CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis China tangkap penduduk meraikan sambutan masyarakat Barat, Halloween

30-10-2024 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19970| Komen: 10

 


BEIJING  –  Polis menghalang dan menangkap orang ramai yang meraikan sambutan masyarakat Barat, Halloween di Shanghai, China, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Saksi-saksi memberitahu BBC, mereka melihat polis menyuraikan orang ramai yang bergembira dan memakai pelbagai kostum menyeramkan di jalan-jalan di Shanghai.

Gambar yang menunjukkan sebilangan individu ditahan kerana meraikan Halloween juga  tular di media sosial.

Mengikut tradisi Barat, roh manusia yang telah mati akan kembali ke rumah masing-masing semasa hari Halloween.

Satu rakaman video yang disiarkan ke media sosial menunjukkan individu memakai kostum seperti watak adiwira Batman dan Deadpool, diiringi anggota polis menaiki van pihak berkuasa itu. 

Beberapa pengunjung parti itu berkata, mereka terpaksa menanggalkan mekap di balai polis.


Pada Sabtu lalu, polis dilihat menyuraikan orang ramai dari Taman Zhongshan di Shanghai.

“Kami diberitahu semua orang yang keluar dari pintu taman itu tidak boleh memakai kostum (bagi meraikan Halloween).” kata seorang penduduk. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 30-10-2024 12:01 PM
Edited by Skuau at 30-10-2024 12:17 PM

Sb tu kami Cina China kalo NAK BERLEBIHAN kami akan ke Msia...di Msia rakyat mereka sokong kami,pemimpin mereka pon sokong kami.Di TEMPAT SENDIRI INILA NASIB CINA DI TANAH BESAR CHINA
Quote gigahertz 31-10-2024 12:11 AM
Skuau:    Edited by Skuau at 30-10-2024 12:17 PM  Sb tu kami Cina China kalo NAK BERLEBIHAN kami akan ke Msia...di Msia rakyat mereka sokong kami,pemimpin mer ...
China kat malaysia rilek je main bendera komunis

Quote B40tastePosh 31-10-2024 12:57 AM
Patutla Cina tak nak balik Cina

India tak nak balik India
Quote ninja boy 31-10-2024 01:34 AM
Pakai traditional dan pedang china kena tangkap jugakah
Quote Dwdrum 31-10-2024 07:57 AM
Next time celebrate di malaysia dek
Quote j3m4h 31-10-2024 11:55 AM
Pakai je costume hantu cina tampal kat dahi tu..dijamin selamat dek non…
Quote sharfox 1-11-2024 02:57 PM
Kat sana dah ada perayaan hantu lapar secara besar2an...sambut pulak Halloween...mana boleh mcm tu. Nnt hantu2 western ni menjajah minda hantu2 lompat China. Sekali culture shock dah too late bebeh. Mcm mana nak kontrol hantu2 yg culture shock? So aku setuju gomen Cina buat pembenterasan awal.
Quote bottombikini 1-11-2024 03:08 PM
ohhh ini lah diaaaa
patut la nampak dak2 muda pakai pelik2 dlm subway sabtu tu
ingatkan depa pun ada harajuku Street kat sana
Quote Firenzza 1-11-2024 03:31 PM
Cer try kibar bndera msia kt sana nk tengok apa jd
Quote TeropongThaico 1-11-2024 03:57 PM
Patut ramai2 nak duduk sini...
Dkt sini molek2 je berhalloween bagai ni atas dasar meraikan kepelbagaian tradisi
Meh meh sapa nak msk lg meh

Luku pala kang

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.090066 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top