CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahu setiap masa di samping isteri, netizen anggap Izzue Islam suami ‘green flag’

2-10-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27003| Komen: 18


 


Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam tidak dapat menggambarkan perasaan kasih sayangnya terhadap isteri tercinta, Nurnafilah Waharudin telah meruntun hati warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan sekiranya dia bertemu illahi terlebih dahulu sebelum isterinya.


Jelasnya, Nurnafilah atau lebih dikenali sebagai Awin mempunyai personaliti yang sangat istimewa dan Izzue sahaja yang tahu cara untuk melayani isterinya berbanding orang lain.

“Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap.


“Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia. Dan seandainya aku pergi dulu tak tahu la sebab benda ni Allah yang susun kan.

“Aku nak ada orang boleh layan macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat.

“Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?” ujarnya sambil menangis.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita tersentuh dengan perkongsian pelakon drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! malah menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’.

 

Dalam pada itu, ramai yang menganggap Awin adalah wanita bertuah kerana memiliki suami penyayang, setia seperti Izzue dan ada individu mendoakan agar mahligai mereka kekal hingga ke syurga.

 

Sekadar info, Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013 namun mereka belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.


Sumber - OhMyMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 2-10-2024 11:02 PM
Tu pun ada acik terpaling yg tuduh bini dia jeles..sabo jela awin
Quote lanacondor 3-10-2024 01:58 AM
Bagus izzue ni. Walaupun ramai pmpn kutuk bini dia mcm2, siap ada yg xmalu offer diri jadi madu. Tapi dia stay setia dgn bini dia. Semoga bahagia keduanya smpi akhir hayat
Quote pocongkiutss 3-10-2024 02:04 AM
Takde org nk bukak thread dafi ke..kurus gila yach dia skrg..baca kt komen tu ada yg ckp dia mcm kena kanser..sian lak
Quote phalanx 3-10-2024 05:20 AM
Zaman dia kerja kedai makan, awin bukak salon sederet kedai makan tu kan. Selalu la izzue ni lepak kat salon awin. Pastu awin yg makeover izzue. Suruh audition sana sini. Kira diorang kapel from zero lah. Semoga sentiasa berkekalan dan dikurniakan zuriat insha Allah
Quote Thunderclouds 3-10-2024 06:41 AM
Tipikal netz dewakan pasangan retis patu bila serai masing² mgelumpor mcm depa yg dpt talak.
Bodo.
Quote mekfazura 3-10-2024 07:56 AM
tak sehebat fattah.............. pi jamban nak bersama
Quote kucim 3-10-2024 08:51 AM
I suka pasangan 2 ketul nih...nah bunga ..ada positive vibes bila tgk muka
Quote ezacbee 3-10-2024 08:53 AM
Sekarang...

Takut tiba2..

Macam2 boleh jadi. Berpada2 lah.

Nasihat je. Dah banyak berlaku.
Quote Rogue98 3-10-2024 08:56 AM
Sayangnye takde anak...semoga adalah rezeki...rasanye izzue pun boleh jadi bapa yg baik
Quote cm_vungtau 3-10-2024 10:03 AM
Suffocating yach kalau 24-7 nak bersama
Quote prince_marhaen 3-10-2024 04:40 PM
memey la abe ijue xsempat nak berskandal...24/7 akak awin ada ngan heshe... hehehe.. btw alhamdulillah lah akak awin selamatkan abe jue drpd kelempok2 forteen tu.. sorang si katik acah2 main gym & buka rumah urut 'selamat' untuk lelaki sahaja katanya...sorg masak2 kek masak kuih, sorang keluar masuk pertandingan nyanyi.. ehehehe.. btw, akak awin ni cantik ye depan2, brsih, kemas, nampak wangi.. rambut always lawa... abe jue cam biasa lah...helokkk terletak real life, putih melepak, wangiiii!!!

Quote pocongkiutss 3-10-2024 07:30 PM
prince_marhaen replied at 3-10-2024 04:40 PM
memey la abe ijue xsempat nak berskandal...24/7 akak awin ada ngan heshe... hehehe.. btw alhamdulill ...

Rumah urut "selamat" utk lelaki? Iols tak purrcaya..mcm lagi bahaya ada la..lelaki pun dah tak selamat skrg
Quote pocongkiutss 3-10-2024 07:32 PM
Rogue98 replied at 3-10-2024 08:56 AM
Sayangnye takde anak...semoga adalah rezeki...rasanye izzue pun boleh jadi bapa yg baik

Utk certain people .mgkin takde anak tu yg terbaik utk diorg

Ada je yg lepas dpt anak setelah sekian lama menunggu .tetiba bila dpt anak..lain jadinya

Mgkin sbb dh xde nak manjah2 mcm berdua dulu
Quote sharlenetexas 3-10-2024 07:59 PM
Suka pulak tgk heols dalam penggali kubur dan miss sleepwalker. Pemandangan cantik di lereng gunung.


Quote supersudoku 3-10-2024 08:43 PM
Shu nk jd cmni
Quote TomyamPuteh 3-10-2024 08:43 PM
Dlm ni pun ramai je acik2 yg tak pernah lekang ngutuk Awin. Nauzubillah.
Quote suri33 3-10-2024 10:38 PM
Awal lg acik2 nk muji pun.
Quote yururi 3-10-2024 11:20 PM
Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku


Lain macam jer bunyinya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.056240 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top