CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap minggu bincang untuk selamatkan MAS – Anwar

3-9-2024 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41061| Komen: 25

 


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan antara intipati yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri adalah melibatkan usaha penambahbaikan Malaysia Airlines (MAS).

Katanya, setiap minggu ia menjadi topik perbincangan, namun usaha untuk memulihkan reputasi MAS sudah dimulakan.

“Usaha memulihkan telah dimulakan, saya ucapkan tahniah, tetapi ia mengambil masa, kerajaan hampir setiap minggu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, tiap-tiap minggu kita bicarakan untuk selamatkan (MAS),” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 Khazanah Nasional di Mitec, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan-keputusan politik tidak telus sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini.


Justeru itu, katanya, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan MAS kembali unggul sebagai peneraju syarikat penerbangan negara.

“Khazah (Khazanah Nasional Berhad) bersama Lembaga Pengarah MAS dan kerajaan komited untuk mengangkat semula (prestasi MAS) dengan apa cara yang munasabah,” jelasnya.


Terdahulu, beberapa in­siden melibatkan pesawat MAS yang terpaksa berpatah balik telah menyaksikan imej syarikat pener­bangan negara itu semakin ter­calar sehingga menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pengguna.

Insiden terbaharu melibat­kan pesawat MH66 penerba­ngan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan menggunakan armada Airbus 330-300 dilaporkan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam berikutan isu teknikal berkaitan sistem hidraulik.

Ini merupakan insiden kelima melibatkan penerbangan MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan dalam tempoh kira-kira sebulan. 


Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 3-9-2024 11:12 PM
Jibbbb... ooooo jibbbb
Quote arnauld 3-9-2024 11:13 PM
Bkn baru untung 800juta ker??? Dulu rugi kpl terbang tak der lak uturn sekarang untung berkoyan ramai staff lari parts tak der flight asyik uturn???? Kena scam lagi ker ni...
Quote terma2nkondisi2 3-9-2024 11:17 PM
mungkinkah oic dan nato.. oh, i see.. no action, talk only
Quote terma2nkondisi2 3-9-2024 11:32 PM
perenggan ni mungkin utk mencetus idea bagi konten walanon2 di platform2 media sosial dan juga di porem ni

"Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Khazanah berkata, kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan-keputusan politik tidak telus sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini."

kesilapan terdahulu, masa kerajaan bn, tapi sekarang ni dah bergabung dgn bn di peringkat persekutuan

siap ada pelawaan utk pas join kerajaan persekutuan
Quote batu kikir 3-9-2024 11:37 PM
Zaman Covid dulu top management asyik buang staff je except diaorang.
Hoi top management bahalol.......service industry needs people. Yg experience, yg ada skill from A-Z. Sekarang hulu hala nak cari staff. Kuburkan saja MAS
Quote manop 3-9-2024 11:58 PM
Kompani kroni ni tak habis2 kejap naik, kejap turun
Quote arnauld 4-9-2024 07:19 AM
Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) mencatat untung bersih buat kali pertama sejak 2010 sebanyak RM766 juta pada tahun kewangan penuh 2023 berbanding kerugian bersih RM344 juta pada tahun sebelumnya.

Kumpulan itu turut merekodkan keuntungan operasi sebanyak RM889 juta pada tahun dikaji, meningkat 64 peratus berbanding RM540 juta pada tahun 2022.


MAG turut mempunyai simpanan tunai kukuh berjumlah RM4.3 bilion setakat 31 Disember 2023 tanpa menerima suntikan modal daripada pemegang saham utamanya, Khazanah Nasional Bhd sejak Oktober 2021.

Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, prestasi kukuh itu disumbangkan oleh jumlah trafik penumpang yang utuh daripada segmen premium, aliran rangkaian antarabangsa yang dipergiatkan, pengurusan kapasiti yang aktif, kerjasama perkongsian yang mendalam dan hasil yang lebih kukuh untuk segmen penumpang.
Ni news mar24 untung tahun 23...
Quote tukul 4-9-2024 07:54 AM
arnauld replied at 4-9-2024 07:19 AM
Kuala Lumpur: Malaysia Aviation Group (MAG) mencatat untung bersih buat kali pertama sejak 2010 seba ...

Awat untung tp tahap service makin teruk...niaga mcmana depa ni eh..
Quote shi_jewel 4-9-2024 08:02 AM
minta idris jala check in balik... seseorang kena firm & bijak dalam menangani pelbagai isu dlm orgnsasi yg besar mcm ni.


btw, i lop MAS... please stay
Quote tukul 4-9-2024 08:04 AM
shi_jewel replied at 4-9-2024 08:02 AM
minta idris jala check in balik... seseorang kena firm & bijak dalam menangani pelbagai isu dlm orgn ...

Dua tiga menjak mcm2 kes uturn i takut dah nak book mas walaupun airline kegemaran..
Quote shi_jewel 4-9-2024 08:12 AM
tukul replied at 4-9-2024 08:04 AM
Dua tiga menjak mcm2 kes uturn i takut dah nak book mas walaupun airline kegemaran..

x perlu takut...pilot can handle the worst situation melainkan benda nak jadi...
Quote shamsadis 4-9-2024 08:18 AM
yang tukang kerja tak ada, lantik ramai2 management buat apa? kita perlukan people on the ground
Quote mekfazura 4-9-2024 08:23 AM
TRY MINUM AIR KENCING TONY...KOT2 DAPAT ILHAM
Quote tungkai 4-9-2024 09:19 AM
kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan-keputusan politik tidak telus sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini.


Please laa...kenapa tak back track aje sejak zaman Parameswara dulu. Semua salah. Ko aje yg betul. What's important is what's in your plate NOW..!!!
Quote zorrro_03 4-9-2024 09:28 AM
blek lock letewwww.  celaka arrr
Quote ifanonline 4-9-2024 09:45 AM
aku syak ada campur tangan monarki atau kaum kerabat mereka dlm MAS
Quote noell 4-9-2024 10:03 AM
shi_jewel replied at 4-9-2024 08:02 AM
minta idris jala check in balik... seseorang kena firm & bijak dalam menangani pelbagai isu dlm orgn ...

bkn dia ka yg melingkopkan mas dulu juai abeh aset2 mas lps tuh declared untung gila baboon??
Quote Dwdrum 4-9-2024 10:07 AM
Mueller boleh senyum sinis... Heshe cabot dari mas sebelum habis contract
Quote ifanonline 4-9-2024 10:09 AM
noell replied at 4-9-2024 10:03 AM
bkn dia ka yg melingkopkan mas dulu juai abeh aset2 mas lps tuh declared untung gila baboon??

ya, anak jala tak pandai sebenarnya...pandai jual asset je

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.096792 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top