CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

15 rakyat Malaysia di Lubnan dibawa pulang ke tanah air – KLN

1-10-2024 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21579| Komen: 1


 


PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri (KLN), melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, sedang melaksanakan proses evakuasi 15 lagi rakyat Malaysia di Lubnan ekoran serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas negara itu.

KLN dalam kenyataan berkata, proses evakuasi mereka itu bersama tiga warganegara asing, iaitu pasangan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan.

Namun katanya, empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan, manakala empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan.

“Berikutan situasi yang semakin meruncing, sembilan rakyat Malaysia telah pun meninggalkan Lubnan secara sukarela (sebelum ini),” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat terhadap Lubnan.


Jelasnya, kekejaman rejim Zionis Israel ini secara jelas melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan.

“Malaysia bersolidariti bersama Lubnan dan masyarakat antarabangsa untuk mendesak rejim Zionis Israel melaksanakan gencatan senjata segera bagi mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih dahsyat di Lubnan.


“Ia adalah penting bagi semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau tersebut,” ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 2-10-2024 08:14 AM
nasib baik

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.050169 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top