x ada peruntukan.

Quote She-Ra 11-7-2024 02:16 PM
Edited by She-Ra at 11-7-2024 02:17 PM

dia punya putarrrr ya hampunnnnnnn sangat!
agak2 la nak kona baring pun. iols masa dpt tau dia naik podium, terus borak dgn kwn2 yg biasa buat running event (marathon). ada moskel sikit. bkn senang tau nak dpt podium, yg dh lama terjebak dlm dunya larian atau ironman ni pun takde yg beria nak dpt podium, janji abis sebelum cut off time dan bkn DNF. catatan masa utk kejayaan peribadi gituuu. mmg ada yg masuk utk podium atau top 10. tp dorang punya training mmg kaw kaw laa.. kena rajin buat training
yg jd persoalan jgk, mcm mana event management utk ironman tu boleh percaya bolat bolat dgn pencapaian dak ni?
Quote alesandra 11-7-2024 05:28 PM
Cucu kesayangan atok saka kannn
Quote Enola 11-7-2024 07:54 PM
Memang ada talent untuk jadi politicain yang berjaya
Quote Radzor 11-7-2024 08:57 PM
scammer dgn politician lebih kurang je modus operandi nye
Quote KakRumiMenari 11-7-2024 09:01 PM
Malaysia ramai ahli politik tapi ketandusan pemimpin
Quote ninja boy 11-7-2024 09:56 PM
Org muda biorlah berlari basikal bini xde anak xde
Quote Gunama 11-7-2024 11:57 PM
Xmenipu bukan politi(shit)syen laaaa…ye dak?
Quote azimie 12-7-2024 01:44 AM
Tebal kulit muka SS nie , xdok kemaluan sgguh
Quote P.E.K.K.A 12-7-2024 10:52 AM
Nak jadi politician mesti pandai menipu
Quote Sazreena 12-7-2024 08:50 PM
Jarang la ahli politaik tak menipu...
Quote yoppoy 13-7-2024 08:32 AM
Dah nya syarat wajib politician ialah bodo ya tuan2 fuan2

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047777 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top