CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Luah Rasa Kecewa, Suami Ugut Nak Kahwin Lain Sebab Bersalin ‘Czer’ – ‘Tak Nak Aku Dapat Wife Rosak’

30-9-2024 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16351| Komen: 23

 

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila si suami tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya tidak bersalin secara normal.

Menerusi TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai @flowertersakiti berkongsi beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp memaparkan si suami yang memarahi dan menyifatkannya sebagai ‘sudah rosak’ kerana bersalin dengan menggunakan kaedah pembedahan atau caesarean (czer).

 

"Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu.  Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?

"Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia.


"Semua ini dah berlalu namun masih sakit."

Lebih parah, si suami yang difahamkan tidak menemaninya di dalam wad bersalin juga meminta wanita itu untuk tidak menghubunginya lagi.

"Tak nak I dapat isteri rosak, baik I kahwin dengan orang lain ja.

"Umur macam ini nak lahir guna kaedah pembedahan apanya, tak naklah hidup lagi dengan you."

Perkongsian wanita itu telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berang dengan tindakan si suami.

Menurut netizen, adalah tidak wajar si suami memperlakukan sebegitu terhadap isterinya yang sudah berhempas pulas melahirkan anak mereka.

Dalam pada itu, wargamaya juga meluahkan rasa kagum terhadap wanita itu yang masih mampu mengawal dirinya dan membalas hantaran WhatsApp suaminya dengan lemah lembut.

 

Sumber – Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 30-9-2024 10:20 AM
ni namanya letak otak kat kepala lutut. mana dia belajar czer rosak badan? hish, emo pulak aku dengar.
Quote zuriey 30-9-2024 10:42 AM
Laki dia ni pentaksub juki dgn sitah bibir kering ke
Baik suruh bini ko beranak dlm kolam plastik dlm jamban rumah je
Quote hyie 30-9-2024 10:54 AM
surh je laki dia yang beranak
Quote prince_marhaen 30-9-2024 11:21 AM
tapi lepas tu hadap jugak jantan bangang selfish macam tu... janji sayang kekdahnya.. siap dia pulak pujuk laki tu..
Quote Decaffeinated 30-9-2024 11:26 AM
Bodoh lah siapa percaya. Couple ni memang bermasalah. Aku tak kata siapa atau apa punca tapi hubungan tu memang bermasalah. Nothing to do with cara beranak pun.
Quote Thunderclouds 30-9-2024 11:30 AM
Dok ulang2 cita yg sama.
Rasa baruuuuuu ja baca menda yg sama sebulan 2lepas.
Sembang ngn diri sendri pon gigih bukak benang isu semasa yacchhh..
Quote edayildiz 30-9-2024 11:34 AM
dejavuu
rasa dh pernah baca sblm ni
Quote A-Are 30-9-2024 12:22 PM
rosak mcm mana yer?agaknya perut kena ptong tu dia panggil rosak...kalo gitu 3x rosak dahlah badan i olls...huhu
Quote zuuu 30-9-2024 12:38 PM
Kalo betul la wujud jantan bodoh sebegini baik la ko mintak cerai je kak
Quote shernazz 30-9-2024 12:49 PM
Cite ulang2 la anat
Amende la isu semasa dah lapuk
Baru bangun dari kapsul masa ke
Quote ninja boy 30-9-2024 01:31 PM
Kawen utk memuki bukan utk bina keluarga
Quote seri_mawr 30-9-2024 02:38 PM
baca screenshot wasap tu iouls rasa nak maki bini dia boleh..??
kejadahnya sayang2...geram pulak aku aih...

laki bengong dah satu hal...yang bini reply lakiny mcm mintak kaki dr nitizen dr neraka satu hal..
Quote msdummy.2018 30-9-2024 03:45 PM
Bini dia tuh xder otak ker apa? Laki dh bangang mcm tuh ko boleh bersyg ingtkan dia makan? G mampuslah...ko tau tak esok ko lumpuh dah mmg sah2 dia ceraikan ko..xhingin jaga ko..ko masih lagi nk hdap jnatan mcm tuh?
Quote copy_paste 30-9-2024 04:05 PM
aku kalo boleh nak bni aku czer sbb beranak tu sakit wei
Quote copy_paste 30-9-2024 04:06 PM
msdummy.2018 replied at 30-9-2024 03:45 PM
Bini dia tuh xder otak ker apa? Laki dh bangang mcm tuh ko boleh bersyg ingtkan dia makan? G mampusl ...

ppuan yg da xde tenaga melahirkan mmg x cpt marah,
Quote fofuler 30-9-2024 04:40 PM
Aku dah susah nak husnuzon kalau keluar cite macam ni, macam saja buat content
Quote fofuler 30-9-2024 04:41 PM
Writing style dia nampak sangat sama, confirm borak dengan diri sendiri
Quote xtinkerbellx 30-9-2024 05:16 PM
Kawin dgn spoil brat ke
Quote jari10 30-9-2024 05:19 PM
Eh entah ngape geli pulak aku baca ayat2 pompuan tu pd laki dia haha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072010 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top