CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen nafi percutian bersama Ameera di Bali

5-9-2024 11:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43807| Komen: 39

 


Pelakon lelaki popular, Meerqeen, 23, menafikan dakwaan dia bercuti bersama pempengaruh media sosial, Ameera Khan di Bali, Indonesia baru-baru ini sebagaimana tular di media sosial.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, dia tidak bercuti ke mana-mana pun dan berada dalam negara ketika itu kerana terbabit penggambaran drama Uncle Boss Mama.

"Cerita ini lucu sebenarnya sebab saya berada di set penggambaran drama dan secara kebetulan pihak produksi menggunakan 'props' seperti di Bali yang saya pun muatnaik ke Instagram (IG).

"Bagi saya, apa salahnya jika saya muatnaik gambar di set penggambaran itu dan tak sangka juga tiba-tiba Ameera pun memuatnaik gambar dia berada di Bali," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Meerqeen lagi, dia juga tidak tahu-menahu keberadaan adik selebriti terkenal, Noor Neelofa itu ada di Bali.


"Apapun, saya memang tak ada niat untuk cetuskan spekulasi. Tapi, bila orang kaitkannya dengan saya, jadi terkejut juga.

"Apa yang saya buat, semuanya menjadi buah mulut orang walaupun saya tak kisah pun orang nak cakap apa.

"Cuma, mengenai kisah ini saya perlu jelaskan cerita yang sebenar demi menghormati Ameera," katanya yang hadir pada sesi temubual drama Uncle Boss Mama di Astro, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pada Julai lalu, timbul spekulasi Meerqeen dan Ameera bercuti bersama di Bali selepas didakwa terlihat pantulan wajah Meerqeen pada pisau dalam foto dimuatnaik wanita itu.

Ameera bagaimanapun menjelaskan dia ke Bali berempat iaitu bersama sepupunya, Aisha, pengawal peribadi serta pemandu.

Bukan itu saja, Ameera turut memberitahu dia sudah memiliki teman lelaki yang kini berada di London.

Sumber  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 6-9-2024 12:28 AM
Merqeen ni buat hidung kot. Hansome nak mati sekarang berbanding dulu muka cam budak ppr
Quote amyfaha 6-9-2024 12:29 AM
amyfaha replied at 6-9-2024 12:28 AM
Merqeen ni buat hidung kot. Hansome nak mati sekarang berbanding dulu muka cam budak ppr

Dulu hidung kembang skrg kemain tajam
Quote anony-mous 6-9-2024 02:04 AM
amyfaha replied at 6-9-2024 12:29 AM
Dulu hidung kembang skrg kemain tajam

Sama je mcm hidung gmbar baju biru
Quote hokeypokey 6-9-2024 03:02 AM
Kemain lemak pegi bali ada bodyguard and driver.. padahal bodyguard tu bf or skandal dia, yg driver tu bf sepupu dia.. haaa gituhh
Quote jejaka_hensem 6-9-2024 04:46 AM
Suka tengok lelaki pakai baju mcm dlm gambar atas tu,nmpk smart
Quote L.U.S.M 6-9-2024 06:04 AM
Apa props yg Bali ada?
Quote bambimo 6-9-2024 06:27 AM
LMK tu sesuai Anak somebody je meme..ko dr family biasa je..sat g kena..look at you..look at me karang...
Fans ko kan ramai sokong ko tak kira kontroversi apa ko buat tetap la sokong..g la bercinta dgn fans ko..kesian diaorg hehehe
Quote weezerfan 6-9-2024 06:30 AM
amyfaha replied at 6-9-2024 12:29 AM
Dulu hidung kembang skrg kemain tajam

X hensem lansung typical muka melayu
Quote MeowPARSI 6-9-2024 07:04 AM
amyfaha replied at 6-9-2024 12:29 AM
Dulu hidung kembang skrg kemain tajam

Erghhh mcm muka awam je,,,
Quote Binderclips 6-9-2024 07:55 AM
bambimo replied at 6-9-2024 06:27 AM
LMK tu sesuai Anak somebody je meme..ko dr family biasa je..sat g kena..look at you..look at me kara ...

Si merkin ni sedar diri yg dia x layak utk keluarga LMK tu. Tp keluarga LMK selalu amek kesempatan utk kepentingan mereka. Bila nama dh sendu, mula la panggil si merkin ni minta tolong promote produk sampah sambil nk create gosip. Bila nama famous skit, terus whoareyous terus.
Quote bambimo 6-9-2024 09:11 AM
Binderclips replied at 6-9-2024 07:55 AM
Si merkin ni sedar diri yg dia x layak utk keluarga LMK tu. Tp keluarga LMK selalu amek kesempatan ...

Patut la..haritu smpai LMK kena justify..

Xpe la meme...Muda lagi pkir career je dulu jgn involve dgn publisiti murah2an dan kontroversi
Quote afie_m 6-9-2024 10:31 AM
nak tengok nanti, dengan siapa LMK ni akhirnya..
Quote cake_chocolate 6-9-2024 10:43 AM
afie_m replied at 6-9-2024 10:31 AM
nak tengok nanti, dengan siapa LMK ni akhirnya..

Hahaha ye wehh..sama jugak ternanti2 dengan siapa kah dia akhirnyahhh
Quote princessmiang 6-9-2024 11:06 AM
Betina gersang ke nak ride on merqeen popularity?
Quote daniel_lim 6-9-2024 08:00 PM
bila nak load video topless lagi banyak meerqeen je
Quote kakikuDibibirmu 6-9-2024 08:18 PM
bila nak load video shirtless?
Quote Carcosa 6-9-2024 10:51 PM
Aku ghimas tgk dia ni. Berminyak2 mcm tak mandi.
Dia rasa dia ni hensem sgt ek?
Quote aemon 6-9-2024 11:10 PM
Merkin muka dulu mcm pekerja mcd.very the public toilet
Quote Binderclips 7-9-2024 12:01 AM
aemon replied at 6-9-2024 11:10 PM
Merkin muka dulu mcm pekerja mcd.very the public toilet

Skrg pon muka dia sama je. Xde beza pon. Tetap level pekerja mcd

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.077535 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top