CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Syukur Berat Badan Kini 50Kg, Boleh Sarung Baju Anak Umur 9 Tahun

30-9-2024 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36892| Komen: 136

 

 

Pelakon Fasha Sandha akui lebih mudah bergerak dan melakukan aktiviti harian selepas berjaya menurunkan berat badan.

Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, dia juga sudah boleh menyarung baju anak perempuan sulungnya, Putri Rasyha Jemyma yang kini berusia sembilan tahun.

"Saya kuruskan badan sebab nak sihat, cantik nombor dua. Kalau badan besar, susah nak pakai baju, nak bergerak dan buat aktiviti.

"Walaupun saya pernah berbadan ‘chubby’, suami tak pernah complaint tetapi terima saya seadanya. Namun, diri saya sendiri yang timbul kesedaran nak kurus."

"Sekarang dah kurus, syukur alhamdulillah. Lebih selesa nak bergerak. Baju-baju lama dan baju anak saya pun dah muat nak pakai."

"Anak saya Jemyma umur sembilan tahun, tapi suka pakai baju oversize. Baju umur orang 14 tahun, jadi saya muat baju umur 14 tahun."


Fasha berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan majlis pelancaran makanan tambahan, Berryfull Honey Lemon keluaran Inayah Beauty yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.


Berkongsi lanjut, isteri kepada aktor Aidil Aziz berkata, dia sentiasa mengawal kuantiti makanan yang diambil.

"Berat semasa saya sekarang on and off, kadang-kadang 50kg, kadang 50.2kg. Balik hari dari Kelantan hari itu, naik 600gram sebab makan banyak.

"Saya akan kira dan timbang berapa banyak pengambilan makanan dan berat yang naik. Sebab saya sangat berusaha untuk kurus."

"Dulu selalu kena catu makanan dan timbang. Saya genetik berbadan besar, kalau makan lebih sikit memang naik cepat."

"Isnin hingga Jumaat saya akan kawal makan, Sabtu dan Ahad saya cheat day. Detoks Berryfull tiap-tiap hari ambil tak tinggal."



Sumber – OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 30-9-2024 10:33 PM
Tak makan kut kan and selalu senam. 50 kurus sangat. But okaylah dia nampak lawa.
Quote suri33 30-9-2024 10:34 PM
Takpelah. Dah itu kejayaan hidup dia. Hahaha.
Quote primarikey 30-9-2024 10:36 PM
Dh knape plak ko nk pakai baju jemyma fasha
Quote naina 30-9-2024 10:37 PM
Nora Danish tu baju putih full tutup atas bawah elok longgar jauh bertiang2 cantik dan comel Banding pasah sendat terpaling nganga dan kurus.
Quote naina 30-9-2024 10:38 PM
Ada video fyp Dorang berzumba. Elok Nora tu berzumba comel je..sampai xperasan sebelah tu pasahhh
Quote kukukatablog 30-9-2024 11:03 PM
dia ni lawa
Quote QueenGambit 30-9-2024 11:49 PM
Ok yg ni caya 50 kg.
Quote cmf_jeangrey 30-9-2024 11:52 PM
Bagus la..segar sikit mata ni tgk women in 40s yg elok penampilan, jaga kesihatan, x obese dan x berminyak..dedicate life pd suami dan anak2 x semestinya kena abaikan badan sendiri dan nampak kusam



Quote anony-mous 1-10-2024 12:26 AM
QueenGambit replied at 30-9-2024 11:49 PM
Ok yg ni caya 50 kg.

Perli yg dkt aussie tu ke sis
Quote QueenGambit 1-10-2024 12:35 AM
anony-mous replied at 1-10-2024 12:26 AM
Perli yg dkt aussie tu ke sis

Semoga takde yang marah i .. heret terpaling aussie smpi ke benang lain. Tp serius la. Tgk logik inilah 50 kg. Muka runcing. Perut flat. Kannnnnnnnnnnn
Quote Farnor 1-10-2024 12:46 AM
QueenGambit replied at 30-9-2024 11:49 PM
Ok yg ni caya 50 kg.

betul2 yg real 50 kg. No sembang babi terbang
Quote Tinot7 1-10-2024 12:52 AM
Tinggi 1.68m, berat 50kg
Bmi 17.7
Underweight
Quote noor2 1-10-2024 04:39 AM
Wahhh..akak yg 154cm pun berat dah 55kg...

Quote MisXoXo 1-10-2024 05:04 AM
Laju bethul berryfull turun.ingt dia ni.shooting,cedera kat mata.masuk wad.keluar pakej kurus terus.
Quote KBW2 1-10-2024 05:13 AM
kurus sangat nanti tak balance plak nampak kepala besar badan kecik
Quote KBW2 1-10-2024 05:14 AM
MisXoXo replied at 1-10-2024 05:04 AM
Laju bethul berryfull turun.ingt dia ni.shooting,cedera kat mata.masuk wad.keluar pakej kurus terus.


Quote makcun14 1-10-2024 07:04 AM
fasha ni disiplin even sol ngaku sheols datang set awal tak ada nak malas . so kalau kau memang jenis disiplin serba serbi takde hal nak jaga makan and rajin workout untuk kurus, tak perlu pun segala malaun produk syaitann rosak organ. ternyata produk kurus 'detox' tak
berkesan, sebab tengok la yang terpaling aussie tu kemain claim 50kg padahal....
Quote noor2 1-10-2024 07:06 AM
MisXoXo replied at 1-10-2024 05:04 AM
Laju bethul berryfull turun.ingt dia ni.shooting,cedera kat mata.masuk wad.keluar pakej kurus terus.

Baca boleh..percaya jgn....kawan baik dia citer dia buat operate..oppsss...mkn produk tu esok2 kena mcm2 penyakit..nk turun badan jgn makan bnyk..tu je
Quote lightheaded67 1-10-2024 07:21 AM

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055652 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top