CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim - Mohd Shuhaily

10-7-2024 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20184| Komen: 10

Description: JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.
 


JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

"Belum ada perkembangan (terbaru). Ingin saya tekankan, tiada kemas kini tapi bukan bermakna kita menghentikan siasatan.

"Dengan komitmen yang ditunjukkan pegawai-pegawai saya dalam kes lain juga, kita tidak pernah berhenti (siasat). Cuma perkembangan itu mungkin tidak sepertimana yang orang ramai harapkan kerana buat masa ini kita bergantung kepada risikan," katanya pada sidang media bersama PDRM dan Singapore Police Force (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.


Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.

-- BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manamana123 10-7-2024 10:03 PM
Hahaha Kena call sherlock holmes
call for help
Quote Zazama 10-7-2024 11:16 PM
Ke ada kena mengena dgn 'booking.com' sbb serious sgt ni!
Quote naina 10-7-2024 11:20 PM
Eh jarang2 la.polis Malaysia dapat selesai kes berprofil tinggi. Muahaha
Quote Purestteam1 11-7-2024 04:52 AM
naya member
Quote matbad 11-7-2024 04:59 AM
Kannn msti kpala2 besar ni
Quote Thunderclouds 11-7-2024 06:07 AM
Bila org ckp pasal tgn² ghaib pandai lak mgelumpur.
Haih.
Quote stingerbumpy 11-7-2024 06:29 AM
Bakal jadi misteri MH 370, 2.0 keww?

Quote fofuler 11-7-2024 07:25 AM
Macam tak biasa je kau orang ni kalau melibatkan hok hok tu
Quote ina_na 11-7-2024 07:32 AM
Kalo btl mcm yg oulss semua speku...bodoh nak mati la semata2 kerana bola sanggup musnahkan kehidupan org lain mcm ni .semoga mampos semua keturunan org yg jahat mcm ni...x perlu ade kat bumi ni pun x pe...jahat sgt musnahkan kehidupan org...by the way iolss x ikut sgt bab bola ni..tp kesian atas perbuatan org yg bodoh nak mati memusnahkan kehidupan org lain yg merupakan bapak kpd anak2 pencari rezeki keluarga...
Quote sayurmayur88 11-7-2024 07:40 AM
serahkan semuanya pada Allah...(selain usaha)
tak dapat kesan d dunia, akhirat takkan lepas..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050161 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top