|
JAKARTA – Seorang ahli perniagaan dari Semarang, wilayah Jawa Tengah cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan lelaki yang turut terdiri daripada anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) lapor laman berita Okezone semalam. Dalam kejadian pada 25 Julai lalu, mangsa mengalami luka-luka di kaki dan badannya, selain hidungnya patah. Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan seorang saksi, beberapa lelaki dengan empat daripadanya disahkan anggota TNI, membelasah mangsa, Johnson Wakum, 31. Mereka memukulnya menggunakan tangan kosong dan besi sehingga mangsa tidak berdaya. Dalam laporan polis, mangsa berkata, ketika kejadian, dia dan pemandunya sedang makan soto di sebuah gerai tepi jalan. “Ketika makan, kami melihat ada kumpulan lelaki bertengkar. Saya tampil untuk menghalang mereka daripada bergaduh. “Tidak lama kemudian, beberapa lelaki lain datang dengan menaiki kenderaan, lalu memukul saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, menurut polis, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa TNI, manakala empat anggota terbabit sedang disiasat. – AGENSI Sumber : KOSMO! ONLINE Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-4-2026 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.027869 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.