CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masuk Campur Hal Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu – “Menghina Macam Tahu Semua Dalam Sampai Katil”

6-9-2024 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26930| Komen: 28

 


Pempengaruh media sosial, Abang Tesla memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang susulan komen netizen mengenai rumah tangganya.

Menerusi Instagram story, dia berkata akan memfailkan saman terhadap tiga individu yang mencampuri urusan rumah tangganya.

"Aku diam korang menjadi-jadi pula. Esok (hari ini) saya akan saman tiga individu untuk dijadikan pengajaran kepada semua yang masuk campur acah terpaling tahu dalam rumah tangga."

Pada hantaran yang sama, dia turut berkongsi salah satu komen individu yang bakal disamannya di mana lelaki tersebut mengkritik Abang Tesla tidak pandai menjaga hati dua isterinya.

"Yang menghina seolah-olah tahu semua (hal) dalam sampai katil rumah saya teruskan."

 

Nama Abang Tesla dan Nurmajdina kembali menjadi bualan hangat sejak pendedahan tentang isteri keduanya telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Sejak itu, beberapa isu didedahkan seperti perjalanan rawatan IVF dilalui oleh Nurmajdina termasuklah kos yang ditanggung oleh Abang Tesla yang menurutnya sudah mencecah RM50,000.

 

Sumber  – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HelgaPataki 6-9-2024 08:11 AM
Salah bod ke ni? Taknak tengok la berita dorg ni
Quote jebatmaspunyer 6-9-2024 12:04 PM
Edited by jebatmaspunyer at 6-9-2024 12:06 PM

Konklusi:
Betul org cakap y si Tesla ni x pandai jaga hati bini 1st.
Quote syanis3599 6-9-2024 04:39 PM
pulak dah
Quote Barebow77 6-9-2024 05:15 PM
Nk komen..tapi duit dalam bank dah habis bayar saman kat JPJ tadi..kang kena saman lagi..aiol dah insaf..
Quote hyie 6-9-2024 05:24 PM
iols tak faham pasal kehidupan influencer whatsoever ni. Kan diorang sendiri yang tayang kehidupan peribadi 24jam kat medsos, pastu mestilah orang sekeliling dan netizen akan sentuh hal peribadi dia sama ada baik atau buruk. Hadkan je perkongsian hal peribadi, tumpu isu kerjaya yang menguntungkan banyak pihak.
Quote BungaKencana 6-9-2024 05:38 PM
kau sndiri update sgala hal dlm socmed, netizen komen kau melenting...
Quote B40tastePosh 6-9-2024 09:26 PM
Siapa makhluk jigong ni?
Quote sapeka 6-9-2024 09:27 PM
Teruskan je la
Tak payah bgtau nurtizen
Quote sukacactus 6-9-2024 09:29 PM
Semak la kesah diaorang laki bini ni
Bkn retis pun sekor2
Quote Rogue98 6-9-2024 10:15 PM
geli tengok Mamat ni...harap dah dapat anak ni kau senyap terus ...jaga anak bini tu....semak duk viral
Quote TeropongThaico 6-9-2024 10:29 PM
Saman je le 3 org tu. Aiol tak kisah
Jgn saman aiol dah le ye
Yg tu aiol kisah
Quote shernazz 6-9-2024 10:29 PM
Ngulit lah bini2 dan anak tu..
Haish
Sempat.lagi.menilik.netizens
Hahahaha
Quote Zezo 6-9-2024 10:29 PM
Hakikatnya, cinta dia dh beralih ke wife nombor 2.
Quote akies 6-9-2024 10:48 PM
Sape yg mulakan semua ni.
Nak kawen baru pun ko rekod bagai.
kalau diam2 je tkdelah org dok amik tahu hal ko
laki bini.
Sengal !
Quote abangadek 6-9-2024 11:10 PM
Sesape spill la ig wife 2nd iols nk stalk
Quote hokeypokey 7-9-2024 02:34 AM
Tu la kau, haritu ko sibuk rumahtangga si selam, skrg org sibuk hal rumahtangga ko plak.. saman apa yg ko nk saman org tu??? Saman malu?? Saman fitnah??
Quote maery 7-9-2024 03:27 AM
Tt dorg ni bukan artis lah..salah board ni
Quote amyza 7-9-2024 06:23 AM
Poligami ni macam² ragam dia, hadap jer lah yek. Saman jgn tak saman
Quote shida81 7-9-2024 10:00 AM
Bini 1st pun rela bermadu..hadap la

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.200491 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top