CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah Mansur ‘Claim’ Program Permata Pintar Berjaya, Anggap Iz Emir Seperti Anaknya Sendiri – “Kecerdasannya Memukau Saya”

1-10-2024 01:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36094| Komen: 60

 


Datin Seri Rosmah Mansur tampil mengucapkan tahniah Iz Emir, remaja berusia 12 tahun yang berjaya mencipta sejarah sebagai mahasiswa termuda di Universiti Malaya.

Difahamkan, Iz kini sedang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di universiti tersebut.

Tulis Rosmah di satu hantaran Facebook, dia berbangga Iz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di usia yang cukup muda.

Loading FB Post...


"Rasa bangga saya hari ini seolah-olah seperti dia adalah anak saya sendiri. Anak ini memukau saya dengan kecerdasannya semasa pertama kali saya berjumpa dengannya di Permata Pintar. Hari ini saya kembali merasa bangga apabila dia menjadi mahasiswa termuda dalam sejarah UM sejak 1962."

Dalam pada itu, Rosmah turut mengimbau penglibatan Iz dalam program kendaliannya iaitu Permata Pintar yang ditubuhkan pada tahun 2009 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Iz yang pada ketika itu berusia 6 tahun sudah berada di tingkatan 1 di mana ia adalah satu pencapaian yang luar biasa buat kanak-kanak yang berada di usianya.

Remaja itu kemudian menamatkan O-Level ketika berusia 8 tahun menamatkan A-Level pada usia 11 tahun.

Iz Emir juga menerima sijl daripada John Hopkins Centre for Talented Youth sebagai pengiktirafan antarabangsa terhadap kecermalangan dalam akademik.


Sumber –  Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-10-2024 12:18 AM
Dengar gosip, dia la sebenarnya pensabotaj utama Adiputra. Sebab parents Adi tak nak dengar cakap dia.
Quote B40tastePosh 1-10-2024 12:52 AM
Kesian Adik Izz Emir tu nak main pun kena tenung depan2 dgn Nenek Kebayan. Boleh trauma kalau mental tak kuat.
Quote kemaruk 1-10-2024 01:06 AM
kak mah taknak claim grab sekali ke
Quote clueless_gamer 1-10-2024 07:55 AM
aku harap dia ni bagi peluang membesar dengan normal seperti anak lain.. jangan disumbat dengan pelbagai progam eksperimental, budak mcm ni dah ler 1 dalam sejuta je kes dia.. letih dah tengok org tak berapa nak cerdik mewarna berita semasa dlm negara ni
Quote cutieslilies 1-10-2024 08:01 AM
bagi aku kalau betul..x salah pun memuji nek mah..mmg ada jasanya jugak...itu kita x leh nafikan...

Quote batmana 1-10-2024 08:19 AM
Pada aku konsepnya gagal Ler..cume 1 org dari 1,586 yg berjaya cm iz ni..
Umpama Dr Mickey mouse claim ramai pelajar dia jadi jutawan lepas msuk seminar kelas nya.. padahal boleh kira dgn jari yg berjaya tu dari puluh ribu yg byr ratusan ringgit masuk kelas..

Apa 1,585 tu tak pintar ke?
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/1-586-pelajar-pintar-ikuti-pengajian-di-pusat-permata-pintar-negara-ukm-sejak-2011-465507%3famp=1
Quote prince_marhaen 1-10-2024 09:03 AM
dua_chzy replied at 1-10-2024 12:18 AM
Dengar gosip, dia la sebenarnya pensabotaj utama Adiputra. Sebab parents Adi tak nak dengar cakap di ...

Sorry to say, bukan penjilat Kak Mah, tapi pernah berada kat organisasi yang kerja urus2 anak2 genius ni, parents dia yang nak monetize si AP ni, suh jual macam2, bukak kelas tuisyen merata2 negara atas nama branding AP, budak tu kena kerja sampai takde masa belajar sampai tak habis belajar, masa study pun heols tak perform pun subject lain sbb dia pandai math je, then tak boleh catch up circle dewasa.... so yang spoilkan tu parents dia. Kak Mah & team ada usaha nak contain benda tu, tp biasa la kan, pengaruh parents lebih kuat & circle parents dia geng2 MLM & geng bisnes memacam benda... huhuhuhuhu..
Quote dua_chzy 1-10-2024 09:30 AM
Edited by dua_chzy at 1-10-2024 01:32 AM
prince_marhaen replied at 1-10-2024 01:03 AM
Sorry to say, bukan penjilat Kak Mah, tapi pernah berada kat organisasi yang kerja urus2 anak2 gen ...


Iya memang people are aware of pangai parents si Adi ni. Tapi katanya hada juga sabotaj dari kak Mah. Walahuallam sebab ni pon dengar dari third person punya gosip. Sumbernya dari datin yang jadik cikgu kat sekolah Permata Pintar tew. Kesahnya kak Mah nak jadikan Adi anak angkat dia tapi the parents kena lepaskan suma rights terhadap Adi. Bila Adi ngan parents refused, the rest is history.
Quote fanaz82 1-10-2024 09:48 AM
Sorry nak tanya, Iz Emir ni autisme ke? sebab selalu budak autisme ni genius, mcm citer young sheldon tu
Quote prince_marhaen 1-10-2024 09:52 AM
dua_chzy replied at 1-10-2024 09:30 AM
Iya memang people are aware of pangai parents si Adi ni. Tapi katanya hada juga sabotaj dari kak M ...

Yezza anak angkat mcm prodigy children yang lain tapi tak amik hak, just nak adopt for educational expenses, bubuh kat asrama or college gitu, study personal dengan prof2 kat uni, but hearsay the parents setuju but with certain amount of money uolssszz...money tu bukan for anak ye, kira money for the parents gitu lah....  tu yang kuasekk kot kak mah & team nak layan.. haha..
Quote dua_chzy 1-10-2024 09:58 AM
prince_marhaen replied at 1-10-2024 01:52 AM
Yezza anak angkat mcm prodigy children yang lain tapi tak amik hak, just nak adopt for educational ...

Ooo ha kan ni aku malas kalau gosip from the third person ni, boleh berubah2 infonya. Tenkiu clarifying kat meols.
Quote rashiman 1-10-2024 10:23 AM
Permata Pintar adalah program yang baik yg diusahakan oleh DSRM bagi mencari dan menempatkan anak2 yg pintar dan berbakat dengan sistem pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan yang ada.
Antara program2 yg banyak difitnah pada suatu masa dahulu , diantara strategi yg digunakan untuk mendapat sokongan dan undi dengan cara menanam kebencian terhadap beliau.
Quote ACC106 1-10-2024 10:44 AM
dua_chzy replied at 1-10-2024 12:18 AM
Dengar gosip, dia la sebenarnya pensabotaj utama Adiputra. Sebab parents Adi tak nak dengar cakap di ...

Ibu bapa AP yg sabotaj anak sendiri.
Si anak pun lepas tu sabotaj diri sendiri.
Sekarang ...
Quote yum3 1-10-2024 11:11 AM
B40tastePosh replied at 1-10-2024 12:52 AM
Kesian Adik Izz Emir tu nak main pun kena tenung depan2 dgn Nenek Kebayan. Boleh trauma kalau mental ...

hahahahha.... nakal komen awak aduhai... jgn adik tu mengigau udah
Quote damsel_fiji 1-10-2024 11:15 AM
dua_chzy replied at 1-10-2024 12:18 AM
Dengar gosip, dia la sebenarnya pensabotaj utama Adiputra. Sebab parents Adi tak nak dengar cakap di ...

soalan serius..si adiputa tu mmg genius ke atau hebat aritmetik jah..sbb penah la nmpk dia kena interbiu..sgt la tak meyakinkan okey..x setara dgn otak yg dicanang hebat bak ferrari tuh
Quote TimeWillTell 1-10-2024 11:18 AM
Semoga berjaya dik dunia akhirat
Dah genius2 tu nt jgn lupa berjasa byk2 kt agama n negara
Quote nisako 1-10-2024 11:38 AM
hmmmmmm
Quote nisako 1-10-2024 11:40 AM
hmmmmmmm
Quote liyamariska 1-10-2024 11:54 AM
prince_marhaen replied at 1-10-2024 09:52 AM
Yezza anak angkat mcm prodigy children yang lain tapi tak amik hak, just nak adopt for educational ...

teringat citer sorg budak yg boleh membaca pada usia 4 tahun sampai ada sorg profesor terkenal amik wat anak angkat tapi lepas tu kehidupan budak apabila dewasa jadi tak menentu... tak silap nama dia ialah Mohamed Shukri Hadafi Aziz....








Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.303558 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top