CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Rumah Tangga Jofliam & Cik Epal Bergolak? Status Perkahwinan Hanya Akan Diketahui Bulan Ini – ‘Saya Tidak Pernah Curang Walaupun Sesaat’

30-9-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33743| Komen: 20

 

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pempengaruh dan usahawan, Jofliam dan isterinya Cik Epal didakwa sedang bergolak.

Di Instagram Story, Jofliam berkata, semuanya berpunca daripada fitnah apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.

 
Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri.

 


"Saya sangat sayangkan anak-anak. Saya adalah family man. Kehidupan saya kebanyakan di rumah. Saya tak ada masa. Jadi fitnah ini bukan sekadar merosakkan hubungan keluarga saya, malah perkahwinan Dewi. Fitnah ini meruntuhkan dua masjid."

Bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memberi penjelasan mengenai tindakannya yang tidak membawa Cik Epal ke Milan.

"Sebab saya masih tidak tahu status perkahwinan saya secara sah. Hanya akan diketahui bulan ini. Saya tak nak bawa dan kemudian bila balik Milan, umum benda tak sepatutnya sebab saya tak nak ada tohmahan yang kata ini semua marketing."

"Jadi saya di sini ada urusan kerja demi membawa nama Malaysia ke mata dunia. Tugas saya bermula esok dan saya nak tegaskan, saya hadir ke Milan dalam tiada ikatan dengan sesiapa."

 
Tambah Jofliam, dia sudah memendam perasaan selama hampir empat bulan. Dalam tempoh empat bulan itu juga, dia cuba menyakinkan isterinya demi mempertahankan rumah tangga mereka.

"Macam-macam pujuk rayu saya buat dan saya pertahankan. Makin hari bukan makin surut, malah makin panas sebab dihasut orang sekeliling."

"Dengan siapa saya nak luah kalau semua orang asingkan saya? Empat bulan saya menangis sendiri dan akhirnya ada benda yang terjadi dua minggu lepas."

Sumber –  OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 30-9-2024 11:03 PM
btul ke ni??? ke gimik nk naikkan nama sbb aku pun tak berapa pasti korang ni sape
Quote pinksarah 30-9-2024 11:11 PM
dia x ptt cerita dkt public hal rumahtangga

cukup selesaikan sendiri

buat public tabur fitnah merata je nnt sbb ramai akan speculate

adoi laaa
Quote missyL 30-9-2024 11:12 PM
pinksarah replied at 30-9-2024 11:11 PM
dia x ptt cerita dkt public hal rumahtangga

cukup selesaikan sendiri

Bese la tu sis.

Quote green~tea 30-9-2024 11:15 PM
Sendiri posting mengundang, sendiri meroyan bila orang speku.. pastu ugut nak menyaman????
Quote fanaz82 1-10-2024 10:04 AM
moga ada kesudahan yg baik
Quote melinda_kerr 1-10-2024 10:14 AM
kalau hang tk cerita org tk tahupun...apa nk dibuktikan pun tak tahu. kau rs netizen boleh selesaikan isu korang ker.. hmmm
Quote prettyuglybabe 1-10-2024 10:25 AM
sikit pun tak kesian..
masa bahagia kemahen berlagak..
selayaknya la..
Quote kucingitam 1-10-2024 11:10 AM
tah sapo2 la korang ni..
Quote hanihan16 1-10-2024 11:32 AM
status perkahwinan belum diketahui sebab lafaz luar mahkamah kot eh. tapi si syuhaimi ni dah kehulu kehilir pompang dia bukan lagi suami org  
Quote A-Are 1-10-2024 03:02 PM
musim yg nampak terpaling bahagia da berturun tangga mahkamah....sedihnya rasa...kalo meka2 yg nampak bahagia ni pon dilanda ujian kita yg marhaen ni apetah lg
Quote mizruncing 1-10-2024 03:07 PM
alaa klu cerai pon confirm rujuk balik dorang ni.. kena la time pertandingan pizza ni. tahniah la dah berjaya trending. dah boleh rujuk balik nanti. masalahnya yg tak paham ko dh ade masalah ngan wife psl dewi tu pon ko still lagi nak ke milan tu bawak dia. apa yg nak dibuktikan pn x tau laa. setakat pizza je pon.. melebih nak bangga
Quote LemakPetai 1-10-2024 09:22 PM
Kezahhhh
Quote Nham22 1-10-2024 10:33 PM
mizruncing replied at 1-10-2024 03:07 PM
alaa klu cerai pon confirm rujuk balik dorang ni.. kena la time pertandingan pizza ni. tahniah la da ...

Petandingan+?????? What the tutttt
Quote mizruncing 2-10-2024 09:42 AM
Nham22 replied at 1-10-2024 10:33 PM
Petandingan+?????? What the tutttt

dapat laa 99 terbaik dunia
Quote Prickford 2-10-2024 09:45 AM
prettyuglybabe replied at 1-10-2024 02:25 AM
sikit pun tak kesian..
masa bahagia kemahen berlagak..
selayaknya la..

Haha baru nak cakap. Dari dulu asik nak berlagak sampai tak paham apa yg deyols dpt dengan berlagak tu. Orang lain hidup aman2 je tak flex. Deyols ni je beria.

Quote caprisonne 2-10-2024 10:19 AM
Aku ingat jofliam ni chinese revert. Nmpk nsma acc mcm menarik. Buka ig dia hadoi, menunjuk sgt ni . Baik la aku tutup, sb aku benci org menunjuk ni
Quote awanysss 2-10-2024 06:10 PM
cik epal buat muka ke.. makin cantik..
Quote Sazreena 2-10-2024 06:59 PM
Muka from kg.com terus vasss
https://gempak.com/berita-terkini/isu-stroller-harga-rm3000-instafamous-cik-epal-suami-dedahkan-tiga-nama-netizen-yang-bakal-disaman-21047
Quote missyL 2-10-2024 07:05 PM
Nham22 replied at 1-10-2024 10:33 PM
Petandingan+?????? What the tutttt

Why xde sapa ckp pasal ni
Competition ape ni wehh
Napa nmpk cm syok sendiri hahaha

Langsong aku x kagum.
Mcm klo ade duit bole masok pastu ade title chef???
Dr 100 dpt 99
Mcm style anugerah baya2 tu ke
Maaf ni bkn fitnah sy bertnye jgn saman sy.
Sy xde duit nk bayaaa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.164163 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top