Baru-baru ini, bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump dikecam di platform media sosial susulan memberi cadangan mengikut kaedah filem The Purge bagi menurunkan masalah jenayah di negara tersebut. Cadangan tersebut dibuat sewaktu di perhimpunan di Pennsylvania, di mana Trump memberi satu kaedah untuk mengurangkan aktiviti jenayah dengan membenarkan pihak polis menangani isu itu dalam ‘satu jam yang sukar’. "Satu jam yang sukar dan saya maksudkan benar-benar sukar, berita akan tersebar dan ia akan berakhir serta-merta." Bahkan, dia sendiri berkata bahawa dirinya sedia untuk menggunakan ketenteraan terhadap orang awam dan kini sedang pertibangkan ‘satu hari yang cukup kejam’ sebagai teladan buat pencuri dan seumpama dengannya. Susulan itu, pengguna media sosial menjelaskan kenyataan tersebut dengan ringkas, di mana Trump membebaskan rakyat melakukan hal ‘buruk’ tanpa dikenakan sebarang hukuman seperti di filem The Purge. Sekadar info, filem The Purge menceritakan kisah di mana kerajaan membenarkan rakyat melakukan sebarang jenayah serta menggunakan segala senjata dalam tempoh 12 jam tanpa ada sebarang hukuman dikenakan. Sumber – Beautifulnara |
batmana replied at 1-10-2024 09:19 AM
Lama2 kembali pada hudud gamaknya .penggal je kepala pembunuh depan publik
Dwdrum replied at 1-10-2024 08:00 AM
Yang backup philly itu samada tidak tahu condition or slighty idiot dem supporters
Tinot7 replied at 30-9-2024 09:15 PM
Dasat sgt ka pennsylvania?
Yg isu kat philly ka?
Dwdrum replied at 2-10-2024 07:34 AM
Aku tidak pasti paling lama aku pergi philly sebab conference dalam campus limited time untuk kelu ...
Tinot7 replied at 1-10-2024 04:14 PM
Patut la fresh prince ngaku dari philly
Dwdrum replied at 2-10-2024 08:51 AM
Siapa fresh prince?.... Ini sitcom beverly hills itu ka
ADVERTISEMENT