CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Qi Razali dah merisik kekasih, bakal berkahwin tahun depan - "Kita cakap yang hubungan ini serius dan kalau boleh kita nak ada tarikh (perkahwinan)" ...

29-10-2024 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33703| Komen: 82

 


Pelakon dan pengacara, Qi Razali, 47, mengakui sudah mengadakan pertemuan dengan keluarga kekasihnya untuk merisik wanita itu sebagai tanda mengesahkan hubungan dijalin serius pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali berkata, dia dan teman wanitanya yang bekerja di belakang tabir itu sudah dua tahun menyulam cinta sekali gus berhasrat melangkah ke fasa perkahwinan.

"Kami bukan bertunang pun. Tapi pihak saya semacam menghantar tanda dan merisik begitulah. Kita cakap yang hubungan ini serius dan kalau boleh kita nak ada tarikh (untuk perkahwinan)," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Qi ditemui selepas sidang media filem Babah lakonannya sebagai seorang bapa berstatus orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu yang akan menemui penonton di pawagam mulai 5 Disember depan.

Menurut Qi lagi, dia bercadang melangsungkan majlis perkahwinan itu pada Mei tahun depan, namun merasakan masih banyak persiapan yang perlu diuruskan seperti kad undangan.

Ditanya juga apa yang menyebabkan dia berasa sekarang masa sesuai untuk berkahwin, Qi berkata, keselesaan yang dirasakannya apabila bersama teman wanitanya itu.

"Rasa selesa, kelapangan dada dan kerisauan serta ingin tahu yang dia sentiasa ada di sisi walaupun ketika itu saya tidak bersamanya. Tiga benda ini yang bila dia tidak ada bersama, memang saya terasa ketiadaannya.

"Mungkin bila dah berkahwin nanti, lebih senang mewujudkan kesefahaman sebab dah ada rasa keselesaan, kelapangan dada yang tak rasa bingit, 'stress' (tekanan), itu kira okaylah," katanya masih merahsiakan nama wanita berkenaan yang berusia 28 tahun.

Ujar Qi, dia bagaimanapun tidak menyorokkan identiti wanita itu kerana sebagaimana pasangan bercinta lain, mereka juga sentiasa keluar bersama di tempat umum, namun tidak menguar-uarkan perihal peribadi.

Sebelum ini, Qi dikatakan sering kecundang dalam hubungan cinta bersama beberapa wanita termasuk selebriti tanah air.


SUMBER : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 29-10-2024 08:09 AM
Sapo la agaknya..acik porum ke
Quote sleepandream 29-10-2024 08:24 AM
takkan dah 47 baru start sunyi
Quote cattiecute 29-10-2024 08:34 AM
dah tunggu masa nak dapat 3 serangkai baru cari bini muda ye. heheheheh
Quote prince_marhaen 29-10-2024 09:12 AM
dah kecut kecut dah.... masih lagi feeling hot.. hihihi
Quote miss_perfect 29-10-2024 09:18 AM
Ada keinginan nak kawin rupanya.
Quote miss_perfect 29-10-2024 09:19 AM
Edited by miss_perfect at 29-10-2024 09:22 AM
prince_marhaen replied at 29-10-2024 09:12 AM
dah kecut kecut dah.... masih lagi feeling hot.. hihihi


Mungkinlah, mungkin, dia rasa macam dia Leonardo DiCaprio. Umur pun lebih kurang, gf hot berderet sejak muda. Cumanya gf Leo semua tak lebih daripada 25 tahun.
Quote virgocircus 29-10-2024 09:27 AM
Tahniahlah. Ingatkan nak usung gefren kulu kilir je. Ada niat kawin alhamdulillah
Quote annehuda 29-10-2024 09:35 AM
aku suka layan lagu Yuna yang katanya tuju kt Q masa diorg break up dulu. Someone Who Can. ada satu lirik tu mcm ni She doesn't know who you are
Too young to understand. katenye tu tuju kt nelydia. motip teringat kisah lama pulak kan hahhaa
Quote menjad 29-10-2024 09:37 AM
dah kertu gini pun tak jugak kawin nya... GF bersepah
Quote fanaz82 29-10-2024 09:40 AM
dah 47 ke umur nya? patutnya kahwin terus jelah, xpyah nak merisik ke bertunang.
Quote hunters 29-10-2024 10:02 AM
salam kadi dulu bru cerita....ni bersusun dr julie smpai yg latest model couple lama tp hmmm...
Quote Acik2kepam 29-10-2024 10:05 AM
Knp tunggu tahun depan, skrg jelaa
Quote doubleA 29-10-2024 10:05 AM
Tahun depan? Obviously both belum ready
Quote nolya 29-10-2024 10:19 AM
Q ni mencari berlian antara permata ke?  Apapun  Alhamdulillah, jodoh dah hadzir depan mata, maka jgnlah tunggu lama2.  Buat  majlis ringkas, sederhana kerana yg penting akadnya.
Quote figurae 29-10-2024 10:21 AM
semoga dipermudahkan
Quote ezacbee 29-10-2024 10:23 AM
Baru sampai seru..

Mesti gf hot.

Quote nellyberry 29-10-2024 10:27 AM
I paling suka masa dia couple dgn ex-gf dia yg model tu, Sleepylllama.
Quote starcity 29-10-2024 10:30 AM
Dulu ex gf model tu pn katanya nk kawin tp lepas tu senyap. Harap kali ni jadi la. Dh nk 50 rupanya dia
Quote naisyahmh 29-10-2024 10:44 AM
Dah fikir habis ke gf nye tu? Kalau betul hot mungkin lebih dpt yg lebih muda, lebih cerah masa dpn n lebih berbaloi2 ... Jgn sia2kan kemuda an & kecantikan itu.. Jgn buta dgn cinta..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047773 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top